PART 2

10.5K 325 7
                                    


SAMPAI saja di pejabat, Rezza segera mendapatkannya. Wajah Rezza yang ketat dan keruh menarik perhatian Megat.

"Bro, dia ada di sini..." Rezza terlebih dahulu buka mulut sebaik sahaja berada di hadapannya. Resah seolah-olah mereka sedang menghadapi masalah besar.

"Ya, aku tahu, Dia dah beritahu aku tadi dia tunggu aku di ofis. Kau agak-agak mood dia okey tak?" Megat betul-betulkan tali leher. Rapikan rambut dan jambang. Nafas dihela dan dihembus berulang kali. Kalau Rezza resah macam tu, tentu buah hatinya naik minyak tadi. Dan, Rezzalah yang menjadi tempat dia lepaskan marah. Seperti selalu...

"Kau rasa?"

"Tak okey..." jawab Megat dan Rezza angguk laju. Tepat sangat tekaannya.

"Tahu pun! Tadi dia tengok aku macam nak telan aku hidup-hidup tau. Sebab aku cakap aku tak tahu kau ada kat mana. Lepas tu, dia tanya aku macam-macam soalan, bro. Pusing kepala aku nak menjawab. Kalau hari-hari macam ni boleh pendek umur, kau tahu?" Reza menggeleng sambil usap dada.

Dia rasa lega sangat-sangat bila nampak muka Megat. Bermakna dia dah terlepas dari sesi soal selidik berbaur ancaman dengan gadis kesayangan Megat. Rasa macam baru saja terlepas dari tahanan polis atas kesalahan jenayah berat.

"Soalan apa?" Megat agak panasaran. Nak tahu apa soalan yang Rezza maksudkan. Soalan serius agaknya sampaikan Rezza jadi macam tu. Kalah ayam berak kapur!

"Itu tak penting, Megat. Yang paling haru sekarang ni dia cakap dia yang akan pilih siapa yang akan jadi setiausaha kau."

Kata-kata Rezza buat mata Megat terjegil luas. Terkejut! "Kau jangan nak buat lawak time-time macam ni, Rezza. Aku tak ada masa nak ketawa..."

"Aku tak ada masa nak buat lawak. Kalau tak percaya, jom ikut aku ke bilik temuduga sekarang." Rezza bersungguh-sungguh mengiyakan.

Bukan hanya Megat, dia dan beberapa orang staf bahagian HR juga terkejut bila gadis itu tiba-tiba saja cakap nak pilih sendiri calon setiausaha untuk Megat.

"Aduh, kenapa pulak dia pilih secretary aku?" Megat garu kepala. Dia harap sangat buah hatinya tak serius dalam hal itu.

"Manalah aku tahu! Jom, cepat..." Rezza tarik tangan Megat dan kaki diayun ke bilik temuduga yang terletak di hujung ruang pejabat itu. Megat hanya mengekor tanpa sepatah kata. Debar di dalam dada kian menjadi-jadi.

Rezza buka pintu bilik itu dan mereka melangkah masuk. Nampak saja muka si buah hati, terus Megat pamit senyum. Lebar sampai telinga. Segera dia mendekati gadis yang duduk di atas kerusi dengan wajah yang masam mencuka.

Tapi, si buah hati langsung tak membalas senyumannya. Hanya memandangnya dengan renungan tajam. Marah betul ni!

"Hi, my baby. Good morning!" Megat menyapa mesra. Walaupun dia dapat rasakan ada ribut bakal melanda sekejap lagi. Tapi, dia tetap kekalkan senyuman. Nak pancing mood si buah hati. Manalah tahu senyumannya boleh hilangkan marah si gadis.

"Morning..." Sepatah saja gadis itu menjawab. Masih tak alih pandangan dari wajah Megat. Mata hitam meliar memerhatikan lelaki itu. Ketap gigi melihat pakaian yang tersarung di tubuh Megat. Pakaian semalam! Tak perlu bertanya dan tak perlu berteka-teki. Dia dah tahu ke mana lelaki itu menghilang semalam.

Tanpa sedar dia mengeluh deras. Kecewa!

"Baby buat apa kat sini? Nak interview jadi setiausaha papa ke?" Megat cuba berseloroh. Nak hilangkan gugup di hati.

MY SWEET TAN SRIWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu