Part 5

25.4K 1.6K 195
                                    

Letih rasanya bila hampir satu hari Daisha menghabiskan masa di sekolah untuk mengulang kaji mata pelajaran.

Gugur air mata tanpa sedar bila terfikirkan masa depan. Bebanan yang dia pikul, kebimbangan yang difikir hampir setiap masa untuk menolak diri menjadi yang lebih baik demi untuk menjadi seorang anak yang dapat bahagiakan kedua ibu bapa dan seorang kakak yang dapat dijadikan contoh pada adik.

Dalam sibuk Daisha melayan tangisan, terdengar daun pintu diketuk perlahan. Menoleh sahaja, Safawa masuk ke bilik dengan raut wajah seakan menahan air mata yang mengugut untuk jatuh.

"Kakak..abah dengan mama gaduh lagi.." Mengadu Safawa seraya melangkah mendekati Daisha. Dengar suara abah dan mama berkelahi bila daun pintu dibuka sedikit bila Safawa masuk ke bilik.

"Sini, Safa. Kakak ada.." Laju air mata disorokkan sebelum mendepakan kedua belah lengan untuk memeluk adik. Lelah macam mana pun, dia adalah bahu untuk adik. Keluh kesah dipendam untuk nampak kuat depan Safawa. Esakan yang ditahan supaya birai mata kering bila berhadapan dengan Dahlia Safawa.

••

Lama tisu di tangan ditatap Daisha. Ibu jari berlegar atas skrin telefon. Kepala berbolak balik antara dua pilihan.

Patut ke dia telefon?

Macam mana pula kalau dia telefon tak kena waktu. Tidak ke menganggu tuan badan?

Andai tak di telefon, Daisha akur dia rindu. Biarpun baru seminggu dia tak nampak muka Arash di kedai. Hampir dua tahun dia cuba lupakan Arash, jalur hidup berselisih lagi. Dua tahun tidak bersua muka pun raut wajah Arash masih jelas di kotak fikiran, inikan pula bila kerap kali berjumpa hingga bertukar kata sepatah dua. Satu hal pula hendak lupakan suara Arash.

Salah satu buku yang disusun di tepi tilam diambil, dibuka pada muka surat yang menjadi tempat penyimpanan bunga ros yang diberi Arash dua tahun lepas.

Nafas diambil dalam, akhirnya berjaya juga Daisha kumpul segala keberanian dalam diri untuk menelefon nombor di tisu yang dipegang. Telefon dibawa ke telinga sambil berharap Arash menjawab.

Puas Arash melepaskan tawa pada cerita daripada salah seorang kawan dengan belakang badan disandarkan pada kerusi yang diduduki. Topi hitam berjenama Adidas yang dipakai dibuka sekilas untuk membetulkan helaian rambut sebelum dipakai terbalik menutupi bahagian kepala.

"Sampai menangis, mat. Kau pun, agak agaklah." Kata Arash sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluar. Baru sahaja hendak angkat kaki untuk merehatkan betis yang terdedah pada kepala lutut, telefon berbunyi.

Panjang nombor yang tertulis, kelopak mata terkelip beberapa kali, dibiarkan telefon berbunyi lama sebelum akhirnya diangkat.

"Hello?" Sapa Arash pada telefon.

"Awak dekat luar ke? Sorry, saya kacau awak." Laju panggilan telefon dimatikan oleh Daisha bila sapaan dari Arash ditemani dengan latar belakang suara orang ramai berborak.

Lidah dilalukan pada susunan gigi yang tersusun kemas. Macam tu je kena tolak? Bernafas pun baru setengah.

Nombor Daisha terus dimasukkan dalam rekod nombor telefon, lebihan malam disambung. Berbuku buku cerita dibuka oleh kawan-kawan, dari awal hingga akhir Arash hanya lebih memasangkan telinga daripada menggerakkan mulut.

Selimut nipis yang ditarik menutupi badan tadi melengkapkan lagi malam Daisha. Berat terasa kelopak mata ditemani pula dengan bunyi hujan yang turun dengan lebat dari senja.

Ditenung daun pintu sambil fikiran terbang jauh sampai ke Ulu Kinta. Bagai terjawab doa, telefon berdering lagi. Belum diangkat namun lebar senyuman pada wajah Daisha apabila Arash menelefon semula.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now