Part 7

7.9K 283 7
                                    

MEGAT kancing gigi sambil mendengus deras melihat Rezza dan Zaidi yang terbahak-bahak mentertawakannya. Dia ceritakan apa yang berlaku di pejabatnya tadi. Apalagi, terus mereka ketawa tak ingat dunia.

Nasib baiklah suasana di kelab malam itu sentiasa bingit dengan bunyi muzik. Kalau tidak, sahih mereka bertiga jadi subjek perhatian pengunjung-pengunjung lain.

"Dah puas gelak?" perli Megat saat ketawa mereka berdua beransur reda. Wajahnya masam mencuka. Sakit pula hatinya tengok Rezza dan Zaidi yang sedang kesat air mata. Sakan sungguh mereka ketawakannya.

"Kelakarlah cerita kau, bro. Garang jugak si Sara tu, kan?" Rezza agak teruja sebenarnya. Tak pernah ada dalam sejarah Megat kena ikut arahan setiausahanya. Ini cerita menarik lagi sensasi. Sara bukan calang-calang sampaikan Megat terpaksa akur dengan arahannya.

"Macam mak tiri!" getus Megat. Cemikkan bibir. Gelas di tangan diramas-ramas. Masih geram dengan Sara. Tak pasal-pasal Fiona merajuk!

"Tapi, okey jugak dia garang macam tu. Tak adalah kau culas sangat dengan kerja kau, bos..." Zaidi perlahankan sedikit suara kerana waktu itu DJ putarkan muzik perlahan.

"Staf aku ramai, Zaidi. Setiap bulan aku bayar gaji tau. Biarlah staf aku yang buat kerja. Aku dah penat-penat bawak syarikat aku sampai ke peringkat sekarang, takkanlah aku pulak nak kena kerja keras. Aku pun nak enjoy jugak!" Megat liarkan mata di sekitar ruang yang agak padat dengan pengunjung. Mencari gadis-gadis cantik yang boleh dijadikan peneman.

"Hurm, aku sokong pendapat kau. Tapi, kau kena beritahu Sara. Betul tak, Zaidi?" Rezza tepuk bahu Zaidi dan cepat sahaja Zaidi angguk. Menyokong pendapatnya.

"Betul, betul, betul! Lagipun, bukan kita orang yang manage jadual kau, bos. Tapi, kita orang rasa apa yang Sara buat tu tak salah. Dia cuma buat kerja dia aje..." tokok Zaidi. Bukan nak menangkan Sara, tapi memang betul tindakan Sara. Waktu kerja mana boleh fikir nak berfoya-foya.

"Kau orang ni memang lalang, tahu tak? Sebelum ni tak ada pulak kau orang cakap apa yang aku buat tu salah." Roman Megat kian kelat dan ketat. Ada kawan pun tak boleh pakai. Geram bila Rezza dan Zaidi asyik sebelahkan Sara. Dah terang-terangan Sara yang membantah arahannya. Takkanlah dia pula yang salah? Mana aci macam tu.

Rezza dan Zaidi cuma menyeringai mendengar rungutan Megat. Masing-masing jongket bahu tanda 'no comment'. Kalau diteliti dan diperhalusi, tindakan Sara memang seratus peratus tak salah. Gitu...

"Aku rasa dia tak boleh jadi isteri kontrak aku..." kata Megat tiba-tiba.

Tercengang Zaidi yang baru saja nak sedut Coca-Cola di dalam gelas. Pantas toleh ke kiri. Rezza juga memberi reaksi yang sama. Terkejut!

"Isy, kenapa pulak tak boleh? Kau janganlah takut sangat, bro. Gunakan kuasa veto kau sebagai seorang suami nanti. Confirm dia tak akan berani melawan cakap kau. Darjat seorang suami tu tinggi tau. Ha, jangan tak tahu..." provok Rezza beriya. Zaidi di sebelah bukan main laju angguk kepala.

"Aku rasa macam susah aje dia nak dengar cakap aku. Sekarang pun aku dah rasa macam huru-hara hidup aku sebab dia." Megat kuak rambut yang menutup dahi.

Keluhan berat terlepas dari bibir. Sara tu nampak saja macam lemah lembut laksana perempuan Melayu terakhir. Tapi, lidah dia tajam macam mata pedang. Sekali dia buka mulut, terus hilang idea nak membidas.

"Alah, hal kecik aje tu. Lepas waktu kerja kau boleh enjoy puas-puas. Sekarang ni kau kena fikir pasal Hana. Masa tak tunggu kau, bro. Kau kena pikat dia jugak."

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now