Part 9

7.3K 305 1
                                    

SARA berhenti di salah sebuah pondok rehat yang terdapat di taman rekreasi itu. Tercungap-cungap menyedut oksigen dek lelah yang mencengkam selepas lima pusingan berlari mengelilingi tasik buatan di hadapannya.

Wajah yang basah dengan peluh disapu dengan tuala kecil yang disangkut di bahu. Dia duduk di atas kerusi yang disediakan. Seketika, memerhatikan pengunjung-pengunjung yang lalu-lalang. Ada yang berjoging, ada yang berbasikal, ada yang berjalan, ada yang duduk dan khusyuk dengan telefon masing-masing.

Sara mula hanyut dalam lamunan. Teringatkan ibu dan adiknya di kampung. Dan, secara automatik bayangan wajah mak longnya yang tamak haloba terlayar di mata. Spontan dia mengeluh deras. Hati goyah mengenangkan tanah peninggalan arwah ayahnya.

Apa yang membimbangkan, geran tanah itu berada dalam simpanan mak longnya. Hanya akan diserahkan kepada mereka selepas hutang mereka langsai. Dia risau seandainya Mak Piah buat kerja kotor tanpa pengetahuan mereka. Orang yang hatinya kotor mana pernah takut dengan dosa! Jauh lagi nak rasa simpati dengan kesusahan orang lain.

Sara pejam mata. Nafas dihela dan dihembus perlahan. Kecewa! Sedar yang usahanya terbatas oleh waktu yang ditetapkan oleh Mak Piah. Ketika itu, dia dapat rasakan ada seseorang duduk di sebelahnya. Mungkin salah seorang pengunjung yang mahu lepaskan penat.

"Sorang aje?" Orang di sebelahnya menegur. Lelaki!

Sara hanya angguk. Masih menutup mata.

"I temankan, eh?" Orang di sebelah bersuara lagi.

Terus lenyap permasalahan yang berlegar di fikiran sebaik sahaja mendengar kata-kata orang sebelah. Lain macam bunyinya tu! Dan, dia rasa sangat familiar dengan suara itu. Sara buka mata, toleh ke kiri dan...

"Arghhh!!!" Dia menjerit kuat. Terkejut melihat wajah yang terhidang di depan mata.

"Shhh..." Megat nak tutup mulut Sara dengan tapak tangan, tapi gadis itu menepis-nepis tangannya sambil kancing gigi.

"Tan Sri buat apa kat sini, hah? Tan Sri stalk saya ke? Tan Sri jangan macam-macam eh. Kang saya jerit, nama Tan Sri jugak yang busuk nanti..." Sara mengugut. Muka merah padam menahan geram. Bangun dari kerusi dan melangkah setapak ke belakang. Mata liar saja memerhatikan Megat yang cuma garu kepala melihat reaksinya.

"Diam, boleh tak? Semua orang tengah tengok kita..." Megat letak jari telunjuk di bibir. Tersengih-sengih sambil buat isyarat tak ada apa-apa yang serius bila ada mata yang memandang.

"Biarlah! Biar semua orang tahu yang Tan Sri Megat Geza stalk saya!" gerutu Sara. Mustahil itu hanya kebetulan. Tak lain tak bukan, sahih Megat mengintip dan mengekorinya.

"Bila masa I stalk you? I datang sini sebab nak jogging. Kebetulan, I nampak you. I tegurlah. Nanti you cakap I sombong pulak."

"Saya tak percaya. Memang Tan Sri ada niat tak baik dengan saya, kan?" Sara serkap jarang. Sikit pun dia tak percayakan jawapan lelaki itu. Lelaki mata keranjang macam Megat memang panjang akal kalau melibatkan hal perempuan.

"You pakai tutup semua macam mana I nak ada niat tak baik dengan you? Lainlah kalau you pakai macam tu..." jawab Megat sejujur-jujurnya. Bibir muncung ke arah beberapa orang gadis berpakaian ketat yang berada tidak jauh dari mereka. Serta-merta matanya terbuka luas. Segar-bugar jadinya.

"Tan Sri!" Suara Sara tertahan-tahan. Geram melihat telatah Megat. Gatal ya ampun!

