Prolog

77.4K 2K 278
                                    

2 tahun lepas,

Belum sempat mengelak, tepat balingan Sara pada wajah Arash. Sejambak bunga ros yang dibeli Arash dilayan bak sampah, dibuang tanpa fikir panjang.

"You ingat dengan bunga ni, I tak marahkan you dah ke?"

Ditekan tapak tangan pada kelopak mata. Penat. Semalam seharian di Perak, pulangnya ke Kuala Lumpur untuk gembirakan buah hati, namun dihembur tanpa henti.

"I minta maaf—"

"Minta maaf, minta maaf. Eh, Arash! I ni girlfriend you tau. I nak tanya you. Sebulan I jumpa you berapa kali? Orang lain keluar dating hari-hari, I nak tengok muka you pun susah." Kasut tumit tinggi Sara menolak jambak bunga ros di lantai seraya melangkah dekat pada Arash.

"I kerja, Sara. I bukan suka suka balik sana. Bukan all the time juga I boleh balik KL jumpa you. I balik, I cuba balik every week. Jangan macam ni. Kita pergi makan, jom? Sara—" Belum sempat dipaut tangan, anak mata terkunci pada susuk tubuh Sara yang berjalan masuk semula ke ofis. Bunga ros yang dibaling Sara tadi diambil, ditarik sekuntum demi sekuntum. Lebihan plastik dibuang, tinggal segenggam bunga ros pada tangan.

Dalam langkah pulang ke kereta, ralit dengan telefon di tangan, bahu kiri dilaga dengan seorang perempuan, manis raut wajah biarpun tanpa secalit warna daripada alat solek, wajah yang serba lembab dengan peluh yang merembes.

"Oh, sorry." Laju mulut Arash bersuara. Bertentang anak mata Arash dengan perempuan di hadapan.

Pandangan dimatikan serta merta bila perempuan tersebut terus menundukkan padangan. Helaian rambut yang jatuh menutup bingkai wajah disangkut ke belakang telinga. Diam Arash tanpa sebarang kata. Hendak kata cantik yang membuatkan dia terus jatuh cinta pandang pertama, tidak mungkin. Terpegun dengan pandangan anak mata agaknya.

Sesaat perempuan tersebut menoleh pada bunga ros di tangan lelaki di hadapan, pandangan pada Arash pula dicuri curi. Segak, kemas. Dari cara berpakaian, bagai langin dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan dia yang berpakaian serba lusuh. Lelaki tersebut berpakaian baju kemeja berwarna hitam, diselitkan kemas hujung baju ke dalam seluar, sekali dengan lengan yang dilipat aras siku. Dipadankan pula dengan raut wajah yang cukup membuatkan dia hilang segala kata.

"Ambil lah ni." Kuntuman bunga yang digenggang Arash tadi dihulur pada perempuan di depan mata.

Terkebil kebil tangan menyambut pemberian dari Arash. Tak perlu bersuara, dari raut wajah sudah jelas terpampang tanda soal.

"Tak apa, ambil je. Sorry." Kepala menunduk sedikit, terus Arash berlalu pergi tanpa berpaling ke belakang.

Dari jelas hingga hilangnya pandangan pada belakang badan Arash yang tegap, anak mata tak lari pandangannya. Bunga ros yang diberikan lelaki tersebut didakap erat dalam pelukan.

••

Duduknya di birai katil, jari masih sibuk meneliti kuntum bunga ros yang dia dapat petang tadi. Masih teringat bau minyak wangi lelaki tersebut, diselitkan pula dengan raut wajah tampan yang sekali sekala muncul dalam memori sejak tadi.

Ralit dengan memori, daun pintu dirempuh dengan sekumpulan lelaki, belum sempat hendak bernafas, mulut ditekap dengan salah satu lelaki yang masuk. Dipaksa tubuh baring pada tilam yang nipis. Jeritan menjadi samar apabila mulut dimungkum dengan tapak tangan lelaki yang berbau rokok kuat. Dalam tangisnya dia memohon perlindungan dari Allah, bunga ros tadi menjadi saksi dia dijadikan pemuas nafsu serakah buat kesekian kali.

••

sekarang,

Baru sahaja mata nak dilelapkan semula, daun pintu dirempuh masuk tanpa pembuka kata mahupun salam. Menjeling anak mata Arash pada adik kesayangan.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now