Part 33

10.7K 294 2
                                    

SARA mundar mandir di ruang tamu sambil ketap bibir. Sesekali dia merapati daun tingkap yang terbuka dan menjenguk ke luar rumah. Nampak Megat berdiri sambil bersandar pada kereta. Semalam Megat tidur di dalam kereta. Keretanya masih terparkir di halaman rumah.

Dan, semalaman juga dia terpaksa tadah telinga dengar ibunya berleter marahkannya kerana biarkan Megat tidur di dalam kereta. Pagi tadi pun berbakul-bakul juga ibunya berikan ceramah percuma sebelum menghilang ke kebun sayurnya di belakang di rumah.

Sara cuma pekakkan telinga. Bukan dia yang suruh! Megat sendiri yang rela hati nak jadi penunggu di dalam kereta. Bukan kebuluran pun! Awal-awal pagi tadi ibunya dah berikan secawan kopi panas dan sepiring pulut lemak sambal ikan bilis. Semalam pun sama juga. Siap berdulang bagai bawakan nasi berlauk untuk menantunya.

Lama juga mereka berbual. Sara boleh dengar dengan jelas Megat meminta maaf beberapa kali dan setiap kali itu juga ibunya memaafkan. Ibunya minta Megat supaya dia bersabar kerenahnya. Huh, ibu tak berada di tempatnya. Tak ada sesiapa yang faham apa yang dia rasa.

Tak lama selepas itu, dia dengar bunyi enjin kereta menjalar masuk ke halaman rumah. Beberapa minit berselang, kedengaran pula suara orang berbual-bual. Semuanya lelaki! Mulalah hati diasak rasa ingin tahu. Siapa pula yang datang dan berbual dengan Megat? Ramah dan mesra bunyinya.

Sara bergegas ke pintu. Spontan dia mendengus deras melihat dua orang lelaki yang sedang berbual dengan Megat. Zaidi dan Rezza rupanya! Patutlah meriah semacam. Dan, semestinya mereka datang atas arahan Megat. Entah apa agaknya rancangan mereka.

"Hai, Puan Sri! Apa khabar?"

Zaidi yang nampak dia berdiri di muka pintu menyapa. Sengih sampai nampak gigi. Terus Megat dan Rezza berpaling. Kedua-duanya juga tersenyum dan melambai-lambai ke arahnya.

Sara buat muka menyampah. Jongket hujung bibir kanan ke atas. Mata hitam juga memutar ke atas dengan jayanya. Kalau mereka tak faham lagi apa maksudnya, tak tahulah nak cakap macam mana lagi.

"Sayang!" Megat segera melangkah ke depan tangga. Bolehlah dia tengok wajah Sara lebih dekat.

"I ada belikan barang untuk you..." lanjutnya lagi dan menghantar isyarat kepada Zaidi dan Rezza. Pantas kedua-dua mereka keluarkan sesuatu dari dalam kereta. Dan, tergesa-gesa naik tangga untuk letakkan barang-barang yang mereka beli tadi di atas beranda.

Sara hanya memandang beg-beg kertas itu tanpa riak. Tak berminat nak tahu! Dan, tak teringin untuk menerima.

"Saya tak perlukan apa-apa barang pun, Tan Sri. Kenapa nak susahkan orang lain kerana saya?"

"Eh, tak ada susah pun Puan Sri. Kami cuma tolong beli aje. Bos yang bayar semua ni," kata Zaidi menjawab bagi pihak Megat.

"I belikan vitamin, susu, minyak angin, selimut, buah-buahan dan semua ni untuk you dan anak kita. Semua yang I beli ni bagus untuk ibu yang sedang mengandung. Minyak angin tu kalau you rasa lenguh ke kebas ke, you cepat-cepat beritahu I. I boleh tolong urutkan." Nada Megat ceria walaupun Sara acuh tak acuh dengan usahanya.

Jauh lagi nak tunjukkan yang dia terharu atau tersentuh hati. Tak apa, dia akan tetap bersabar sampailah Sara lembut hati untuk menerimanya semula.

"Oh, ya ke? Ermm, tapi saya tak nak vitamin, susu atau buah-buahan. Sebab saya nak makan roti canai. Ada?"

"Roti canai? Sayang nak makan roti canai? Boleh, boleh! Kejap I oder dengan food panda." Laju saja Megat gagau telefon dalam poket seluar.

"Kat kampung macam ni tak ada food panda, Tan Sri..." Sara ketap gigi. Sekali lagi mata hitam bergolek ke atas. Tak tahu sama ada Megat memang tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu.

"Betul jugak tu." Megat menyengih. Sedar yang dia tersilap. Di kampung seperti itu tak ada khidmat penghantaran pelbagai barang macam di bandar. "Kalau macam tu, you tunggu ya. I pergi beli sekarang jugak!"

"Tak payah! Saya boleh beli sendiri," tukas Sara seraya melangkah menghampiri tangga. Wajah Megat berubah kelat mendengar kata-katanya. Ah, kisah pula dia!

Dia nak turun tangga dan serentak itu juga Megat sua tangan. Nak pegang tangannya.

"Jangan sentuh saya, Tan Sri! Saya tak suka. Faham?" Keras suara Sara memberikan amaran bersama jelingan tajam dan garang. Sampai di tanah, dia sarung selipar dan berjalan laju-laju tanpa hiraukan mereka yang terkulat-kulat memandangnya.

Megat lepas keluhan deras seraya buka langkah mengejar Sara di hadapan. Dia nak ikut Sara. Kalau Sara berjalan dia pun akan ikut berjalan.

Zaidi dan Rezza saling berpandangan. Pakat garu kepala melihat gelagat Megat dan Sara. Tapi, sesaat kemudian mereka bergegas masuk ke dalam kereta. Nak ikut!

"Keras hati juga Sara tu, kan?" kata Rezza ketika kereta yang mereka naiki mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah papan itu. Zaidi memandu dalam kelajuan tak sampai 40km sejam. Mengekori Megat dan Sara yang sudah pun berada di jalan utama.

"Biasalah tu, Rezza. Kalau dah namanya perempuan, memang macam tulah perangainya. Kita sebagai lelaki kena banyak sabar. Hati kena kental. Jiwa kena sado. Kena banyak mengalah sebab emosi perempuan ni sensitif. Aku yakin Puan Sri cintakan bos. Dia cuma merajuk aje tu," balas Zaidi sambil ketawa perlahan.

"Merajuk sampai macam tu?" Rezza garu kepala. Seram sejuk mendengar kata-kata Zaidi. Itu baru merajuk, kalau marah macam mana pula? Haisy, dan-dan dia rasa takut nak kahwin. Nasib baik dia belum ada calon lagi. Banyak lagi yang dia perlu belajar tentang perempuan.

"Ya, Rezza. Orang perempuan kalau dah merajuk memang payah sikit. Dia orang sukakan perhatian. Jadi, kita kenalah pujuk sampai dia orang rasa terpujuk. Kadang-kadang dia orang memang sengaja nak buat kita merayu-rayu. Hah, sebijik macam bos tu lah..." Zaidi muncung bibir ke arah Megat yang berjalan dalam jarak tiga langkah daripada Sara.

Dia tak pernah menyangka Tan Sri Megat Geza akan jadi macam tu kerana seorang perempuan. Kalau dulu, perempuan dalam hidupnya macam pakai baju. Silih berganti! Tapi, hanya Sara seorang saja yang mampu buat kehilangan separuh dari hidupnya. 

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now