Part 20

26.4K 1.8K 443
                                    

Tamat sahaja hari Arash untuk hari ni, terus dia buat keputusan untuk singgah ke pusat beli belah. Nak telefon Sofea, naik menyampah pula. Tiap kali ditelefon nombor isteri, suara lain pula yang menjawab. Tak cukup dengan mengambil alih hak telefon isteri, diherdik pula gegendang telinga tanpa henti. Suka-suka hati tamatkan panggilan telefon.

Lintas sahaja di hadapan kedai buku, teringat pula pada si cantik. Hala tuju berubah, kaki Arash melangkah masuk ke dalam kedai.

Arash dan buku, tidak pernah silang-menyilang. Selagi keadaan tidak memaksa dia untuk membaca, selagi itulah dia akan cuba menjauhkan diri. Sebagaimana kehidupan dia berubah sejak berkahwin, pemikiran dia juga turut berubah.

Rak buku yang tersusun dengan buku-buku tentang sejarah dunia, sejarah islam diteliti Arash. Satu persatu tajuk dibaca, diselak dua tiga helai muka surat sebelum dimasukkan ke dalam bakul kecil. Kertas memo pad dan pen juga turut diselitkan sekali dalam bakul barangan. Waktu bergelar pelajar dahulu, ingatnya dia pada setiap isi penting semua dengan mencatat semula pada memo pad.

Kaki yang melangkah ke arah kaunter pembayaran terhenti apabila dia mula perasan kiri dan kanan rak buku yang dilalui penuh dengan genre romantik.

Tangan kanan yang lengang naik memilih satu novel, diterbalik pada bahagian belakang untuk membaca sinopsis.

Berkerut kening Arash apabila habis satu sinopsis novel dibaca. Diletak novel tersebut bersama barangan yang lain.

"Tch, kopekkan udang eh.. sayang suka kot ni."

Pindah pula pada novel di sebelah, geli-geleman Arash bila dia baca pula sinopsis novel seterusnya.

"Tolong pakaikan kasut pula. Lah, gedik betul.."

Makin banyak novel yang dipegang, makin penuh bakul yang dijinjing. Niat yang pada awalnya hanya untuk mencari buku tentang sejarah kini bertukar pada novel untuk si cantik. Pulangnya Arash ke rumah penuh dengan timbunan novel untuk si isteri.

••

Berbeza dengan hari yang lain, jadual Daisha pada hari ini padat dari yang lain. Bunyi sahaja loceng sekolah, pelajar yang lain sudah berpusu-pusu pulang ke rumah, Daisha masih di sekolah untuk kelas tambahan. Sengaja diminta jam tambahan dengan guru mata pelajaran memandangkan markah dia tak berapa memberangsangkan.

Selesai kelas tambahan, kelas tusyen pula menanti. Kelas tusyen yang dibayar abah buat kepentingan dia. Terdetik dalam kepala untuk ponteng namun Daisha tetap nekad untuk pergi. Demi kebaikan dia untuk banggakan abah.

Tertunggu-tunggu Daisha sambil duduk bersilam di hujung anak tangga ke pusat tusyen. Abah janji untuk ambil dia dari kelas tusyen hari ni. Rasanya hampir satu jam di tunggu, kelibat abah masih tidak muncul-muncul. Akhirnya dia terpaksa pulang ke rumah dengan menaiki bas.

"Sofea balik dengan siapa?" Sambil mendakap erat anak sulung, Puan Auni menjengah-jengah ke luar rumah. Tak dnegar pula bunyi kereta.

"Sofea balik naik bas..Abah lupa nak ambil Sofea. Abah ada hal ke, mama?"

"Abah keluar dengan Safa. Mati-matian mama ingat abah pergi ambil Sofea.."

Entah kenapa, malamnya penuh dengan hiba. Mungking kerana terlalu letih. Senang sangat air mata untuk mengalir. Patah nafsu biarpun perut dia kosong daripada tengahari tadi.

Selesai sahaja membersihkan diri, bantal terus memanggil. Kepala terasa berat. Tak sampai seminit kelopak mata tertutup rapat, dengar suara abah mengomel dari luar.

"Sofea, tolong ibu masak! Duduk dalam bilik je. Bukan buat apa. Cuba rajin sikit tolong ibu, tolong buat kerja rumah. Nak harapkan siapa lagi? Sofea!"

Her ProtectorWhere stories live. Discover now