Part 13

7.6K 268 12
                                    

HARI itu, Sara langsung tak berani nak angkat kepala. Dari tadi lagi dia tunduk. Buat-buat sibuk belek kertas di atas meja. Semua staf di pejabat asyik memandangnya atas bawah sambil berbisik sesama sendiri.

Dari mula dia melangkah masuk ke pejabat pagi tadi sampailah sekarang. Mereka tertoleh-toleh ke arahnya dengan riak penuh curiga. Ada yang senyum senget, ada yang menjeling dan ada juga yang lemparkan pandangan mengejek.

Awalnya dia buat bodoh saja sebab memang ada sesetengah staf yang perangai macam tu. Tapi, bila semua bereaksi yang sama terus dia tak senang duduk. Macam ada sesuatu yang tak kena. Mustahil mereka dah tahu sesuatu tentang dia dan Megat.

Memang betul dia datang ke pejabat dengan Megat tadi, tapi takkanlah itu sebabnya mereka dah syak yang dia dan Megat ada hubungan? Tak logik!

Sara kaget ketika telinga menangkap bunyi hentakan kasut tumit menghampiri mejanya. Lambat-lambat dia angkat wajah. Pamit senyum ke arah Stella yang sedang berdiri di hadapannya. Tapi, dia tahu senyumannya hambar. Pandangan Stella tajam tertancap di wajahnya.

Stella duduk tanpa sempat dia pelawa. Silang kaki dan peluk tubuh.

"Hi, Stella..." Sara cuba kawal rasa gugup yang beraja di hati. Wajah Stella langsung tak berubah riak. Masih merenungnya dengan serius dan mata yang dikecil-kecilkan.

"Sejak bila you ada hubungan dengan Tan Sri?" soal Stella tanpa secalit senyuman di bibir. Muka garang macam pegawai polis yang sedang berhadapan dengan penjenayah. Satu pejabat dah kecoh pasal Sara dan bos besar mereka, Tan Sri Megat Geza. Dan, dia memilih untuk bertanyakan hal itu dengan Sara.

Dia nak dengar dari mulut Sara sendiri. Macam-macam cerita dan spekulasi yang dia dah dengar dari staf-staf Megat Constructions. Cerita-cerita dalam versi berbeza dan dia tak tahu mana satu yang boleh dia percaya. Biasalah, bila ada isu besar berkaitan dengan Megat memang ramai yang jadi wartawan tak bergaji. Masing-masing berebut nak jadi pemberita.

"Hu... Hubungan?" Sara rasa liur yang ditelan bergumpal di kerongkong. Sudah! Akal dikerah supaya berfikir secara tenang dan waras. Macam mana perkara itu boleh tersebar secepat itu? Setahunya, Megat belum buat apa-apa tindakan yang boleh mendatangkan syak di kalangan pekerja di situ.

Stella ketap bibir melihat reaksi Sara yang konon-kononnya terkejut mendengar soalannya.

"Jangan buat-buat terkejut, Sara. Satu ofis dah tahu pasal you dengan Tan Sri. Jadi, I nak you beritahu I hal yang sebenar." Nada Stella kedengaran mendesak.

"Macam mana you dan semua staf tahu pasal tu?" Sara dihambat rasa ingin tahu. Siapa yang menghebahkan sedangkan dia dan Megat masih belum dedahkan apa-apa.

Stella keluarkan telefon dari poket skirt yang dipakai. Jari dileret-leretkan pada skrin. Buka akaun Instagram milik Megat sebelum telefon itu diserahkan kepada Sara.

Pantas Sara ambil telefon dari tangan Stella dan bagai nak tercabut jantungnya sebaik sahaja mata tertancap pada skrin yang memaparkan gambarnya sedang tekun mengadap PC. Laju bebola mata membaca kapsyen yang tertulis di bawah gambarnya.

She's my future wife, Sara Medina.

Dear girl, you stole my heart and let me steal a kiss from you. Emoticon orang muncung bibir dengan pipi blushing.

Beberapa perkataan itu buat jantungnya berdenyut laju. Tercungap-cungap mencari nafas. Turun naik dada menahan gelora yang sedang membadai jiwa. Dahi mula merenik peluh walaupun ruang itu berhawa dingin.

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now