Part 3

26.6K 1.7K 378
                                    

Selesai Asar barulah Daisha pulang dari sekolah. Gemarnya dia menghabiskan masa seorang diri kerana pulangnya ke rumah, Daisha menggalas tanggungjawab yang cukup besar. Topeng yang terpaksa dipakai setiap masa di rumah untuk menutup segala keluh kesah menyebabkan dia terhalang untuk menjadi diri sendiri.

"Kemana kamu, Sofea? Lambat balik?" Soal Dato' Azim.

"Pergi kedai buku, abah. Sofea beli—" Tangan memancing pen berwarna biru daripada beg sekolah namun tinggi suara Dato' Azim memotong senyuman di wajah Daisha.

"Sudah sudahlah, Sofea. Cuba jadi macam adik kamu si Safa tu. Belajar sampai ke malam. Kamu ni apa nak jadi?"

"Tapi Sofea belajar, abah.." Jatuh hujung ulas bibir Sofea dengan herdikan daripada Dato' Azim. Setiap hari dia dibandingkan dengan adiknya, Dahlia Safawa. Sakitnya bila dilahirkan sebagai anak sulung, memikul beban untuk menjadi yang sempurna. Diharap menjadi yang sempurna oleh yang lain seakan lahirnya dia di dunia ini serba serbi tahu dan sempurna segalanya.

Gembiranya Daisha bila adik dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Mungkin ini dapat menjadi sebab untuk dia rapat semula dengan abah dan mama namun apa yang difikirkan kontra dengan kejadian. Makin jauh Safawa, makin kuat dia dibandingkan.

Pen berwarna di tangan tadi disorokkan, diam Daisha mendengar leteran dari abah soal akademi dia.

"Safa boleh lulus, kamu banyak mengeluh, banyak merungut. Ada masa terluang pun habiskan masa dengan benda benda tak berfaedah. Itu lukisan lukisan kamu dekat atas tu, boleh buat apa je?" Lebihan ayat dalam kepala Dato' Azim terhapus bila nampak Daisha berlari ke bilik dengan lengan mengesat butiran air mata yang jatuh ke pipi. Dia hendak yang terbaik buat Daisha. Daisha anak sulung. Dia yang sepatutnya jadi contoh pada yang lain.

••

"Habis pukul berapa?" Tali pinggang keledar pada Alisha dibuka Arash, rambut Alisha dibetul betulkan setakat mana yang dia rasa elok pada pandangan.

"Pukul 12! Abang janganlah pegang pegang rambut Isha." Belakang tangan Arash dikucup sebelum dibuka daun pintu kereta.

"Lah. Tolong betulkan rambut pun marah budak kecil ni." Tak reti bersyukur dia sanggup bangun pagi hari hujung minggu semata untuk hantar Alisha ke sekolah. Kalau bukan sebab Alisha, lena lagi dia atas katil waktu sekarang ni. Gear ditukar, terus kereta Mercedes - Benz AMG GT 4-door meluncur  ke kedai yang menjadi tempat persinggahan Arash setiap kali pulang ke Kuala Lumpur.

Tergopoh gopoh Daisha berlari anak ke meja duduknya Arash. Semalam janjinya pukul 10, bila anak mata Daisha dibawa pada jam di dinding, jarum pendek masih pada pukul 9. "Awalnya..Awak kata pukul 10?"

"Saya nak sarapan dulu, Sofea. Kan kedai makan ni?" Pagi-pagi lagi ibu dan ayah dah ke hospital, tinggal dia sendirian di rumah. Malas hendak kucar kacirkan dapur ibu, takut pula salah satu periuk naik ke kepala. Terpaksa lah dia keluar cari sarapan pagi. Nak tidur semula, sukar bila kepala dah mula mencatat rasa lapar.

"Oh..." Laju sahaja Daisha menoleh, lupa sejenak peranan dia sebagai pelayan kedai makan. "Awak nak pesan apa?"

"Saya nak order Sofea lah, boleh?"

"Tak boleh. Betul-betul lah!" Mujur tak bersisip senyuman di celah ulas bibir Daisha bila kata-kata Arash cecah ke pendengaran.

"Sombong. Saya nak nasi lemak biasa, tak nak timun, tak nak kacang, tak nak ikan bilis. Air bagi teh panas je."

"Nasi lemak tak ada semua tu, baik awak tak payah makan nasi lemak. Apa je yang rasa kalau semua awak tak nak letak?" Panjang lebar pula cita rasa Arash dinilai Daisha.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now