Part 14

7K 253 0
                                    

KERETA yang dipandu oleh Megat mula memasuki jalan mini tar menuju ke Kampung Udang Merah. Kata Sara, rumahnya dekat dengan kawasan surau. Ada banyak pokok mangga di halaman. Megat dah jumpa surau, tapi dia tak pasti yang mana satu rumah Sara.

Dia tengok kiri dan kanan. Kebanyakan rumah ada pokok mangga. Megat tak boleh nak agak rumah yang mana satu. Rintik hujan pula mula kasar dan lebat membataskan pandangan. Dia toleh ke kiri. Merenung Sara yang terlelap sejak 20 minit lalu. Teragak-agak nak kejutkan Sara. Tak sampai hati!

Jam di tangan dikerling. Pukul 6.30 petang. Tak apa, masih awal lagi. Dia buat keputusan untuk berhenti di tepi jalan. Nak tunggu Sara bangun dulu. Dia bersandar pada kerusi. Kembali berpaling ke arah Sara yang masih tertidur sambil dakap tubuh. Sejuk agaknya!

Pantas dia turunkan suhu penghawa dingin. Tanggalkan jaket yang dipakai dan diletakkan di atas tubuh Sara. Dia nak betulkan kepala Sara yang senget ke arah tingkap. Baru saja dia berura-ura nak pegang bahu Sara, tiba-tiba saja gadis itu buka mata.

Megat jadi kaget. Kaku dalam posisi. Sara pula merenungnya dengan mata yang berkebil-kebil dan...

"Argghhh! Arghhh!!!" Sara menjerit sekuat hati sambil menggelupur macam ayam kena sembelih. Kedua-dua tangan menumbuk dada Megat berulang kali. Mata pula terpejam rapat.

Megat sekadar mengeluh. Tidak berusaha untuk menenangkan gadis itu. Dibiarkan Sara menjerit dan menggelupur macam orang tak betul. Selang beberapa minit, Sara terbatuk keras dan diam di tempat duduknya.

"Dah?" soal Megat sepatah. Mata masih tertancap ke arah Sara. Menggeleng perlahan sambil tersenyum. Geli hati dengan gelagat Sara.

"Tan Sri buat apa tadi, hah? Tan Sri ada raba-raba saya tak?" Sara besarkan mata. Balas renungan Megat dengan pandangan penuh pra sangka. Dada rasa nak pecah menahan debaran. Dalam hati dia menyumpah diri sendiri. Dia tak sepatutnya tidur! Dia memang berusaha menahan mata dari tertutup, tapi dia kalah juga. Banyak sangat setan duk bergayut di matanya!

"Tak..." Megat geleng kepala. Tak marah walaupun Sara terang-terangan menuduhnya yang bukan-bukan.

"Tipu!" bentak Sara dengan riak dan nada yang sama. Kalut-kalut kuis jaket kulit yang berada di tubuh. Meneliti pakaiannya sendiri. Tak ada apa-apa yang berubah! Baju kurung yang dipakai masih tersarung elok di badan. Tapi, dia tetap tak percayakan Megat.

"Tak, Sara. I tak buat apa-apa pun..." balas Megat. Masih berlembut.

"Habis tu, kenapa muka Tan Sri dekat dengan muka saya? Tan Sri buat apa? Betul kan Tan Sri raba saya!" Sara tak puas hati. Dia syak Megat memang ada buat sesuatu dengannya.

"I cuma nak betulkan kepala you. Kepala you senget tadi." Megat masih tak jemu melayan kerenah Sara.

"Tipu! Tan Sri cakap betul-betul!" Mata Sara membulat. Kancing gigi sambil mencerun ke arah Megat yang cuma urut janggut memandangnya. Tingkah Megat yang tenang dan santai itu buat rasa syak bercambah di hati. Sudahlah Megat asyik tersenyum saja dari tadi.

Megat tarik nafas dan dihembus perlahan. Putar mata hitam ke atas dan bersuara lagi.

"Ya, Sara. I raba you tadi. I raba you di situ..." Megat muncung bibir ke dada kiri Sara. Dan, mata gadis itu macam nak terkeluar dari kantung mendengar jawapannya. Terbit lagi idea nakal nak mengusik.

"Di situ..." Bibir Megat muncung ke dada kanan Sara pula. Kali ini mata dan mulut Sara sama naik membulat merenungnya. Megat tahan ketawa yang mahu meletus. Muka Sara dah berubah keruh dan mendung. Nak menangis...

"Tan Sri!" tempik Sara. Kedua-dua tangan bersilang di dada. Ada rasa panas meruap di wajah. Percaya atau tidak, nun jauh di sudut hati dia tak yakin Megat akan buat macam tu. Dan, ya! Dia tak mampu memahami dirinya sendiri. Tadi bukan main dia tak percayakan Megat. Tapi bila Megat mengaku, hati dia pula yang menafikan. Arghh, serabut!

"Marah?" Megat jongket kening kiri ke atas seraya melanjutkan bicara.

"I dah cakap betul-betul, tapi you yang nak I menipu. I dah kenal ramai perempuan. Tapi, I belum pernah jumpa perempuan macam you. You ni ibarat misteri yang masih belum diteroka dan terungkai. Dan, I rasa I lah orang yang akan meneroka dan merungkai misteri seorang Sara Medina..."

Sara diam membisu. Duduk tegak dan memandang ke hadapan. Memerhatikan rintik hujan yang bertalu-talu menimpa cermin kereta. Hilang kata bila Megat cakap macam tu. Pelik sangat ke perangainya sampai Megat cakap macam tu? Dia cuma nak pertahankan diri. Itu saja!

"I tahu you tak percayakan I. I tak akan sentuh mana-mana perempuan tanpa kerelaan perempuan tu sendiri. Lebih-lebih lagi you, Sara. I memang playboy, tapi I bukan lelaki yang gila seks. Kalau I gila seks dah lama I raba-raba you. Bukan setakat di dada, tapi semua badan you I raba sebab tadi you tidur mati..." tokok Megat lagi. Walaupun bernada biasa, tapi ada maksud yang tersirat.

Kalau dia mahu, dia boleh buat apa saja yang dia nak. Dia ada seribu satu cara untuk capai hajatnya.Tapi, dia hormatkan Sara. Rasa hormat itu yang membataskan segala bentuk perasaannya terhadap Sara buat masa ini.

Makin kejap bibir Sara terkunci mendengar kata-kata lelaki itu. Diam lebih baik! Mata hitam tepat merenung sebuah rumah berbumbung hijau yang terletak tidak jauh dari situ. Terbayang wajah bahagia ibu dan adiknya menyambut kepulangannya. Mereka tahu yang dia nak balik.

Tapi, mereka tak tahu ada tetamu bersamanya. Entah apa reaksi ibu dan adiknya nanti. Hati Sara berdetak tak senang. Risau kalau ibunya menentang. Yalah, umur Megat dengan ibunya hanya berbeza 12 tahun saja. Dia harap ibunya akan merestui. Hanya Megat yang boleh menyelamatkan tanah pusaka arwah ayahnya.

"Rumah paling hujung, Sebelah kanan..." Sara bersuara perlahan. Tahu yang Megat tercari-cari rumahnya. Asyik terteleng-teleng ke kiri dan kanan. Kalau terkehel tengkuk, dia juga yang susah nanti.

Tak banyak cakap, Megat terus sahaja memandu ke arah rumah yang dimaksudkan oleh Sara. 

MY SWEET TAN SRIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora