Part 23

7.7K 279 0
                                    

SARA memencilkan diri ke ruang balkoni kerana seluruh ruang apartment itu dicemari oleh asap rokok. Bau alkohol juga keras mencengkam hidung. Bunyi muzik yang terpasang pula sangat membingitkan telinga.

Sementelah, dia rasa tak selesa sebab jadi subjek pandangan semua orang yang ada di apartment itu sejak melangkah masuk ke apartment mewah itu. Mana tidaknya! Dia seorang saja perempuan yang pakai tudung dan berbaju kurung di majlis itu. Perempuan-perempuan lain semuanya berpakaian ketat, sendat dan singkat.

Hampir 30 minit berlalu dan masih cuba untuk bertahan. Awal-awal tadi dia berkepit juga dengan Megat. Tapi, dia terpaksa menjauh bila Megat dikerumun oleh perempuan-perempuan seksi yang ada di majlis itu.

Ada yang ajak menari, ada yang ajak berbual, ada yang ajak jadi teman minum dan ada juga yang cuba-cuba menggoda. Mereka menyelit juga walaupun dah peluk lengan Megat ketat-ketat. Semua dasar muka tak malu!

Ada beberapa orang lelaki asyik menatapnya sambil tersenyum-senyum. Mereka duduk di atas sofa berhampiran dengan pintu gelangsar yang memisahkan ruang tamu dengan balkoni. Semuanya kacak tahap boleh buat hati perempuan meleleh-leleh. Model, kan? Haruslah muka ada pakej.

Sara buat-buat tak nampak gelagat mereka. Tengok Megat yang sedang berbual mesra dengan beberapa orang perempuan yang masih menempel. Tak sengaja mata mereka bertemu. Wajah Sara cemberut tanda tak suka dengan apa yang dia lihat. Larikan pandangan ke arah lain dan tak sampai sesaat matanya kembali mencari wajah Megat. Ternyata, renungan lelaki itu masih melekat di wajahnya.

"Hi, girl..." Salah seorang dari lelaki tadi menyapa bersama senyuman yang melebar.

"Maaf, saya isteri Tan Sri Megat," jawab Sara berbasi-basi. Tak berminat untuk berkenalan dengan sesiapa termasuk lelaki itu.

"Ya, I tahu. I nampak you dengan dia tadi. I cuma nak temankan you. Boleh kan?" Lelaki berambut perang itu tergelak kecil. Dalam masa yang sama dia rasa simpati dengan Sara.

Perkara itu menjadi topik bualan dia dan beberapa orang rakannya. Ada yang kagum dan memuji sikap tenang Sara. Ada juga yang bersimpati dan ada yang cakap mereka tak berjumpa dengan perempuan bodoh macam Sara. Sanggup jadi penonton babak-babak mesra suami sendiri dengan perempuan lain.

"Tak boleh sebab saya tak berminat." Sara menggeleng laju. Tak ada secalit pun senyuman di bibirnya. Tanda dia betul-betul tak berminat dengan permintaan lelaki berambut perang itu.

"Takut suami you marah? Atau... Takut suami you cemburu?" Lelaki itu menduga sambil senteng senyum.

Sara tidak menjawab. Tak mampu untuk mengiyakan telahan lelaki itu. Semua orang boleh nampak yang Megat hanya sibuk melayan perempuan lain. Yang seksi dan mengiurkan. Tak ada masa nak rasa cemburu atau marah!

"Tapi, you nampak kan suami you tengah sibuk dengan perempuan lain. Jomlah duduk di sana. Dia orang nak berkenalan dengan you..." Lelaki itu tunjukkan tempat duduknya dengan jari telunjuk.

Sara toleh ke arah itu sesaat. Dan, tiga orang lelaki yang duduk di situ segera melambai ke arahnya. Masing-masing tersengih macam kerang busuk. Ewww... Hujung bibir terjongket ke atas. Mata hitam juga sama!

"Okey, I faham. I minta maaf sebab mengganggu. Tapi, kalau you ubah fikiran you boleh aje duduk dengan kita orang. Dialu-alukan..." kata lelaki itu seraya berpaling dan melangkah ke tempat duduknya. Faham yang Sara tak berminat dengan pelawaannya. Jadi, di tak akan memaksa.

Semua rakannya buat muka kecewa sebab dia tak berjaya pujuk Sara untuk menyertai mereka. Mereka tak berminat dengan perempuan-perempuan seksi yang ke hulu ke hilir di hadapan mereka. Dah muak!

Sara tarik nafas dalam-dalam dan dihembus kasar. Jantung kian berdegup laju melihat telatah Megat yang masih tidak berganjak dari kerusi yang diduduki. Tersenyum, tersengih dan ketawa bersama model-model cantik yang asyik nak menempel dengannya.

Dan, saat itu ada rasa sedih bertamu di hati. Sedih sebab Megat buat dia macam tak wujud di situ. Walaupun berkali-kali menghantar isyarat yang dia tak suka dengan kelakuannya, tapi Megat tetap tak peduli. Hanyut dalam belaian dan sentuhan perempuan-perempuan itu. Seolah-olah dunia ini mereka yang punya!

Sara mula faham di mana kedudukannya sebagai isteri kepada Megat. Isteri yang langsung tidak berharga di matanya. Megat tak akan berkompromi tentang perkara yang melibatkan perempuan. Megat boleh bermesra dengan perempuan lain di depan matanya tanpa rasa bersalah. Dan, sudah tentu dia boleh melakukan lebih dari itu di belakangnya.

Lelah menahan emosi yang berantakan buat Sara memilih untuk keluar dari apartment itu. Tapi, langkah terhenti ketika terdengar suara seseorang memanggilnya. Suara yang sangat biasa pada halwa telinganya.

"You nak balik ke?"

Sara pejam mata beberapa saat, dicelik kembali seraya berpaling ke belakang. Renungan Megat meliar di wajahnya. Dia angguk sambil merengus deras. Berharap Megat tak akan menghalang.

"Nak I hantarkan?" Lembut suara Megat menyoal.

"Tak payah! Saya boleh balik sendiri..." Sara menjawab tegas. Muka ketat dan kelat. Kalaulah dia boleh zahirkan rasa sakit yang dia rasakan saat itu...

Namun, dia hanya mampu mengeluh hampa. Sedar yang dia tak boleh bertindak atau bereaksi mengikut emosi.

"Jangan degil, Sara. Jom I hantarkan you balik. I dah beritahu you tak akan suka dengan majlis ni," kata Megat tanpa menyedari emosi yang sedang mendera hati dan perasaan isterinya. Dia pegang lengan Sara. Tak mahu melayan kerenah Sara yang kadang-kadang boleh buat darahnya menggelegak.

Sara terpaksa mengekor langkah Megat yang memanjang dan melaju. Tak ada pilihan! Dia rasa macam nak menjerit kuat-kuat, tapi suara tenggelam di kerongkong. Rasa sebu mencengkam dada.

Kolam mata terasa panas. Air jernih berlumba-lumba turun di pipi. Tak sampai sesaat, esakannya mula kedengaran.

"Sara..." Dahi Megat berkerut mendengar esakan Sara sejurus selepas mereka berada di dalam perut lif. Nasib baik hanya ada mereka berdua sahaja ketika itu.

"Are you okey? Kenapa you menangis?" Resah dia dibuatnya.

"Saya nak balik!" Sara rentap tangan yang masih berada dalam genggaman Megat. Air mata yang menderu-deru di pipi dibiarkan tanpa diseka. Reaksi tenang Megat seolah-olah tidak memahami rasa sakit yang dia rasakan. 

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now