Part 11

7.2K 269 0
                                    

TURUN saja dari kereta, Megat segera melangkah memasuki warung yang terletak di tepi jalan itu. Terteleng-teleng mencari seseorang dan dia pamit senyum melihat Sara yang duduk di meja paling hujung. Sara membalas senyumannya dengan anggukan. Tak buang masa, dia bergegas mendekati gadis itu.

Dia terus memandu ke situ selepas mendapat panggilan daripada Sara lebih kurang 20 minit yang lalu. Sara cakap ada hal penting yang nak dibincangkan dan dia nak mereka bertemu segera. Dan, Sara yang memilih warung itu kerana dekat dengan kawasan rumah sewanya.

"Maaf, I lambat. Dah lama ke you tunggu?" Megat menyapa dan ambil tempat di hadapan Sara.

"Taklah, Tan Sri. Saya pun baru aje sampai. Tan Sri nak minum?" balas Sara sambil betulkan tudung yang dipakai. Tudung instant! Dia main sarung saja tadi. Dah tak sempat nak bersiap dek tertekan dengan isu yang diberitahu oleh Muna lewat petang tadi. Dan, hanya satu penyelesaian yang terlintas di fikiran. Tan Sri Megat Geza!

"Sekejap lagilah!" Megat menggeleng perlahan. Tunakkan pandangan ke arah Sara yang asyik tunduk bila mata mereka bertemu. Wajahnya terbias resah. "Hal apa yang you nak bincangkan dengan I?"

Perlahan-lahan Sara angkat wajah. Hela nafas dan dihembus perlahan. Mencari kekuatan untuk berterus terang. Rasa malu dan segan mendominasi. Tapi, dia terdesak! Dan, desakan itulah buat dia beranikan diri untuk menghubungi Megat.

"Saya nak minta maaf sebab sebab ganggu Tan Sri malam-malam ni. Dan, saya nak minta maaf pasal tadi." Lambat-lambat Sara menyusun kata. Wajah sudah membahang. Demi Allah, dia rasa malu berdepan dengan Megat saat itu selepas apa yang berlaku di pejabat siang tadi.

"Tak perlu minta maaf, Sara. You tak buat salah dengan I. I cuma nak dengar apa perkara yang you nak bincangkan dengan I. Itu aje..." Megat pamit senyum. Mahu Sara tahu dia tak ambil hati dengan kata-kata gadis itu. Dia yang salah! Sara ada hak untuk marah dan memberontak.

"Pasal kontrak yang Tan Sri sebut di pejabat tadi..." Sara teguk liur. Perhatikan roman Megat yang sedikit berubah mendengar kata-katanya. Namun, lelaki itu tidak menyampuk. Cuma anggukkan kepala dan menunggu saja dia lanjutkan bicara.

"Saya setuju jadi isteri kontrak Tan Sri..."

Megat terkedu. Terkebil-kebil mata merenung Sara yang menundukkan kepala. Antara percaya dan tidak. Dia masih ingat setiap perkataan yang Sara lontarkan. Dia masih ingat wajah Sara yang bengis ketika diberitahu tentang isu kahwin kontrak yang dia rancangkan.

"You serius ke, Sara?" soal Megat mahukan kepastian. Tapi, dia yakin dia tak tersalah dengar.

"Ya, saya serius..." Sara angguk. Beranikan diri untuk angkat wajah dan berbalas pandangan dengan lelaki yang sedang terkerdip-kerdip merenungnya. Sara tak terkejut melihat reaksi Megat. Haruslah lelaki itu terkejut sebab di pejabat tadi dia bermati-matian menempelak dan menolak.

Megat diam seketika. Masih tak percaya walaupun Sara mengiyakan.Tak mampu cari perkataan yang sesuai untuk membalas.

"Kenapa? Tan Sri dah ada calon lain ke?" Sara kaget bila Megat diam membisu. Dan, dia harap sangat Megat belum ada penggantinya.

"No, Sara. Jangan terlalu cepat buat kesimpulan. I cuma tak percaya yang you setuju," jawab Megat. Masih merenung Sara bersama senyuman seraya bersuara lagi.

"Untuk pengetahuan you, kontrak ni tak macam kontrak yang selalu you tengok dalam TV."

"Maksud Tan Sri?"

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now