Part 12

7.6K 275 14
                                    

PAGI itu, seperti biasa mereka akan sarapan bersama-sama sebelum berangkat ke tempat kerja. Awal-awal pagi lagi Wani keluar membeli nasi lemak yang dijual di simpang masuk ke kawasan perumahan itu.

Baru saja nak menyuap, terdengar suara orang memberi salam di luar rumah. Mereka saling berpandangan seketika. Masing-masing kerut dahi. Agak terkejut sebab mereka jarang menerima tetamu. Lebih-lebih lagi awal pagi macam tu.

Sara nak bangun, tapi dihalang oleh Wani. Laju saja Wani bangkit dan bergegas ke pintu. Selang beberapa minit, Wani muncul semula sambil tayang muka teruja.

"Sara, ada orang nak jumpa kau. Lelaki..."

"Aku?" Dahi Sara berkerut seribu.

Wani angguk beberapa kali. Terteleng-teleng ke arah pintu. Dan, dia agak Sara pura-pura tak tahu. Mustahil lelaki itu boleh datang ke rumah mereka tanpa pengetahuan Sara. Pandai betul Sara berlakon!

"Siapa?" Sara garu kepala yang tak gatal. Tertanya-tanya siapa gerangan tetamu yang Wani maksudkan. Haih, tak boleh jadi!

Sara angkat punggung dan panjangkan langkah ke pintu. Tak menunggu Wani menjawab. Membuak-buak pula rasa nak tahu siapa lelaki yang datang mencarinya pagi-pagi buat macam tu. Entah kenapa dia terfikirkan sepupunya, Latip. Manalah tahu Latip buat kerja gila datang mencarinya sampai ke situ.

Namun, mata terbuntang luas sebaik sahaja mata ternampak sosok yang sedang berdiri di luar pagar. Bersandar pada kereta dan tangan kiri di dalam poket seluar. Pandangan lurus ke arahnya dan senyuman diukir sebaik sahaja mata mereka bersatu. Sara tonyoh mata berkali-kali. Pejam mata dan dalam kiraan lima, dia celik mata semula.

Dan, Megat masih lagi ada di situ. Dalam posisi yang sama dan tersenyum seperti tadi juga. Weh, betullah! Sara kejung di muka pintu. Tak tahu nak buat apa. Gabra sebab tiba-tiba saja Megat muncul di depan rumah. Dia betul-betul rasa blur!

"Hai, rindu! Good morning..." Megat menyapa mesra. Lagak seperti teruja dan bahagia dapat berjumpa dengan kekasih pujaan hati.

Rindu? Mulut Sara melopong. Sungguh, telatah Megat buat tubuhnya merinding dan membahang. Pagi-pagi lagi Megat dah buat drama tanpa skrip. Drama romantik pulak tu!

"Amboi, sweetnya Tan Sri kau ni, Sara. Tapi, sejak bila pula kau ehem-ehem dengan dia? Sampai hati kau tak beritahu aku..." Wani yang sejak tadi berada di sebelahnya bersuara. Nadanya jelas berjauh hati.

Terus Sara berdeham sambil mencari ayat yang sesuai nak mengauta kawan baiknya.

"Panjang ceritanya, Wani. Nanti-nantilah aku beritahu kau..." Sara beralasan. Wani buat muka masam pada mulanya, tapi beberapa saat kemudia dia tersenyum.

"Okey, malam ni kau kena cerita semuanya. Boleh?"

Sara angguk tanpa banyak soal. Asalkan Wani tak syak yang bukan-bukan. Itu sudah cukup!

Sara sarung selipar dan terkocoh-kocoh mendapatkan Megat di luar pagar. "Tan Sri buat apa kat sini?"

"Nak jemput you lah..." Senyuman Megat kian melebar sebaik sahaja Sara berada di depan mata. Jawapannya buat mata Sara terbeliak. Dia tahu Sara terkejut, tapi reaksi Sara agak keterlaluan baginya.

"Jemput saya?" Sara tunjuk muka sendiri dengan jari telunjuk.

"Ya, takkan nak jemput kawan you yang comel tu pulak..." jawab Megat sambil angkat tangan melambai ke arah Wani. Dan, gadis itu membalas dengan senyuman. Amboi, mesranya dia! Hati Megat menggeletik suka.

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now