Part 35

18.8K 462 96
                                    

GURUH yang berdentum mengejutkan Megat dari tidur yang nyenyak. Menggeliat sambil menguap dan tangan kanan segera mencari isteri yang berbaring di sebelah. Dua kali juga dia menggagau sebelum kelopak mata dibuka sedikit. Baru dia tahu ruang disebelahnya kosong! Dan, dia terus bangun macam terkena renjatan elektrik. Tertoleh ke kiri dan kanan mencari Sara.

Namun, kelibat Sara tak ada di mana-mana. Lompat turun dari katil dan bergegas ke pintu. Nak keluar cari Sara. Dah pukul 3.00 pagi kut! Sebab itu dia risau sangat. Sebelum dia tertidur tadi Sara cakap teringin nak makan lemang.

Dan, dia dah janji akan belikan untuk Sara esok. Dia takut Sara keluar senyap-senyap nak cari lemang juga. Ah, ghisau!

Namun, kerisauannya hilang saat terpandang Sara duduk di atas sofa yang terletak di sebelah kiri pintu bilik tidur mereka. Bersandar pada kerusi sambil picit pelipis. Wajahnya mendung dan agak berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu. Megat menggeleng perlahan. Usap dada yang masih lagi berdebar-debar.

"Sayang buat apa kat sini? Suka sangat buat abang risau tau. Abang ingat sayang keluar cari lemang..." omel Megat seraya menapak mendekati Sara. Dan, Sara hanya senyum pendek mendengar kata-katanya.

Ya, dia sendiri yang membahasakan diri dengan panggilan 'abang' selepas mereka kembali bersama. Dan, dia paksa Sara gunakan panggilan itu. Dia rimas sebab Sara tak habis-habis ber Tan Sri dengannya. Dah jadi suami pun masih nak gunakan panggilan itu. Tak sweet langsung!

Bila dia memaksa memang Sara tak akan mampu mengelak. Sara agak kekok dan malu-malu pada mulanya. Tapi, sekejap saja Sara boleh sesuaikan diri. Hatinya rasa berbunga-bunga setiap kali Sara sebut perkataan itu.

"Taklah, abang. Saya cuma tak boleh nak lelapkan mata..." Manja suara Sara membalas. Membiarkan tangan Megat mengelus rambut sebaik saja ambil tempat di sisinya. Rasa bersalah pula sebab Megat berjaga kerananya.

Ada satu masalah yang sedang memberatkan fikiran. Sebab itu dia tak boleh lena walaupun dia dah paksa diri untuk tidur.

"Abang ada kat sebelah pun tak boleh nak tidur ke, hurm?" seloroh Megat. Usap pipi yang sedikit berisi itu. Maklumlah, tak lama lagi dia dan Sara akan bersua muka dengan buah hati mereka yang bakal lahir. Tak sabar menanti saat itu tiba!

"Itulah pasal! Saya rasa macam nak cungkil aje mata ni. Degil sangat!" Sara jegil-jegilkan matanya dan telatah comelnya mengundang tawa di bibir Megat. Dia juga ikut ketawa.

"Sayang, abang akan tolong mak long tebus balik tanah dia. Jangan risau..." kata Megat setelah ketawa mereka reda. Ternyata, kata-kata itu buat mulut Sara melopong. Terkejut!

"Abang tahu sayang tengah fikirkan masalah mak long," tambah Megat lagi. Makin besar mata Sara merenungnya.

Semalam Sara dan ibunya berbual panjang di telefon. Mak Wan beritahu Sara yang tanah Mak Piah telah dicagarkan kepada lintah darat. Dan, orang bertanggungjawab bukan orang lain dengan Mak Piah. Anak kesayangannya sendiri, Tiha!

Mak Piah datang ke rumah mereka di kampung dan merayu kepada Mak Wan minta tolong Sara tebus tanah itu dari lintah darat yang memang kerjanya merampas harta benda orang dengan cara yang salah.

Kata Mak Wan, dia terpaka beritahu Sara sebab dia kesian tengok Mak Piah menangis sampai hilang suara. Sara yang ceritakan semua itu kepadanya. Dia tahu Sara sedang fikirkan cara bagaimana dia boleh tolong Mak Piah. Dan, dia tahu Sara tak akan sesekali minta pertolongannya.

"Tapi..." Sara tak tahu apa yang perlu dia katakan. Memanglah Megat lebih dari mampu, tapi dia tak mengharapkan Megat terlibat dalam hal itu. Dia baru terfikir nak gunakan duit dalam akaunnya. Tak banyak, tapi bolehlah untuk kurangkan beban Mak Piah.

Ikutkan rasa marah dan dendam memang dia tak sudi nak membantu, tapi dia tak sampai hati. Walaupun mulut mak longnya serupa minta tapak kaki di muka, tapi dialah yang banyak pinjamkan duit kepada keluarga mereka setiap kali terdesak.

"Shhh, abang akan selesaikan masalah mak long. Abang tak nak isteri abang susah hati fikir hal yang bukan-bukan. Abang cuma nak sayang sihat dan gembira selalu. Nilai tanah tu tak setanding dengan senyuman sayang. Abang sanggup buat apa saja asalkan abang boleh tengok senyuman sayang."

Sara pegang tangan Megat dan digenggam erat. Mata berkaca-kaca membalas renungan Megat. Bibir bergerak menyebut perkataan thank you sambil pamer muka terharu. Dia betul-betul tersentuh

Megat turut gerakkan bibir dan menyebut perkataan I love you. Masing-masing berbalas senyuman sebelum mata Megat melirik gaun tidur yang tersarung di tubuh isterinya. Singkat paras paha!

"Sayang, dari mana sayang beli baju ni?" soal Megat tiba-tiba. Hujung gaun itu digentel-gentel. Sejak dua menjak ni Sara dah pandai pakai baju seksi macam tu. Terdedah sana, terdedah sini! Tapi, dia suka. Lagi terdedah lagi bagus. Gittu...

"Shopee..." jawab Sara jujur. Baju-baju malamnya yang seksi semua dia beli di Shopee. Murah dan kualitinya boleh tahan.

Memang taklah dia nak beli di pasaraya atau di kedai mahupun butik. Lagipun, harganya kalah harga yahudi. Mahal nak mati! Lagi satu, dia malu nak belek-belek baju macam tu di tempat terbuka. Rasa macam orang duk tengok saja! Jadi, beli di Shopee adalah cara paling mudah dan tak ada sesiapa tengok.

"Shopee?" Megat angkat kening. Dan, beriya Sara mengangguk mengiyakan. Aduhai, comel sungguh!

"Ada eh kat shopee baju macam ni? Nak abang belikan lagi?" balas Megat penuh minat.

"Tak payah. Saya boleh oder sendiri..." Sara cepat-cepat memintas. Boleh tersembul mata Megat kalau tengok model-model yang memperagakan pakaian itu. Bahaya!

Megat sekadar cemikkan wajah sebagai tanda protes. Tapi, bibir tetap tak lekang dengan senyuman. Tangan kiri gosok perut Sara yang semakin membesar. Dan, ada gerakan dari dalam perut Sara beberapa saat selepas itu. Bulat mata Megat dengan tindak balas bayi di dalam perut Sara.

"Baby tolong behave, ya? Jangan nakal-nakal. Dah lewat ni tau. Papa nak baby tidur eh..." kata Megat lembut. Jelas riak bahagia terpamer di wajah. Dan, makin kuat gerakan di dalam perut Sara ketika itu.

"Agaknya dia tahu papa dah tak sabar sangat nak jumpa dengan dia." Sara letak tangan di atas tangan Megat yang masih berada di perutnya. Dia sendiri pun tak sabar sebenarnya! Walaupun ada rasa takut untuk menghadapi sakit saat melahirkan nanti, tapi rasa teruja lebih mengatasi. Insya-Allah, dia harap Allah akan mudahkan semua urusannya nanti.

"Sangat, sayang. Abang memang tak sabar sangat nak jumpa dengan dia. Terima kasih tau sebab sudi lahirkan zuriat abang. Abang tak akan mampu balas pengorbanan sayang." Tangan Sara diraih dan dibawa ke bibir. Dikucup berulang kali.

"Sama-sama, abang. Terima kasih juga untuk kasih sayang dan cinta yang abang berikan. Tolong jangan berhenti mencintai saya. Sampai bila-bila..." desis Sara perlahan.

Kasih sayang dan perhatian Megat tak pernah berkurang sebenarnya. Semakin hari semakin bertambah. Dan, dia cuma berharap Allah izinkan mereka untuk terus melakar bahagia bersama anugerah terindah yang bakal lahir nanti.

"Abang janji, sayang. I'll always love you..." Bergetar suara Megat. Tarik Sara ke dalam dakapan. Ubun-ubun isterinya dikucup lama. Betapa dia hargai setiap detik dalam hidup yang dia lalui bersama Sara. Semuanya indah belaka.

"Sayang..." seru Megat setelah beberapa minit mereka diam melayan perasaan.

"Ermm?" sahut Sara perlahan.

"Can I say something?"

"Ya..." Sara anggukkan kepala.

"Your dress isn't short enough..." bisik Megat dan ketika itu tangan kanan sudah meliar di paha isterinya.

Sara hanya ketawa. Dah masak sangat dengan penyakit merenyam Megat. Dah singkat sampai ke pangkal paha pun masih tak cukup singkat baginya. Gatal ya ampun!

Tapi, Sara tak kisah. Sebab sekarang Megat cuma gatal dengannya seorang. Malah, sudah terlebih obses dengannya. Asyik nak berkepit 24 jam! Semoga Megat akan setia di sisi selamanya dan dia akan tetap mencintai lelaki itu dalam suka mahupun duka.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mereka. Amin...

TAMAT

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now