Part 8

25.7K 1.6K 262
                                    

"Sofea!" Rumah agam yang sunyi bergema dengan suara Dato' Azim memanggil si sulung

"Iye, abah!" Laju kaki keluar dari bilik, menuruni anak tangga terus untuk menyambut kepulangan abah dari kerja. Lepas pemergian mama dan Safawa, dialah peneman abah di rumah ni.

Daisha tahu, abah sunyi. Dia juga tahu abah  sedang berkawan dengan seorang wanita walaupun abah tak pernah cerita. Dia pernah terdengar abah berbual dengan wanita tersebut. Kedengaran mesra, bagai berbual dengan arwah mama. Dia rela jika abah berkeinginan hendak berkahwin lain demi kebahagian abah. Banyak abah dah berkorban untuk dia dan adik, apa salahnya dia pula berkorban untuk abah.

Walaupun dia belum bersedia menyambut kehadiran wanita lain untuk mengambil alih tempat arwah mama.

"Abah panggil Sofea?"

"Abah nak bagi ni dekat Sofea." Lengan Dato' Azim yang memegang senaskah novel berbalut plastik menjulur pada anak sulung.

"Untuk Sofea?" Sukar dia hendak percaya. Bila lahir dalam keluarga yang berada, Daisha bebas untuk menghabiskan duit tiada batasan namun habislah seberapa banyak sekalipun, hati masih terasa bagai ada kurangnya. Bagai ada lubang yang tidak terisi habis dengan kepuasan.

Daisha jarang terima sebarang hadiah daripada abah. Jangankan hadiah, nak dengar kata-kata semangat keluar daripada bibir abah pun susah.

Bila Dato' Azim menyodorkan senaskah novel, perasaan Daisha bagai menerima sesuatu yang tinggi harganya, biarpun realiti, banyak lagi barang lebih berjenama yang dia ada. Novel tersebut terus didakap ke dada, kedua lengan terus mendakap tubuh Dato' Azim.

"Thank you, abah!"

"Abah tak tahu Sofea suka ke tidak baca novel.."

"Sofea suka! Sofea suka sangat baca novel—"Naskah ditangan diterbalikkan untuk mencari genre novel yang dipegang. Misteri.

"Sofea suka baca novel misteri!"

"Nasib baiklah..Abah dah beli, baru abah perasan genre novel. Abah macam ingat-ingat lupa Sofea minat genre apa.." Dato' Azim mengusap sekilas ambut anak sulung. Lama rasanya dia tak nampak Daisha biarpun sebumbung. Mungkin sebab setiap kali pulang ke rumah, teringat akan arwah isteri and arwah Safawa.

Daisha tak pernah minat dengan genre misteri tapi sejak malam tu, dia mula tanam minat, mula paksa diri untuk gemar akan genre tersebut. Kehulur kehilir, pergi dan baliknya dia dari sekolah, novel dari abah sentiasa dibawa.

••

Beg kertas berisi pakaian baharu yang dibeli oleh Arash dibawa keluar satu persatu, tangan dibawa menyentuh baju-baju yang dibeli. Ringkas, sesuai untuk dipakai bekerja.

"Saya dah nak balik ni, Sofea. Awak jaga diri."

Baru sahaja petang tadi Arash menghantar dia dan Kak Jiah pulang, hati sudah mula merindui. Teringat pada perbualan yang tak sempat habis semalam. Betul ke Arash ajak dia kahwin?

Kertas yang dia terima daripada Alisha semalam dibawa keluar dari bekas gula-gula, diselitkan sekali dengan kelopak bunga ros yang bertahun lama disimpan di antara muka surat hingga jadi sebahagian daripada buku.

Dua hari celik dan tutup mata dengan wajah Arash yang kehulur kehilir dalam wad persendirian, rasa lain pula tidur malam kali ni.

••

"Awak!"

"Ha, nak apa?" Jari jemari yang mengusap dagu yang masih bengkak terhenti apabila Daisha mendekati.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now