Part 38

16.5K 1.6K 361
                                    

Keluar Puteri daripada bilik, dengar bunyi teman sebilik mengekek dan tertawa besar. Dia menghulur kepala memerhati yang lain duduk di meja makan sambil mengunyah kudap-kudapan yang dibeli sebentar tadi. Dalam memerhati yang lain, anak mata Puteri tertumpu pada wajah Daisha.

"Eh, kauorang balik ke minggu ni?" soal Nurul sambil mengambil satu potongan kecil keropok lekor nipis yang masih lagi rangup. Dicicah pula pada sos yang pedas manis, sedapnya!

"Tak, malaslah nak balik. Baru first week kot," balas Akish. Mengangguk Sheila tanda setuju. Antara teman serumah, hanya Akish, Sheila dan Nurul sahaja yang lahir dan menetap di Kuala Lumpur. Puteri pula memang asal dari Penang. Usah kata setiap minggu, setiap hari juga dia boleh pulang ke rumah.

Nurul memaling pula wajah menghadap Daisha yang duduk bertentangan dengannya, diikuti dengan yang lain. "Daisha?"

"Saya tak balik kot..tak tahu lagi.." balas Daisha, bahunya dijongket naik. Arash juga belum beritahu apa-apa soal hujung minggu ni.

"Eh, kauorang pandai masak tak? I tak pandai masak tapi I suka potong-potong, suka gaul-gaul. Cuci pinggan je I malas sikit."

Tergelak Daisha dan yang lain pada ayat Nurul.

"Tak ada siapa suka cuci pinggan! Daisha untung lah. Lepas masak, boleh suruh suami cucikan pinggan," usik Akish sambil mencuit lengan Daisha.

"Mana ada lah! Kita cuci sama-sama!" ujar Daisha, tawanya masih meleret.

"Comel je cuci sama-sama. Seorang tukang sabun, seorang tukang basuh ke?" gurau Nurul lagi.

Merah wajah Daisha menahan segan, meleret senyumannya hingga ke telinga. Baru pertama kali rasanya mereka dapat berbual panjang. Sebelum ini, pulang sahaja ke bilik sudah lewat malam. Hanya berbaki masa untuk makan malam dan tidur sahaja.

"Apa kata, kita empat orang tengok movie sama-sama malam ni? You guys setuju tak?" riang suara Nurul menyoal.

"Oh, I setuju!"

"I pun!"

Laju Akish dan Sheila menyahut. Tinggal seorang sahaja yang masih belum memberi keputusan. Masing-masing membawa wajah menghadap Daisha yang masih sibuk mengunyah keropok lekor.

"Daisha, jom lah!" ajak Sheila pula.

"Empat orang je..?" soal Daisha semula.

Puteri yang dari tadi memasang telinga pada perbualan terus membawa dirinya masuk semula ke bilik. Caci-makian dihembur keluar dari ulas bibir, kesemuanya ditujukan pada Daisha. Nampak sangat Daisha cuba untuk mengetepikan dia daripada yang lain. "Acah-acah baik lah eh kau, perempuan."

Nurul memusingkan badannya menghadap ruangan bilik sebelum menjawab persoalan Daisha. "Kita berempat je lah kot. Akish cakap Puteri selalu tidur awal."

"Kesian Puteri..Akish tanya lah Puteri juga, tau. Mana tahu dia nak join sekali!" tutur Daisha.

**

Masuk semula ke bilik, badan dilontar atas katil, dibawa pula menelentang sambil membawa telefon bimbit ke telinga. Seronoknya hari ini. Rasa bagai hendak diceritakan saja secara terperinci pada sang suami.

"Hai, sayang," tegur Arash, dielus-elus helaian rambutnya sambil membawa kakinya pada tongkat motor. Perjalanan dia terhenti sebentar  bagi tujuan untuk mengisi minyak dan dalam pada masa yang sama untuk singgah bagi mendapatkan air mineral untuk mengurangkan kering tekak. Sebelah tangannya diletakkan di atas helmet, tersenyum Arash apabila telinga menangkap suara si isteri.

"Abang! Abang sibuk ke?" Daisha mengetap bahagian hujung ibu jarinya dengan barisan gigi.

"Tak. Sofea nak cerita apa dekat abang?" arif sudah Arash dalam membaca isi hati sang isteri.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now