Part 37

14.4K 1K 336
                                    

Tersentak Arash apabila bunyi jam loceng mengetuk gegendang telinga. Lengan yang membarut badan isteri diangkat melepasi kepala, telefon bimbit terus digapai.

Perasan seolah-olah baru beberapa minit sahaja dia dapat menjejakkan kaki di alam mimpi, bagai baru lagi dapat direhatkan mata. Penat dan jerih di badan juga belum sempat pulih sepenuhnya.

"Sayang," bahagian pinggang Daisha diusap Arash sambil mengejutkan si isteri.

"Hm.." Badan yang menyandar pada badan suami diherengkan lagi, wajah Daisha dibenam pada baju sang suami. Dah nak kena bangun ke..

"Bangun, sayang," tapak tangan Arash menyisip masuk di bawah baju tidur yang dipakai Daisha, haba dari badan isteri sampai ke kulit. Selama ini, Daisha lah jam loceng tambahannya. Pantang ada bunyi sedikit, si isteri akan celik dahulu. Berbeza pula dengan sekarang. Daisha masih lagi nyenyak. Bahagian wajah Daisha dicuit Arash berkali-kali juga masih lagi tidak mampu untuk menyedarkannya.

"Manja, bangun. Nanti awak lambat nak bersiap. Jom, sayang," Arash menolak badan supaya berada dalam posisi duduk, bahagian belakang badannya dibawa menyandar pada bahagian kepala katil.

Buku jari Daisha bergerak-gerak pada bahagian kelopak mata sambil menjuihkan bahagian bawah bibir. "Tapi kita mengantuk lagi.."

"Tahu, sayang. Habis orientasi, Sofea sambung tidur balik. Abang ada bawa Sofea punya pencuci muka, berus gigi, ubat gigi. Guna yang ni dulu. Tak adalah terkejar-kejar nak balik hostel sekarang."

"Kita tak bawa telekung..telekung kita dalam bilik.." kata-kata Daisha bak kuluman, tapak tangannya naik menekup mulut yang terkuak. Bantal tidur Arash pula dipeluk erat.

"Abang ada bawa telekung lama awak," pintu almari ditolak ke tepi, beg kecil yang dibawa sekali diangkat, dibawa isi beg keluar. "Abang jumpa telekung ni je dalam almari, boleh kan, sayang?"

"Oh, tu telekung Kak Jiah beli untuk kita dulu! Lama kita tak pakai!" ujar Daisha. Rindu pula dia pada Kak Jiah biarpun hampir setiap hari mereka berbalas pesanan. Cuma sejak mulanya minggu orientasi, kurang dapat kesempatan untuk berbual panjang.

"Cepat, sayang. Pergi ambil wudhu. Kejap lagi abang nak turun bawah sekejap, nak belikan awak sarapan. Ke awak nak abang solat dulu?" Selangkah kaki Arash sudah melangkah masuk ke dalam bilik air.

"Eh, janganlah..abang tunggu kita!" Telekung di tangan diletakkan semula di atas katil, terkocoh-kocoh Daisha bangun dan mengorak langkah ke arah bilik air juga. Tubuh Arash yang sudah separa berada di dalam bilik air kini dipaksa untuk keluar. "Tepi sikit..abang bagi kita masuk dulu."

**

Ubun-ubun isteri dikucup, jari telunjuk dan ibu jari Arash memegang dagu isteri. Ukiran senyuman terbentuk bila melihat Daisha memadankan telekung berwarna krim. Tak keruan jadinya Arash.

Biarpun ulas bibir masing-masing terkatup rapi, pandangan mata Daisha pada suami bagai ada yang hendak diperikan. Menungau tubuhnya Arash untuk melagakan bahagian puncak hidung dia dan isteri.

"Apa dia, sayang?" Arash akhirnya menyoal, kening terjongket naik. "Manja nak cerita apa dekat abang? Hm?"

"Semalam...kita tak boleh tidur.." adu Daisha, jatuh pandangan pada tangannya yang digenggam Arash. Segan pula. Sedangkan dari awal lagi Daisha berkilah dengan tanggapan hidupnga sekarang tiada lagi tali yang bertait dengan kisah silamnya.

"Baru lagi, sayang. Take it slow, okey? Abang kan ada dengan awak? Nak takut apa?"

Ternanti Arash pada jawapan Daisha namun suasana bilik masih lagi hening. Wajah si isteri yang meredup ditolak lembut supaya bertentang mata. "Manja, kenapa?"

Her ProtectorWhere stories live. Discover now