Part 26

9.5K 302 21
                                    

MERAH padam muka Sara kerana tak putus-putus diusik oleh Stella. Dari pagi membawa ke tengahari! Ada saja akal dia nak menyakat. Siap ajar dia teknik-teknik ketika bersama dengan suami. Naik segan dia dibuatnya. Tapi, Stella selamba saja macam dialah orang paling pakar dalam hal itu.

Sara layankan saja dan dia anggap itulah nasib orang yang baru berkahwin. Dan, dia pula berkahwin dengan bos di tempat kerja mereka. Makin beriyalah Stella mengusik. Hanya Hanya Stella yang berminat dengan perkahwinannya dengan Megat. Orang lain macam sebelum ini juga. Masih memandangnya dengan pandangan sinis. Lebih-lebih lagi staf-staf perempuan.

Macamlah dia dah kahwin dengan suami atau teman lelaki mereka. Tapi, Sara buat bodoh saja. Kata Stella, abaikan saja mereka dan fokus dengan hidup sendiri. Beras yang kita makan, kita beli sendiri kut! Tergelak juga Sara mendengar kata-kata motivasi Stella. Tapi, memang betul apa yang Stella katakan.

Kalau asyik nak fikir tentang apa orang nak kata, kita tak akan ke mana-mana. Sebab tak ramai orang yang suka tengok kita berjaya dan berada di atas. Semakin seseorang itu berada di puncak, maka akan bertambah bilangan musuhnya. Yang bermuka-muka dan menunggu masa saja untuk menjatuhkan.

Dia hanya boleh buat kerja dengan tenang selepas Stella meninggalkan mejanya. Itu pun kerana Sara mendapat panggilan telefon daripada Megat menyuruhnya bawakan beberapa buah fail yang berada di dalam pejabatnya. Fail-fail itu perlu dibawa ke bilik mesyuarat dengan kadar segera.

Sara masuk ke dalam pejabat Megat, keluar beberapa minit kemudian dan bergegas ke bilik mesyuarat di tingkat lima bangunan itu. Hari itu, Megat ada perbincangan penting dengan beberapa orang eksekutif syarikat berkaitan dengan sebuah tender kerajaan untuk membangunkan sebuah kawasan terpencil yang terletak di utara negeri tanah air menjadi sebuah pusat pelancongan.

Dan, Megat Constructions mahu mencuba nasib. Mana tahu ada rezeki! Sebelum ini syarikat itu lebih tertumpu kepada projek-projek swasta sahaja.

Sara ketuk pintu bilik mesyuarat itu beberapa kali. Melangkah masuk selepas mendengar suara Megat berikan kebenaran. Dan, pandangan semua orang yang berada di bilik mesyuarat itu tertancap ke arahnya. Namun, perhatian Sara hanya tertumpu kepada lelaki yang duduk di kerusi paling hadapan.

Dan, lelaki itu juga asyik memandangnya sambil tersenyum nipis. Megat menyuruhnya untuk tunggu sehingga mesyuarat selesai. Tak mahu membantah walaupun dia sedar dia sebenarnya tak ada kepentingan atau peranan dalam mesyuarat itu.

Sara memilih untuk duduk di atas kerusi paling hujung. Sebab dari situ dia boleh tengok Megat tanpa ada apa-apa yang menghalang.

"I rasa kita dah boleh mulakan sekarang." Megat memulakan bicara. Pandangan beralih kepada salah seorang stafnya yang di sebelah kanan. Selang selang tiga kerusi daripadanya.

"Wazif, you dah buat research pasal projek ni?"

Laju saja lelaki berkemeja merah gelap itu mengangguk.

"Dah, Tan Sri. Mereka mahukan tiga blok hotel bertaraf tiga hingga lima bintang, chalet dan taman tema air. I ada dengar desas-desus mengatakan pihak kerajaan juga mahu pemaju bina sky walk mengelilingi pulau sebagai alternatif untuk menarik pelancong datang," ujar Wazif selaku Ketua Eksekutif Bahagian Pengurusan Tender.

Hampir dua bulan dia dan seluruh tim melakukan tinjaun, penyelidikan dan penilaian tentang projek berskala besar itu. Ada perkara yang dia boleh pastikan dan ada perkara yang dia tak boleh nak berikan keputusan secara total.

Megat terangguk-angguk mendengar penerangan daripada Wazif. Timbul rasa kurang senang bila Wazif menyebut tentang taman tema air. Kosnya boleh tahan tinggi! Dia tahu sebab sudah berkali-kali syarikatnya terlibat dengan projek seperti itu.

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now