Part 31

23.5K 1.8K 309
                                    

Sila dipasang Daisha, si kecil ditarik untuk duduk di atas paha. Kaki tembam yang masih berkaki ayam laju menendang-nendang. Diam Emir atas paha Daisha dek ralit dengan kek strawberi yogurt bercorak bintang yang diberi Haura. Tangan yang tembam membelek-belek manisan di tangan sebelum mengemam tangannya yang memegang cebisan kek.

"Nyum! Dap dap!" Tutur si kecil.

"Nyum nyum! Sedap ke, Emir?" Ubun-ubun Emir dikucup Daisha. Wajahnya diangkat pada bahagian luar rumah. Rata-rata para tetamu sudah mula beredar, bayangan abah masih tidak cagun.

Tiada langsung rasa kecewa dalam diri. Hanya lompang di dada dalam pada dia cuba menerima nasib diri.

Kasut kecil berjenama Mexico 66 berwarna kuning diambil, paha si kecil diangkat untuk menyarungkan kasut pada kaki Emir.

Tempat di hadapan isteri diambil Arash, lengan Emir yang digumam digenggam untuk mendapatkan perhatian si kecil namun hampa apabila si Emir masih lagi leka untuk menghabiskan manisan di tangan. Pipi Emir yang tembam asyik bergerak-gerak dek kunyahan, sepet mata si kecil dengan rasa manis. Tangan Arash kemudiannya berlingkar pula pada paha Daisha.

"Cantik abang," panggil Arash dengan lembut.

"Hm?" Badan Emir dipeluk erat, pipi Daisha ditekap pada kepala si kecil.

Abah macam tak datang..

Entah kenapa, kata-kata tersebut tersangkut di hujung lidah Arash. Daisha juga bagai tidak ambil kisah hadir atau tidak abah ke majlis. Gusar jika Daisha kecil hati bila dia bercakap tentang abah. Seharian senyuman lebar tidak hilang dari wajah Daisha. Arash tidak ingin menjadi penyebab rosaknya hari indah Daisha.

"Abang? Abang nak cakap apa..?" Tangan suami ditepuk lembut, tertanya-tanya kenapa Arash hanya diam.

"Tak ada apalah, sayang. Abang saja nak panggil si cantik ni." Pipi Daisha dielus penuh dengan rasa sayang.

Baru sahaja fokus mata Daisha diubah semula pada Emir, namanya dipanggil lagi oleh si suami.

"Sofea,"

Daisha mengangkat semula wajah, terjungkit naik keningnya.

"Tak ada apalah." Terlepas tawa di celah bibir Arash apabila bahu Daisha yang terjongket naik oleh kerana rasa ingin tahu jatuh dengan serta-merta.

"Abang ni!"

"Sofea," panggil Arash lagi.

"Ye, sayang?" Balas Daisha. Kali ini pandangannya diasah tajam.

Arash terus mencengkam bahagian jantungnya dengan muka yang menyeringai bagai menahan sakit. "Aduh, kena attack lagi dengan si cantik. Man down, man down, request medevac."

Baru sahaja Daisha hendak marah, tergelak jadinya. "Emir, tengok uncle ni. Mengada-ngada!"

"Sofea panggil abang lagi, boleh?" Pinta Arash. Tangan masih tidak longkah mencengkam dada.

"Sayang Sofea!" Ujar Daisha dengan pipi yang mulai hangat.

"Alah, boleh gila lah abang macam ni. Uncle boleh gila ni, Emir. Tolong uncle. Panggil kita lagi?" Arash terus merebahkan badannya di hadapan si isteri.

"Abish!" Tinggi Emir mengangkat kedua belah lengannya.

"Habis dah! Jom, kita basuh tangan." Tubuh Emir terus diangkat Daisha, naik segan duduk lama-lama di hadapan Arash.

"Kacaulah Emir ni..time-time macam ni lah nak habis makan." Songkok yang senget benget dibuka, Arash lalukan lidahnya pada gigi yang tersusun cantik sambil merapikan rambutnya. Anak matanya terkunci pada Daisha yang berlalu pergi dengan wajah yang kemerahan.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now