Part 20

9.3K 287 1
                                    

MATAHARI sudah hampir menghilang meninggalkan sisa cahayanya yang jingga ketika kereta yang mereka naiki mula memasuki perkarangan rumah banglo empat tingkat itu. Sara nampak Hana berdiri di muka pintu. Tersenyum riang sambil melambai-lambai tanda teruja dengan kepulangan mereka.

Sara dan Megat ikut tersenyum melihat telatah Hana. Nampak macam dah tak sabar sangat nak berjumpa dengan mereka. Terutamanya Sara!

"Semalam I beritahu Hana yang kita nak balik hari ni. Jadi, dia tunggu kita dari pagi tadi lagi tau," beritahu Megat. Pusing stereng ke kiri dan kereta diparkir di hadapan pergola yang terletak berhampiran dengan kolam ikan kapi kesayangannya.

"Ya ke?" Hati Sara juga melonjak gembira. Sebab dia dah pernah berbual panjang dengan Hana pada hari perkahwinannya dengan Megat. Hana sangat ramah orangnya. Mudah mesra dan murah dengan senyuman.

Banyak perkara yang mereka bualkan pada hari itu. Salah satunya ialah mereka berbincang tentang gelaran yang Hana akan gunakan untuknya. Dan, selebihnya mereka banyak berbual dan tentang Megat. Banyak perkara tentang Megat yang Hana kongsikan dengannya.

"Dia cakap tak sabar nak jumpa dengan you. Tak puas borak dengan you hari tu katanya. Tapi kan, hal apa yang you sembang dengan dia sampai berjam-jam dalam bilik?" soal Megat bersama kerutan di dahi. Sekadar nak tahu.

Baru terfikir nak bertanya. Agak panasaran sebab hari itu, Hana berbual dengan Sara dari pukul 5.00 sampai pukul 7.30 petang. Kalau dia tak ketuk pintu bilik, entah-entah sampai ke subuh mereka berbual.

"Hal perempuan. Tan Sri tak payahlah ambil tahu," jawab Sara bersahaja. Buka pintu dan keluar dari kereta tanpa pedulikan Megat yang buat muka tak puas hati mendengar jawapannya.

Dan, Hana terus berlari ke arahnya sambil depa kedua-dua tangan dan tubuhnya didakap erat.

"Maaf sebab buat Hana tunggu lama," kata Sara sejurus selepas Hana longgarkan pelukan.

"Tak apa. Papa dah beritahu yang papa dengan mama akan sampai lewat petang. Hana yang tak sabar nak jumpa dengan mama." Hana bercerita tanpa lepaskan rangkulan di pinggang Sara.

Sara angguk-anggukkan kepala. Bahagia melihat senyuman yang terlukis di bibir gadis berusia 21 tahun itu. Dan, ya! Mereka dah sepakat dan setuju untuk menggunakan panggilan mama untuknya. Dia tak kisah walaupun umur mereka hanya berjarak lapan tahun. Secara adatnya, memang dia dah jadi mama tiri angkat kepada Hana. Jadi, memang patut Hana memanggilnya dengan panggilan mama.

"Amboi, baby papa ni! Mentang-mentang dia dah ada mama. Terus lupakan papa. Terus tak rindukan papa." Megat seakan-akan berjauh hati. Namun, Hana sekadar mencemik mendengar kata-katanya. Langsung tak terkesan walapun dia buat muka sedih. Amboi, berlagaknya dia!

"Papa kan dah puas manja dengan mama. Biarlah Hana pulak yang manja-manja dengan mama," omel Hana. Ketatkan rangkulan di lengan Sara. Sengaja nak mengusik papanya.

Mana boleh dia tak rindukan lelaki itu. Setiap saat yang berlalu dia merindu. Satu-satunya manusia yang peduli dan sayangkannya tanpa syarat. Kasihnya tulus dan ikhlas. Dia cuma teruja menerima ahli baru dalam keluarga mereka. Harapannya, semoga kehadiran Sara bakal memberikan sinar baru dalam kehidupan mereka dan dapat mengubah sikap Tan Sri Megat Geza. Insya-Allah...

"Mana boleh macam tu. Tak adil!" protes Megat. Muncungkan bibir dan wajah berkerut-kerut. Telatahnya hanya menjadi bahan ketawa Sara dan Megat. Tak ada sesiapa yang kesian atau bersimpati.

Hana buat muka tak bersalah. Sara pun sama juga! Haih, nampak gayanya tak ada sesiapa yang sudi memujuk rajuknya. Sadis!

"Jomlah masuk, mama. Tak payah layan papa. Papa memang suka berdrama." Hana tarik tangan Sara dan melangkah ke pintu. Tinggallah Megat terkebil-kebil di situ.

MY SWEET TAN SRITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang