Part 19

8K 297 5
                                    

SAMPAI di dapur, Sara hembus nafas yang tercungap-cungap. Debaran di dada masih bersisa. Fuh, nasib baik dia sempat larikan diri! Kalau tidak, habislah...

Sara ambil jag plastik berisi air kosong di atas meja dan dituang ke dalam gelas. Gelas itu dicapai dan diteguk sampai ke titisan terakhir. Dan, saat itu detak jantungnya beransur perlahan. Dia segera melangkah ke singki. Nak siang ikan! Namun, babak yang berlaku di ruang tamu tadi asyik menempel di kepala. Tangan yang sedang memegang pisau menggigil perlahan. Ah, sudah!

"Nak I tolong?" Satu suara menegur dari belakang dan...

"Arghhh!" Tak sengaja dia menjerit. Terkejut sebab terlalu gabra. Dan, saat itu Megat sudah berada di sisinya. Hati yang baru nak bertenang sekali lagi bergelodak.

Megat ketawa mengekek melihat reaksi Sara. Kelakar sangat! Dia tahu Sara gementar. Sebab itu sampai terjerit-jerit.

"Tan Sri, please! Jangan kacau saya. Saya nak buat kerja." Sara berikan amaran terlebih dahulu. Seriau kalau Megat ulang babak hembus-hembus tadi. Tak sanggup!

"Okey, I tak kacau you. I cuma nak tolong you pakaikan apron." Tangkas tangan Megat rentap apron yang kebetulan tersangkut di dinding dekat dengan singki. Cekap betul akalnya mencari alasan.

"No! Tak payah. Saya tak perlukan apron..." Sara menggeleng. Bergerak setapak ke kanan. Mahu jarakkan kedudukan. Bahaya kalau dekat-dekat dengan Megat. Tindak tanduk lelaki itu sukar untuk diduga.

"Jangan degil, Sara. You kena pakai apron. Nanti baju kotor. Isteri I kena selalu kemas, bersih dan cantik," balas Megat serius. Sua tangan nak pegang tangan isterinya, tapi laju saja Sara sembunyikan di belakang.

Sara resah bila Megat beralih dan berdiri di belakangnya. Apron ditangan dipakaikan ke lehernya dan diikat di pinggang. Sara diam tidak terkutik. Tahu yang dia tak ada pilihan. Dan, terasa bagaikan ada aliran elektrik menjalar di seluruh tubuh saat tangan Megat tiba-tiba sahaja menyentuh rambutnya.

"Tan Sri..." Suara Sara tenggelam di kerongkong. Cuba mengelak, tapi tangan kanan Megat sudah pun melilit pinggang. Nafas yang dihela kembali tidak teratur. Maigad!

"Shhh, I cuma nak betulkan rambut you. I tak akan apa-apakan you. Jangan risau." Megat mendesis perlahan bersama desah nafas yang berat. Percikan peluh di leher Sara diseka dengan tapak tangan. Rambut Sara yang agak kusut tadi dirapikan.

Megat segera menjauh. Berdiri dalam jarak sedepa dengan Sara. Mahu berikan ruang untuk Sara bertenang. Kesian pula dia tengok Sara asyik menggigil dan berpeluh dari tadi.

Sara keluarkan ikan dari dalam plastik selepas mendengar kerusi ditarik. Yakin Megat duduk di atas kerusi di meja makan dan tak akan mengganggu lagi. Parah kalau hari-hari macam tu! Boleh dapat penyakit panic attack.

Selang beberapa minit, terdengar pula suara ibunya melaung namanya berulang kali dari depan. Lantang dan keras. Nada marah! Sara menoleh ke belakang dan mencari wajah Megat. Ternyata pandangan Megat juga terarah kepadanya. Lelaki itu sudah bangun dari duduknya. Masing-masing kerut dahi. Tertanya-tanya kenapa Mak Wan memekik macam ada sesuatu yang tak kena.

Sara buka paip singki, cuci tangannya yang tercemar dengan darah ikan kembung. Tak sempat dia nak menyahut, Mak Wan dan Muna sudah berada di situ. Terkocoh-kocoh Mak Wan melangkah mendekati Sara dengan wajah yang garang. Dia heret tangan Sara dan paksa anaknya duduk di atas kerusi. Berdiri sambil mencerlung Sara yang tercengang dengan tindakannya.

"Cakap dengan ibu dari mana along dapat duit bayar hutang mak long?" Merah padam muka Mak Wan menahan marah.

"Du... it along, ibu..." Sara tunduk. Sumpah! Dia tak berani membalas renungan ibunya. Dada terasa sendat dan ketat. Sebu!

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now