Part 8

7.5K 291 23
                                    

JAM di tangan sudah berkali-kali dikerling. Sudah hampir 15 minit dia menunggu di ruang terbuka kafe yang terletak di tingkat 19 bangunan itu, tapi kelibat Sara masih belum kelihatan. Mustahil Sara akan melanggar arahannya. Sara dah setuju nak datang. Tak apa, dia akan tunggu lagi lima minit. Kalau Sara tak datang juga, dia akan gunakan taktik J iaitu taktik jahat. Sekarang dia sedang gunakan taktik B iaitu taktik baik.

Telefon di tangan direnung beberapa ketika. Berfikir! Dan, dia buat keputusan nak telefon dan paksa Sara datang sekarang juga. Dia berhak gunakan kuasanya sebagai seorang bos.

Dan, waktu itulah dia nampak Sara dari kejauhan sedang berjalan masuk ke ruang kafe. Kebetulan pula ketika itu angin bertiup agak kencang. Selendang, blaus dan skirt kembang labuh paras buku lali yang dipakai oleh gadis itu menari-nari mengikut rentak angin. Menampakkan lekuk tubuhnya yang langsing.

Megat tak mampu alihkan pandangan. Tertancap ke arah Sara yang berusaha membetulkan pakaiannya yang melekat di tubuh. Tak semena-mena ada lagu Hindustan terngiang di telinga melihat Sara dalam keadaan itu.

Juda hum ho gaaye mana, Magar yeh jaan lo jaana

Kabhi mein yadh aaun toh, Chaale ana chale ana

"Tan Sri..."

Sara ketuk meja sekali. Tapi, lelaki di hadapannya hanya tersengih-sengih merenungnya. Dah serupa orang kena sampuk. Dah lebih lima minit dia duduk di situ, tapi Megat masih hanyut dalam dunianya sendiri. Tak tahulah apa yang ada dalam fikirannya ketika itu. Sahih benda-benda yang tak elok. Eiii, geram betul!

"Tan Sri!" Sara kuatkan suara dan meja diketuk sekali lagi. Lebih kuat dari tadi. Dan, tindakannya berjaya buat Megat keluar dari lamunan.

"Hah, ya saya! Ada apa?" Megat raup muka dengan tapak tangan. Terkejut dengan sergahan Sara. Hilang terus lagu Hindustan yang bergema di fikiran.

Dia sendiri tak sangka dia boleh berkhayal. Walaupun gadis itu hanya mengenakan fesyen biasa, tapi dia tak tahu kenapa hatinya jadi berbunga-bunga. Mungkin perasaan itu dipengaruhi oleh semangat untuk meneruskan misinya.

"Saya yang patut tanya soalan tu. Kenapa Tan Sri nak jumpa saya kat sini?" Sara toleh kiri dan kanan. Ruang kafe di tingkat paling atas bangunan itu masih lengang sebab waktu rehat tengahari masih berbaki lagi empat jam. Dia tak fikir Megat nak berjumpanya di situ atas urusan kerja.

"Ya ke?" Megat menyeringai. Gosok belakang leher beberapa kali. Betullah tu! Dia yang suruh Sara datang ke kafe itu tadi.

"Tan Sri..." Suara Sara keluar di celah gigi. Tajam saja renungan terpasak di wajah Megat.

"Oh, ya! I lupa." Megat pantas mengangguk. "I cuma nak ajak you makan."

"Saya dah makan tadi, Tan Sri. Kalau Tan Sri lapar, Tan Sri makanlah sorang-sorang!" Sara tekankam suara di hujung bicara. Dakap tubuh sambil menjeling Megat berkali-kali.

"You ni memang garang dari kecik ke?"

"Perangai saya masa kecik saya tak ingat, Tan Sri. Maaf..." jawab Sara berbasi-basi.

Langsung tak berminat nak berkongsi tentang kisah peribadinya dengan lelaki itu. Dia dah agak dah dia disuruh datang ke situ bukan atas urusan kerja. Dia pun tak faham kenapa Megat beriya sangat nak cungkil tentang hal privasinya.

"Agaknya memang you garang dari dalam perut mak you. Tapi kan, I suka perempuan garang. Sebab perempuan yang garang ni selalunya manja macam kucing parsi. Meowww..." Megat tiru bunyi kucing sambil buat gaya cakar-cakar manja. Mata terkenyit-kenyit macam orang ada penyakit saraf.

MY SWEET TAN SRIजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें