Part 10

8.7K 295 17
                                    

SARA bangun dan melangkah ke dapur selepas menghabiskan nasi di dalam pinggan. Menghala ke singki untuk mencuci pinggan yang digunakan. Namun, saat itu wajah Megat tiba-tiba saja muncul di minda. Tanpa dipaksa!

Tak semena-mena juga dia teringatkan pertemuan dan perbualannya dengan Megat di taman rekreasi lewat petang tadi. Kata-kata Megat terngiang di telinga. Melantun dan berulang-ulang macam pita rakaman. Sara cepat-cepat menggeleng. Dia tak sepatutnya berfikir tentang Megat. Pesan hatinya beriya.

"Hoi, sedapnya termenung!"

Sara tersentak mendengar sergahan yang datang dari belakang disusuli dengan gelak tawa memanjang. Terus bibirnya muncung sedepa.

"Wani!" getus Sara sambil lepas nafas deras. "Nasib baik tak jatuh pinggan ni tau..."

"Yalah, aku tengok kau baik punya mengelamun. Nak kata rindukan boyfriend, kau tu single and available. Nak kata rindukan keluarga, tiap-tiap malam video call." Wani menyeringai. Pinggan yang dia gunakan dimasukkan ke dalam singki. Alang-alang Sara dah cuci! Buka paip singki dan bersihkan tangan.

Tapi, tidak berganjak dari situ. Berdiri di sebelah Sara sambil berikan pandangan ingin tahu. Dia perasan, Sara hanya diam di meja makan tadi. Sepatah dia tanya, sepatah Sara jawab. Lepas tu, mengelamun sambil kuis nasi di dalam pinggan. Banyak kali jugalah dia ketuk meja gara-gara rimas tengok kelakuan Sara. Tak tahulah apa masalah yang dia fikirkan.

"Kau dah syok dekat mamat di tempat kerja kau, kan?" tokok Wani lagi bila Sara diam tidak membalas.

"Mamat mana pulak ni, Wani? Aku teringatkan bos aku..." Sara berterus terang. Dia tak akan mampu sembunyikan apa-apa dari pengetahuan Wani. BFFlah katakan!

Wani adalah teman baiknya sejak zaman kampus dulu. Dia dan Wani menyewa di rumah itu ketika mereka mula-mula berhijrah ke bandar selepas tamat belajar. Malangnya, dia cuma boleh bekerja selama setahun dan terpaksa balik ke kampung untuk menjaga arwah ayahnya.

Walaupun jarang berjumpa, tapi mereka selalu berhubung untuk bertanya khabar. Wani selalu juga suruh dia datang bekerja di bandar semula selepas arwah ayahnya meninggal. Wani memang sengaja tak cari rakan penyewa yang lain. Wani cakap dia akan tunggu di rumah tu sampai dia datang.

Dan, bukan main teruja lagi Wani ketika diberitahu yang dia diterima bekerja di sebuah syarikat yang agak terkenal di bandar itu.

"Hah? Bos kau?" Wajah Wani berkerut pada mulanya. Tapi, beberapa saat selepas itu dia senyum sambil jongket-jongket kening.

"Ha, kau jangan mengada-ada nak gosipkan aku dengan bos aku. Mati hidup balik pun aku tak akan suka dia..." Sara terlebih dahulu memintas bila dia tengok senyuman Wani yang tersirat sesuatu.

Cepat sangat menilai dan menghukum! Nasib baik BFF, kalau tidak Sara dah ketuk kepala Wani dengan pinggan.

"Dah tu, kenapa kau teringatkan dia pulak? Dah buang tebiat?" Wani sengetkan bibir. Kalau bukan sebab suka atau rindu, takkanlah tiba-tiba nak teringat. Pelik...

"Bukanlah, Wani. Dia selalu sangat kacau aku. Selalu tanya pasal peribadi aku. Aku pelik sebab dia macam berminat dengan aku. Macam... Ada udang di sebalik batu," luah Sara bersama kerutan di dahi. Pelipis kiri digaru dengan jari telunjuk.

"Alah, biasalah tu! Lelaki macam tu memang kuat mengusik, Sara," tukas Wani. Tak mahu Sara terlalu memikirkan hal itu. Acapkali dia mendengar Sara mengadu tentang majikannya yang kuat menyakat. Sara cakap majikannya gatal merenyam. Tak padan dengan tua!

MY SWEET TAN SRIWo Geschichten leben. Entdecke jetzt