Part 12

24.3K 1.7K 441
                                    

Tepat jarum pendek dari jam Breguet menunjukkan pukul 2, batang hidung Arash sudah muncul di kedai makan Pak Mat. Ternanti-nanti apa agak-agaknya niat Daisha mengajak dia ke sini. Berulang kali Daisha ingatkan supaya datang singgah ke kedai sekiranya dia balik ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu sebab.

"Air teh'o, kan? Terima kasih!" Muk berisi teh' o panas yang dipesan diangkat Daisha dari dulang ke atas meja pelanggan terakhir dia untuk hari ini. Dulang diangkat dan ditekap ke badan. Pandangan yang meneliti setiap pelanggan mendarat pada lelaki berpakaian serba hitam dengan topi yang menutupi separa wajah.

"Arash!"

"Pergh, sampai-sampai dah cair. Iye, Sofea saya, kenapa awak panggil?" Muka Arash yang pada awalnya kelat kini berubah mesra bila Daisha datang menghampiri.

"Saya nak bagi awak sesuatu! Awak tunggu sekejap tau." Daisha mengambil langkah semula ke dapur, bekas makanan bertutup ditatang dengan penuh cermat sebelum berjalan semula pada meja yang diduduki Arash.

"Apa ni?"

"Asam pedas!" Balas Daisha seiring dengan senyuman selebarnya untuk menutup perasaan gementar. Ini kali pertama dia hidang masakan dia pada orang luar. Selama ini Kak Jiah sahaja yang menjadi tukang rasa dia. Entah kena atau tidak dengan lidah dan citarasa Arash.

"Sofea rindu dekat saya ke sampai masakkan asam pedas untuk saya?" Hati dia yang pada awalnya cair bila nama disebut Daisha kini makin cair bila dihidang masakan kegemaran dia, tambah pula dari si dia. Untung betul dia balik Kuala Lumpur hujung minggu ni.

"Mana ada.." Sekilas pandangan Daisha jatuh. Segan pula rasanya. Ingatkan Arash hanya akan mengucapkan terima kasih. Ini tidak, disoal pula. "Saya masak untuk awak sebab..awak dah bagi macam-macam dekat saya."

"Saya bagi ikhlas, Sofea. Tak minta balasan dari awak. Tapi dah alang-alang awak nak bagi pulangan, bagi sekali pakej dengan hati lah."

"Hati siapa...?" Terkedip mata Daisha.

"Hati awak, Daisha Sofea. Saya nak hati awak." Anak mata Arash di bawa bertentang dengan anak mata Daisha yang penuh kekeliruan.

"Awak ni! Kalau awak tak nak ni, tak apalah, biar saya yang makan."

Tangan Daisha menarik semula bekas berisi lauk asam pedas. Belum sempat ditarik ke badan, Arash menarik semula.

"Sofea buruk siku eh, dah bagi, ambil balik. Ini saya punya. Kalau Sofea nak, duduklah. Kita makan sekali. Saya suap awak." Kerusi di sebelah ditarik, tapak tangan menepuk bahagian belakang kerusi.

"Tak nak..saya ada kerja lah awak. Awak makanlah dekat rumah, sekali dengan Dr. Rozi, Dr. Razif dengan Alisha.."

"Sofea habis kerja pukul berapa?" Sukar pula Arash hendak tarik pandangan ke arah lain. Cantiknya Daisha hari ni biarpun hanya perkaian ringkas dengan apron.

"Dah habis dah sebenarnya.."

"Jom, ikut saya balik rumah. Ibu nak jumpa awak." Ajak Arash. Sebelum dia tinggalkan rumah, Puan Rozi sudah pesan untuk bawa Daisha ke rumah. Ada yang hendak diberi.

"Awak ni asyik nak culik saya bawa balik rumah awak je.." Omel Daisha separa berbisik.

Terlepas tawa dari bibir Arash. "Ibu nak jumpa awak, cantik. Ibu dengan ayah kan baru balik dari umrah. Ada benda ibu beli untuk awak."

Tiba sahaja di kawasan rumah Arash, cepat-cepat Daisha membetulkan ikatan rambut. Habis kerja tadi, hampir setengah jam Arash tunggu Daisha bersihkan diri, itupun rasanya masih belum cukup elok.

"Assalamualaikum.." Sapa Daisha pada Puan Rozi seraya melangkah masuk.

"Rindunya ibu dekat Daisha." Tangan Daisha yang dihulur untuk menyantuni dipaut Puan Rozi, badan Daisha dipeluk seeratnya.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now