Part 17

7.6K 283 20
                                    

BEBERAPA MINGGU SELEPAS ITU...

MEGAT teguk liur berkali-kali melihat Sara yang sedang duduk berlunjur di atas katil. Berkain batik dan T-Shirt yang tersarung di tubuhnya agak sendat mengikut bentuk tubuh. Nampak lekuk tubuhnya yang elok dan sempurna. Rambutnya lebat dan lurus melepasi bahu. Pertama kali melihat Sara tanpa hijab buat jantungnya rasa macam nak pecah. Laju bagai dipam-pam.

Perlahan-lahan dia mendekati Sara yang tekun mengadap skrin telefon. Mustahil Sara tak menyedari kehadirannya. Dia yakin Sara buat-buat tak perasan. Boleh jadi Sara gugup sebab itulah sibuk sangat duk belek telefon.

"Sara..." Megat berdiri di hujung katil. Betul-betul berdepan dengan Sara.

Sara angkat wajah sebelum bersuara perlahan. "Ya, Tan Sri...

"Dah lewat ni. Kenapa belum tidur?" Soalan sekadar nak hilangkan rasa canggung di hati. Pertama kali berduaan dengan Sara di dalam bilik, hati berdebar tak menentu. Padahal, dia dah terlalu biasa berada dalam keadaan itu dengan makhluk bernama perempuan. Kuat betul aura Sara menjerat emosinya.

"Belum mengantuk, Tan Sri. Lagipun, saya tengah risau..." Sara betulkan kain batik yang dipakai. Terselak sedikit menampakkan pangkal betis. Dia nampak mata Megat asyik melirik ke kakinya. Dasar mata keranjang!

"Risau?"

Cepat saja Sara mengangguk.

"You risau pasal apa?" soal Megat ingin tahu.

"Pasal Tan Sri..." balas Sara sambil tayang muka selamba.

"Pasal I?" Makin beriya Megat kerutkan wajah. Tak dapat meneka apa sebenarnya yang dirisaukan oleh Sara.

"Saya tak percayakan Tan Sri. Saya takut kalau saya tidur, Tan Sri akan tanggalkan baju dan kain saya tanpa saya sedar," kata Sara straight to the point. Memang hal itu yang dia fikirkan sejak tadi.

Walaupun Megat cakap dia tak akan bertindak lebih-lebih, tapi kucing mana yang akan diam kalau tengok ikan tergolek-golek depan mata. Kalau tak boleh makan pun, mesti rasa nak cuit juga. Tambah-tambah kucing gatal macam Megat.

"Hurm, menarik juga tu! I pun tak pernah lagi cuba trend yang viral sekarang ni. Unboxing wife..." Megat dah senyum-senyum lain macam. Senyum gatal! Dia duduk di atas katil. Rapat di sisi Sara.

"Tan Sri!" Sara menjerit kecil dan serentak itu juga satu satu tamparan hinggap di bahu suaminya. Pap!!! Kuatlah juga sampai tapak tangannya terasa perit.

"Okey, maaf! Gurau aje..." Sengih tayang gigi. Bahu digosok perlahan. Boleh tahan berbisa tamparan Sara.

Sara hanya menjeling. Nak gurau pun agak-agaklah! Dia capai novel di atas meja. Baru selak muka surat pertama, suara serak Megat menjengah anak telinga.

"Tapi kan, cantik betul you pakai macam ni. Seksi sangat..." Megat pegang hujung kain batik yang dipakai oleh Sara. Dia puji betul-betul bukan sekadar nak ambil hati. Sara nampak seksi dalam pakaian itu. Seksi dalam erti kata manis...

Sara mengeluh perlahan. Tutup novel dan dia turun dari katil tanpa sepatah kata. Laju melangkah ke almari baju.

"You nak buat apa dengan telekung tu, Sara?" soal Megat bersama kerutan di dahi melihat Sara ambil telekung yang tersangkut di pintu almari.

"Nak tidur pakai telekung. Dah saya pakai macam ni pun Tan Sri cakap seksi. Saya rasa elok kalau saya tidur pakai telekung. Semoga berkat telekung ni dapat hapuskan penyakit gatal merenyam Tan Sri," jawab Sara tanpa rasa bersalah.

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now