Part 18

8.1K 277 5
                                    

"AMBOI, amboi! Rajinnya dia. Isteri siapa ni? Dahlah cantik, seksi, lawa, garang, rajin pulak," Megat menghampiri Sara yang sedang menyapu di ruang tamu. Berdiri rapat di belakang Sara. Sedut nafas dalam-dalam seraya bersuara lagi.

"Ermm, wanginya bau dia pagi-pagi ni..." Haruman rambut Sara yang basah mencengkam deria bau Wangi sangat...

"Dah jadi isteri orang kenalah wangi-wangi..." jawab Sara tanpa berpaling ke arah Megat. Masih sibuk dengan kerjanya. Walaupun dia memberikan reaksi biasa-biasa, tapi hatinya kembang setaman mendengar pujian Megat.

Megat ketawa perlahan. Suka mendengar jawapan spontan yang keluar dari mulut Sara. Lebih-lebih lagi nada Sara yang kedengaran agak manja dan teruja.

"Tan Sri nak minum?" soal Sara tanpa ubah posisi.

"Tak naklah. Kenyang lagi ni. Mana ibu dengan acu?" Megat liarkan mata memerhatikan sekitar rumah. Tak nampak kelibat ibu mertuanya mahupun Muna. Rasanya tak ada di rumah. Sebab itu Sara memanggilnya Tan Sri.

"Acu bawak ibu pergi kedai. Ada barang dapur sikit nak beli." Pusing tubuh mengadap Megat yang sedang merenungnya bersama kerutan di dahi.

"Kenapa tak beritahu I? You ni memang nak kena tarik telinga tau. Ibu tu bukannya sihat sangat. Lain kali beritahulah I. Boleh I belikan, Tak perlu susahkan ibu dan acu..." Nada Megat terisi gusar. Memikirkan Mak Wan dan acu yang masih lagi bersusah payah walaupun dia dah jadi sebahagian dari keluarga itu. Ralat di hati tak dibuat-buat.

"Saya tahulah Tan Sri kemaruk nak jadi menantu kesayangan ibu. Tapi, sebelum Tan Sri jadi menantu di rumah ni, mak dengan acu pergi kedai sendiri aje tau. Tak pernah pun harapkan pertolongan sesiapa." Senyum senget, meremehkan niat Megat.

Bukan tak menghargai, tapi mereka itu dah jadi rutin mereka anak beranak. Tak ada istilah menyusahkan.

"I tahu, tapi keadaan dah lain sekarang. Ibu dah ada menantu yang boleh dia harapkan."

"Menantu kontrak..." tingkah Sara antara dengar dan tidak. Buntang mata Megat mencerun ke arahnya. Tapi, Sara buat bodoh saja. Muka tak bersalah! Dia cakap perkara yang betul.

"Isy, jangan sebut pasal hal tu, Sara. Kalau ada orang dengar nanti lain pulak jadinya..." caras Megat dengan wajah serius. Sara tak sepatutnya menyebut tentang perkara itu sesuka hati. Lebih-lebih lagi bila mereka berada di rumah itu.

Nasib baik ibu mertua dan adik iparnya tak ada di rumah. Kalau tidak, tak mustahil mereka akan dengar tentang apa yang Sara katakan. Seboleh-bolehnya dia tak mahu Mak Wan tahu sebab wanita itu ikhlas menerimanya sebagai menantu. Jadi, dia tak mahu keruhkan keadaan yang jernih dan tenang itu.

"Tan Sri takut?" Sara angkat kening kiri. Menduga! Membalas renungan Megat dengan senyuman nipis.

"Bukan takut, Sara. Ini hal dalam kelambu kita. Faham? Hal kita suami isteri. You tak semborono aje. Ini rahsia kita..." Walaupun hati dijentik rasa marah dengan reaksi selamba Sara, tapi dia berusaha untuk kekalkan nada suara.

Tak mahu kedengaran keras kerana hati seorang perempuan sangat sensitif dan mudah tersentuh. Apatah lagi perempuan bernama isteri. Hati dan perasaannya perlu ditatang bagai minyak yang penuh.

Sara angguk tanda faham dan akur. Sebetulnya dia tak ada niat nak ungkit atau nak rosakkan kontrak mereka. Dia cuma nak tahu tentang isi hati Megat kerana dia sendiri setiap detik memikirkan hala tuju hubungan mereka. "Tan Sri dah plan nak ceraikan saya?"

Soalan itu bergaul dengan rasa gusar yang bersarang di hati. Sejak bergelar isteri kepada Megat, perkara itu sering terlintas di kepala. Puas dia abaikan, tapi tetap menghantui dan mengganggu fikiran.

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now