"Okey, maaf! I memang datang selalu datang sini. Sumpah, I tak stalk you." Roman Megat berubah serius tanda dia tak menipu. Dia memang selalu datang ke taman itu untuk berjoging. Baru nak berlari, dia nampak Sara duduk termenung di atas kerusi. Jauh benar gadis itu mengelamun sampai tak endahkan sesiapa.

Macam tu punya gaya, memang senang sangat kalau dia nak culik dan bawa Sara lari ke Thailand.

"Duduk..." Megat tepuk tempat duduk di sebelahnya. Tapi, Sara menggeleng bukan main lagi. Siap buat muka seriau. Takut diapa-apakan.

Tak fikir panjang, Megat tarik tangan Sara. Kalau cara baik tak jalan, dia akan guna kurang baik. Apalah sangat yang dia boleh buat di tempat terbuka macam tu. Sara yang terlalu negatif.

"You tinggal dekat kawasan ni ke?" soal Megat setelah dia berjaya buat Sara duduk diam-diam di sisi.

Sara diam membisu. Berniat nak rahsiakan tentang lokasi rumah sewanya. Kang Megat buat kerja gila pula. Bukan boleh percaya sangat!

"Jangan risau, I tak akan ikut you balik. Paling tak pun, I akan bawa rombongan meminang aje..." kata Megat buat pandangan Sara melekat di wajahnya. Bengis dan penuh pra sangka. Reaksi drastik gadis itu buat rasa nak mengusik makin membuak-buak.

Kadang-kadang dia rasa tercabar juga dengan sikap Sara. Yalah, belum pernah ada perempuan menolak Tan Sri Megat Geza. Sara Medina adalah gadis pertama yang berkata tidak dengan godaannya.

"Saya sanggup terjun bangunan 50 tingkat dari terima pinangan Tan Sri!" balas Sara tak berlapik. Kalau dengan Megat, memang kena cakap macam tu. Kalau tidak, makin giatlah dia duk jual minyak.

"Daripada you terjun bangunan, lebih baik you terjun ke dalam pelukan I. Boleh juga hilangkan sejuk malam-malam. Seronok dapat, anak pun Insya-Allah dapat." Megat usap jambangnya yang terjaga kemas.

"Apa yang Tan Sri mengarut sampai ke anak bagai ni? Dahlah, saya nak balik, Kalau tahu jumpa Tan Sri memang saya tak akan datang. Kat ofis pun nampak muka Tan Sri, kat sini pun nampak muka Tan Sri. Boleh naik tekanan darah saya tau! Saya ri..."

"You ada masalah ke? " soal Megat mematikan bicara Sara.

"Kenapa Tan Sri tanya macam tu?" Dahi dan kening Sara berkerut dengan jayanya.

"Sara, sekilas ikan dalam tasik tu I dah tahu mana satu jantan mana satu betina tau. I tengok muka monyok you ni pun I dah agak you tengah fikirkan sesuatu," kata Megat lagi.

Sara senyap. Tunduk menekur tanah. Renungan Megat seolah-olah dapat meneka apa yang ada di fikirannya ketika itu. Tak betah pula untuk dia membalas renungan Megat. Lantas, soalan lelaki itu dibiarkan tidak berjawab.

"Sara, tak salah kalau you nak berdikari. Tapi, I nak ingatkan you sesuatu. Berkongsi masalah dengan orang lain tak menjadikan you lemah. I tahu you tak suka, tapi kalau you perlukan pertolongan, jangan segan beritahu I." Nada Megat berubah serius. Ikhlas nak membantuseandainya diperlukan.

Dia nampak ada kesedihan di mata gadis itu. Ada duka yang berbekam di hatinya.

"Tak ada apa-apa, Tan Sri. Saya pergi dulu." Sara menggeleng perlahan. Berlari anak meninggalkan Megat di situ.

Bukan dia tak hargai, tapi hubungan mereka belum sampai tahap boleh berkongsi apa saja masalah. Dan, dia tak pernah terfikir pun nak berkongsi masalah itu dengan sesiapa. Lebih-lebih lagi dengan Megat. Ya, betul! Isu kepercayaan yang menjadi penghalang.

Namun jauh di sudut hati, hatinya tersentuh dengan keprihatinan Megat. Nampak saja macam tak ada perasaan, tapi dia agak peka dan cakna dengan keadaan. 

MY SWEET TAN SRIOnde histórias criam vida. Descubra agora