Part 27

9.5K 281 8
                                    

LAPANG dadanya selepas Hana menerima e-mel daripada Hana mengatakan bahawa dia sudah selamat sampai di Jerman. Hana janji akan menelefonnya sebaik sampai di tempat penginapan. Nafas dihela dan dihembus perlahan. Lega rasanya!

Sejak semalam jiwanya tak tenteram. Asyik teringatkan Hana. Macam-macam hal yang muncul di fikiran. Mujur ada Sara yang banyak berikan kata-kata semangat kepadanya. Dia menangis tersedu-sedu ketika di lapangan terbang. Hiba hatinya Allah saja yang tahu. Tak bersedia untuk berpisah dengan Hana. Walaupun baru saja berpisah, tapi dia dah mula rindukan Hana. Rindu sangat-sangat!

Dia turun ke bawah dan terus keluar ke halaman rumah. Mencari kelibat Sara. Tadi Sara cakap nak turun sebab nak siram pokok bunga. Dia menegah pada mulanya sebab dia nak suruh Zaidi yang buat. Tapi, macam biasalah! Sara tak akan mendengar arahannya. Tetap dengan sikap degilnya.

Dia terdengar suara orang berbual di halaman ketika berada di ruang tamu. Suara Sara dan Zaidi berselang-seli diikuti gelak tawa mereka. Meriah bunyinya! Dia berdiri di muka pintu. Perhatikan Sara dan Megat yang berdiri membelakanginya. Kedua-duanya memegang pili air. Rancak benar mereka berbual sampai tak pandang belakang.

Megat ikut ketawa saat mendengar lawak bodoh Zaidi. Lelaki bertubuh sederhana tinggi itu tak pernah kering idea nak mereka cerita lawak. Ada saja cerita lawak yang nak dikongsikan. Sebab itu dia suka dengan Zaidi. Suasana akan jadi ceria kalau dia ada bersama.

Megat sarung selipar dan perlahan-lahan mendekati mereka. Elok saja berada betul-betul di belakang Zaidi, dia menyergah kuat. Terjerit-jerit mereka berdua dek terkejut dengan sergahannya. Lebih-lebih lagi Zaidi. Sampai terlepas pili di tangan.

"Apa ni, bos? Main serang belakang pulak. Dahlah jantung aku tak berapa nak sihat sangat. Teringin betul nak tengok aku masuk hospital," protes Zaidi sambil urut dada. Muka kelat, tapi Megat langsung tak terkesan. Makin kuat pula Megat ketawakannya.

"Kalau kau masuk hospital pun, semua kos aku bayar. Tak payah risau..." tempelak Megat tanpa rasa bersalah. Rasa digeletek melihat reaksi Zaidi. Cakap saja berdegar, tapi lemah semangat. Sergah sikit pun dah terkejut macam nak kena serang dek harimau.

"Hah, Puan Sri tengoklah bos tu! Bos memang tak sayangkan Abang Zaidi. Rela bayar bil hospital dari mendoakan kesihatan Abang Zaidi," adu Zaidi, Siap buat muka sememeh. Konon teraniaya!

Sara ketawa sampai terhinggut bahu. Lucu mendengar kata-kata Zaidi. Muka pun mendung macam nak hujan. Riak tak puas hati sebab Megat buat dia terperanjat. Macam Megat dah buat kesalahan yang sangat besar terhadapnya. Padahal, baru saja tadi dia cakap dia dengan Megat dah macam adik beradik. Boleh bergurau apa saja! Tak ada yang akan terasa hati. Bukan main lagi propa. Kena usik sikit pun dah ketat mukanya.

"Kan Sara dah cakap tadi jangan panggil Puan Sri. Panggil aje Sara macam biasa..." Sekali lagi Sara menegah. Agak kurang selesa bila Zaidi menyebut namanya dengan panggilan Puan Sri. Rasa kekok dan agak kurang selesa! Sebab Zaidi tahu semuanya tentang hubungan dia dan Megat. Dia rasa seperti Zaidi mengejek walau hakikatnya Zaidi tak bermaksud begitu.

"Mana boleh, Puan Sri. Puan Sri ni isteri bos Abang Zaidi. Takkan nak panggil Sara aje. Tak boleh, tak boleh!" tukas Zaidi. Menggeleng laju tanda tak setuju dengan permintaan Sara. Ya, memang dia tahu tentang kontrak kahwin mereka. Tapi, dia tetap hormatkan Sara.

Sebab itu dia bertegas dengan pendiriannya. Dan, dia rasa lebih manis kalau dia kekalkan panggilan itu. Sara tak macam kebanyakan orang yang dahagakan status dan pangkat. Pertuturannya lembut dan sentiasa merendah diri. Dia juga suka dan senang berbual dengan Sara.

MY SWEET TAN SRINơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