Part 34

11K 304 17
                                    

PETANG itu, angin bertiup agak kencang daripada biasa. Suasana yang cerah tadi perlahan-lahan bertukar mendung. Awan hitam berarak membawa beban yang bakal dilepaskan pada bila-bila masa saja.

Sara keluar dari bilik sambil jinjing bakul pakaian. Nak angkat kain bajunya di jemuran. Malas nak minta tolong Muna yang sedang sibuk dengan kerja sekolahnya di dalam bilik. Sampai di laman, dia nampak ibunya tengah rancak berbual dengan Megat, Zaidi dan Rezza. Ketiga-tiga mereka gigih dirikan khemah di halaman rumah. Satu khemah dah siap dipasang.

Ada satu lagi masih dalam proses pemasangan. Agaknya mereka bertiga nak bermalam di dalam khemah malam nanti. Ibunya pun sama naik ke hulu dan ke hilir membantu.Tak padan dengan ada penyakit darah tinggi. Beriya sangat melayan kerenah Megat dan rakan-rakan subahatnya yang entah apa-apa tu!

Megat lemparkan senyuman saat mata mereka bertembung tanpa sengaja. Tapi Sara balas dengan jelingan dan terkocoh-kocoh atur langkah. Malas nak layan!

Selesai masukkan baju ke dalam bakul, dia kembali untuk naik ke atas rumah. Guruh dah mula berdentum menandakan awan akan memuntahkan isinya. Dia tak mahu ditimpa hujan. Namun, suara Rezza yang berselang-seli dengan suara Zaidi dan ibunya buat kakinya terpaku. Mereka memanggil nama Megat. Berulang-ulang tanpa henti! Macam ada sesuatu yang berlaku.

Hati Sara rasa tak sedap. Lambat-lambat dia berpaling ke arah mereka dan dia nampak tubuh Megat terbaring di atas tanah. Kepalanya pula dipangku oleh Zaidi. Ibunya duduk di sebelah kiri dan Rezza di sebelah kanan. Jantungnya berdegup kencang seiring dengan rasa takut yang menyerang.

Ya Allah! Apa dah jadi? Terlepas bakul di tangan. Sara tak fikir panjang, dia berlari ke arah mereka. Pandangannya hanya tertumpu kepada Megat yang masih terbaring tidak bergerak. Dalam situasi itu, jarak yang hanya beberapa meter itu dia rasakan seperti beribu batu jauhnya.

"Ke... Kenapa dengan Tan Sri?" soal Sara sebaik saja berada bersama mereka. Duduk di sebelah Rezza. Tangan diletakkan di atas dada Megat. Ketika itu, wajah Megat berkerut seperti sedang menanggung sakit yang teramat.

"Tak tahu, Puan Sri. Bos cakap dia sakit dada," jawab Zaidi. Riak risau jelas terpeta di wajahnya.

"Tan Sri, Tan Sri!" Sara tepuk pipi Megat beberapa kali. Air mata sudah pun mengalir laju di pipi. Tindakannya buat kedua-dua mata Megat terbuka sedikit. Terketar-ketar bibirnya mahu katakan sesuatu. Tangan kanan menggenggam tangan Sara lalu diletak ke dada kirinya.

"Tolong.... maafkan I." Megat bersuara dalam kepayahan. Urat-urat di pelipis dan leher kelihatan menegang. Wajahnya basah bermandikan peluh.

Sara menggeleng laju. Tanda tak mahu dengar Megat cakap apa-apa.

"I cintakan you, sayang. I nak hidup dengan you sampai bila-bila. I... Nak kita besarkan anak kita bersama-sama. Tapi, I... I tak tahu I ada peluang tu atau tidak. Tolong maafkan..."

Senyap!

Mata Megat tertutup rapat. Pegangan tangan juga mengendur. Sara dihambat gelisah. Macam-macam perkara negatif sedang berlegar di mindanya. Dan, untuk pertama kali dia rasa takut yang teramat sangat. Takut akan kehilangan Megat.

"Tan Sri! Tan Sri!" Sara letak tapak tangan di pipi Megat. Berharap dia akan berikan respons. Tapi, Megat tetap kaku. Jantungnya semakin kuat berdegup. Rasa takut menguasai diri. Dia sembam wajah ke dada Megat dan menangis sekuat-kuatnya. Demi Allah, dia belum bersedia untuk kehilangan Megat.

Mak Wan, Rezza dan Zaidi saling bertukar pandangan. Masing-masing garu kepala melihat reaksi Sara. Yang pasti, mereka rasa bersalah mendengar tangisan Sara. Tapi, tak ada sesiapa buka mulut. Mereka bertiga lebih selesa menjadi penonton babak sedih itu.

"Saya yang patut minta maaf! Saya yang salah! Jangan tinggalkan saya, Tan Sri. Tolonglah buka mata. Masih ada banyak lagi perkara yang saya nak beritahu Tan Sri. Saya janji akan ikut Tan Sri balik," kata Sara lagi dalam esakan yang semakin meninggi. Wajah masih berada melekat di dada Megat.

"Janji?" Satu suara membalas.

"Ya, saya janji!" Dan, cepat saja Sara angguk. Dia janji akan ikut cakap Megat. Dia tak akan sesekali sakitkan hati Megat. Dia cuma nak Megat buka mata. Itu saja!

Tapi, saat itu baru dia perasan yang dia macam pernah dengar suara itu. Suara yang tak asing dari pendengarannya. Kalut-kalut dia angkat kepala.

Mata terbeliak besar melihat Megat sedang tersenyum ke arahnya. Siap kenyit mata lagi. Mulut Sara melopong luas. Hidup lagi? Saat itu juga dia dengar suara ibunya, Rezza dan Zaidi saling berbisik disusuli gelak tawa.

Ketap bibir sambil toleh ke arah ibunya yang sudah pun berdiri diapit oleh Zaidi di sebelah kanan dan Rezza di sebelah kiri. Mereka tersengih-sengih saat pandangannya mendarat di wajah mereka silih berganti.

Sara lepas nafas deras. Baru dia tahu yang dia dah kena prank. Apa yang berlaku tadi hanya lakonan semata-mata. Dan, ibunya juga tumpang sekaki jadi sebahagian dari krew mereka. Wah, Mak Wan memang bravo!

Dia punyalah panik dan risau sampai rasa tak boleh nak bernafas menanggung penyesalan yang menggunung di hati. Sebab dia fikir dia tak sempat nak berterus terang yang dia dah lama maafkan Megat dan dia cintakan Megat sepenuh jiwa.

"Maaf, sayang..." Megat bangun dan duduk berlunjur.

Wajah Sara yang basah dengan air mata diseka dengan tapak tangan. Kesian betul dia dengar Sara menangis tadi. Rasa nak bangun dan peluk Sara kejap-kejap. Tapi, apa boleh buat? Dia tak boleh rosakkan rancangan yang sudah dirancang dengan teliti oleh mereka berempat. Dan, semestinya Zaidi lah perancang utama merangkap mastermind dalam rancangan itu.

"Eiii, bencilah!" getus Sara. Muncung bibir sedepa. Geram sebab dia dah kena tipu! Tapi, pada masa yang masa yang sama dia rasa lega sebab itu hanya prank. Ah, berbelit-belit pula jadinya!

"Betul ke benci, hurm?" Cuit hidung Sara yang mancung sambil ketawa senang.

"Dah nak hujan ni. Cepatlah bangun..." jawab Sara tanpa menjawab soalan Megat. Benci? Sebetulnya, dia tak pernah bencikan Megat. Tak pernah!

"Jawab dulu soalan I..." balas Megat. Tiba-tiba pula mood nak mengada-ada dengan Sara.

"Soalan apa?" Sara layankan saja. Hati sudah berbunga riang. Rasa marah, dendam dan sakit hati entah ke mana menghilang. Biarlah! Sara tak mahu lagi biarkan perasaannya dipengaruhi oleh hasutan hati.

"Sayangkan I tak?" Kening kanan terjongket ke atas.

"Tak pernah tak sayang..."

Jawapan itu buat Megat tersenyum lebar.

"Rindukan I tak?"

"Sangat..." Sara angguk sekali.

"Cintakan I tak?" Soalan terakhir. Walaupun dia tahu apa jawapan yang bakal diberikan oleh Sara, tapi dia tetap nak dengar dari mulut Sara sendiri.

"With all my heart..." Suara Sara sedikit bergetar. Mengungkap perkataan manis yang pernah Megat ucapkan kepadanya. Perasaan cinta yang ikhlas dan luhur dari hati. Tidak berbelah bahagi.

"Thank you, sayang. I love you more..." bisik Megat lagi seraya merangkul tubuh langsing isterinya ke dalam pelukan. Bahagia tak terungkap bila Sara membalas pelukannya. Dengan itu, drama rayu-merayu yang berlangsung selama beberapa hari berakhir secara rasminya. Dia dah dapat apa yang dia mahukan. Syukurlah...

Beberapa minit berlalu dan mereka hanyut dalam dunia mereka sendiri.

"Sudah-sudahlah tu berdrama! Cepat naik! Hujan dah nak turun ni!"

Tempikan Mak Wan buat mereka kembali ke dunia nyata. Mereka toleh ke arah beranda dan nampak Mak Wan, Zaidi dan Rezza sudah berada di situ. Mereka leraikan pelukan, bangun dan berpegangan tangan menuju ke tangga untuk naik ke atas rumah dengan senyuman yang meleret-leret.

Mak Wan, Zaidi dan Rezza saling berpandangan sebelum berhi-five sesama sendiri. Berjaya juga mereka satukan dua hati yang saling mencintai, tapi ditutup dengan keegoan. Tak sia-sia mereka kerah otak memikirkan rancangan terbaik untuk selesaikan konflik cinta Megat dan Sara. 

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now