Part 33

21.7K 1.7K 224
                                    

"Nama...Arash Zayden bin Razif," bergerak-gerak pen di tangan kiri Arash pada borang permohonan pelajar. Ruangan ibu bapa atau penjaga diisi dengan teliti sambil diperhati Daisha yang duduk di sebelah.

"Hubungan dengan pemohon..suami." Senyuman di wajah Arash dibalut dengan rasa bangga. Dalam banyak-banyak gelaran dan jawatan yang dipikul selama ini, bergelar suami pada Daisha Sofea lah gelaran yang dia paling minat sekali. Kalau boleh, nak saja ditekap gelaran tersebut pada dahi. 

"Come on lah, Arash lah suami si cantik ni. Betul tak, sayang?" Tangannya diletakkan pada bahagian belakang kerusi si isteri, ulas bibirnya mengucup kemas bahagian tepi kepala.

Daisha hanya tergelak kecil, lengannya yang berlipat diletakkan di atas meja. Terkelip-kelip mata memandang borang di tangan Arash.

"Alamat abang letak alamat kuarters lah. Kita lagi kerap dekat sini daripada rumah sana." Kotak terakhir diisi, badan Arash yang menunduk tadi kini ditegakkan, kertas-kertas di sekelilingnya dihimpun dalam satu tindanan.

"Sofea baca checklist dokumen, abang nak check satu-satu. Last before kita masukkan dalam fail. Esok abang nak scan, nak email dekat diaorang. Tak nak ada yang tertinggal pula nanti." Helaian kertas yang tertulis segala maklumat yang diperlukan diberi Arash pada isteri sambil dia merapikan longgokan kertas.

Tertawa Daisha melihat si suami yang bersungguh-sungguh. Pulang sahaja dari kerja, tak menyempat-nyempat. Terus diajak untuk isi apa yang patut. Mandi, makan juga belum. "Abang pula yang semangat! Teringat pula dekat arwah mama.."

"Semangat lah, sayang..nak tengok isteri kita kejar impian dia.

**

Jelas kelihatan gigi Daisha dengan senyuman lebar yang terpampang di wajah. Setiap kali dia mengerling pada fail yang dipegang Arash, semakin teruja jadinya. Tangannya dikepal membentuk penumbuk, berayun-ayun tangan melanggar bahagian paha.

Wajah Arash menungau seraya melepaskan tawa apabila bertentang empat mata dengan isteri.

"Kenapa..abang gelak..?" Lengan Daisha yang berbuai-buai mula jeda, ulas bibir yang melengkong kini turun menjadi garisan lurus.

"Abang gelak sebab.." Pinggang isteri dirangkul, ditarik badan Daisha hingga menyandar pada badannya. "Abang gelak sebab awaklah, manja. Ei, comel betul isteri kita ni."

Daisha membawa wajahnya miring ke kiri dalam cuba untuk mengelak kucupan daripada suami "Dah, abang! Dah, dah! Abang pergi mandi, kita pergi siapkan makanan. Boleh makan sama-sama."

"Eh, awak tak makan lagi?" Soal Arash sambil menjongketkan kening. Dia tidak dapat pulang untuk makan tengahari seperti hari-hari yang lain atas urusan kerja namun dari awal lagi Arash sudah meninggalkan pesanan buat si isteri supaya tidak perlu tunggu, risau jika dia terlewat hingga ke petang. Jadi kenyataan pula apa yang diucap, pukul 6 petang barulah Arash tiba semula di kuarters.

"Belum..kita tunggu abang.." Daisha cuba untuk tidak bertentang empat mata dengan sang suami, meliar matanya pada sekeliling.

"Dah lewat ni, sayang."

"Tahu..tapi— kita minta maaf.."

"Abang tak marah, manja. Thank you sanggup tunggu abang untuk makan sama-sama. Sofea tunggu sekejap, abang mandi cepat-cepat." Fail yang mengamdungi maklumat si isteri diletakkan bersebelahan dengan televisyen supaya tidak terlupa untuk dibawa esok, dagu isteri dicuit sebelum Arash menyusun langkah ke bilik air.

Kulit wajah Daisha yang putih bertukar kemerahan, bahagian dalam ulas bibirnya digigit menahan rasa berbunga-bunga. "Sama-sama, abang.."

**

Her ProtectorWhere stories live. Discover now