Part 14

27.5K 2K 469
                                    

Kaki Daisha tak henti menggeletar sambil  menunggu keputusan. Anak mata jatuh ke paha, jari jemari bercantum sambil cuba menenangkan diri. Kepala kusut dengan persoalan, penuh dengan ayat-ayat yang direka sendiri untuk mengeruhkan lagi perasaan sangsi.

Takutnya, ya Allah..

"Sofea,"

Panggilan dari Arash menarik sepenuhnya perhatian Daisha daripada kaunter pertanyaan. Terkelip-kelip Daisha melihat pada jari telunjuk Arash yang berbalut kapas putih hasil daripada suntikan tadi. "Kenapa..awak?"

"Sakit." Mengadu Arash sambil menghulur jari telunjuk dengan kesan darah.

Sengaja, sebenarnya. Dari tadi Arash nampak Daisha gugup, tak senang duduk dibuatnya. Lebih elok dia buka topik yang mampu kurangkan Daisha untuk berfikiran jauh soal keputusan yang ditunggu-tunggu. Apa jua cara.

"Apa awak ni! Sikit pun sakit ke?" Berkerut kening Daisha pada Arash.

"Sakitlah, Sofea. Kita tak sekuat awak, cantik." Arash menekan-nekas lagi kapas pada jari telunjuk menggunakan ibu jari.

"Tipu. Awak kan polis? Mana boleh orang lemah jadi polis? Mesti semua kena kuat-kuat." Kaki Daisha yang dari awal tadi menggigil, terhenti tanpa disedari.

"Kuat fizikal, tak bermakna kuat pada mental. Sofea pun kuat, apa. Walaupun tak dilatih macam saya tapi Sofea dah bertahan selama ni. Kuatnya, si cantik. Kalau saya, dah mengalah kot untuk hidup." Ujar Arash.

"Kalau satu hari saya tak kuat, macam mana, awak?" Fail di tangan Daisha menjadi bahan untuk jari jemari sibuk mengores dan menyurih tanpa sebab.

"Saya ada. Lepas dah halal, Sofea tak payah nak berpura-pura kuat dah. Kalau awak penat," Bahu pada bahagian kanan ditepuk-tepuk Arash. "sandar dekat bahu saya. Bahu ni dah lama kosong."

"6187. 6188."

"Awak, nombor kita!" Bahu Arash ditampar-tampar Daisha sambil anak mata terkunci pada skrin nombor di bahagian kaunter.

Daisha keluar terlebih dahulu dari klinik, kertas dengan cop pengesahan daripada pihak klinik dipegang erat pada kedua belah tangan. Keluar sahaja Arash, kertas di tangan Daisha terus ditekap pada dada dalam percubaan untuk menyorokkan keputusan daripada Arash.

"Sofea tak nak share result?" Terjungkit naik kening Arash, anak mata yang bertentang dengan Daisha turun pada kertas di tangan sendiri.

"Awak tunjuk dulu." Pinta Daisha.

"Wah, dah macam share result exam. Yang ni, saya punya." Kertas keputusan di tangan Arash dibentangkan pada Daisha. Senget kepala si dia untuk baca apa yang tertulis. "Sofea punya?"

Perlahan-lahan Daisha hulur kertas yang ditekap pada dada tadi hingga dapat dibaca Arash.

"Non reactive"

"Alhamdulillah! Allah permudahkan urusan saya halalkan awak, sayang." Arash tak henti-henti melafaskan rasa syukur. Kepala mendongak memandang lain yang kebiruan. Syukur, ya Allah. Sejujurnya, dia telah bersedia dengan sebarang keputusan. Zahirnya rasa syukur lebih kepada doa dia yang terjawab. Doa untuk dipermudahkan segala urusan dalam menghalalkan Daisha Sofea.

"Tak adalah family awak malu dengan saya.." Terlepas juga apa yang tersirat dalam hati Daisha. Selain daripada risaukan keputusan, Daisha juga risau pada pandangan keluarga Arash.

"Misal kata keputusan bukan macam apa yang saya dan awak harapkan, yang sepatutnya meyakinkan ibu dan ayah, bukan awak, cantik. Saya. Kalau ibu dan ayah tak yakin awak pilihan terbaik, bukan awak yang kena yakinkan diaorang. Saya yang kena bela awak, saya yang kena yakinkan ibu dan ayah yang Daisha Sofea, pilihan terbaik untuk Arash."

Her ProtectorWhere stories live. Discover now