Part 23

28.1K 1.9K 403
                                    

Selesai sahaja makan tengahari, rumah kembali sunyi. Encik Razif sudah gerak ke hospital atas urusan kerja. Alisha pula, ke rumah kawan. Tinggal Arash dan Daisha berdua.

"Kita nak tidur sekejap lah, Sofea," Ujar Arash sambil menutup rapat daun pintu.

"Oh?" Ralit dengan koleksi-koleksi novel yang belum dibaca, Daisha terus mengangkat pandangan pada suami yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik. "Tidurlah..? Awak minta izin saya ke? Saya tak pernah halang.."

"Hm? Oh, tak. Saja je bagitahu. Kalau awak tak bagi saya tidur pun, kita nak tidur juga."Bantal empuk yang disusun pada kepala katil ditepuk-tepuk sebelum Arash merebahkan badan atas katil lalu dibawa menghadap susuk tubuh isteri yang masih berdiri di rak buku.

"Sofea."

Buku novel ditekap pada pada, kepala berpaling pada si suami. "Iye? Awak kata nak tidur?"

"Mana abangnya? Kejap ada, kejap hilang," mengeluh Arash. Belum puas lagi nak bermanja, isteri pula suka tukar-tukar nama panggilan.

"Ish, awak tidur je lah!" Anak mata menjegil suami. Sudahlah tengah senggugut, banyak pula permintaan.

"Amboi. Nak minta si cantik panggil saya abang pun kena marah, eh?" Lepas tawa di mulut Arash pada kecomelan isteri. Badan yang mengiring tadi menelungkup,  mata dipejam rapat.

Punggung dihenyak atas sofa, televisyen pula dipasang sebelum memulakan bacaan. Lama Daisha tahan diri, sekaranglah masanya untuk dia lepas gian. Habit Daisha sejak kecil, dia sukar untuk fokus pada bacaan jika keadaan sekeliling terlalu sunyi. Suara televisyen diperlahankan sedikit supaya tidak mengganggu Arash, sesi menggelamun dimula dengan bab 1.

Tangan menyelak muka surat seterusnya, anak mata lalu pada perenggan pertama. Ralit sungguh Daisha dengan alam imaginasi hingga dia langsung tidak sedar Arash sudah berdiri di hadapannya.

"Kenapa, abang?" Pandangan diangkat menghadap si suami dengan penuh tanda soal.

"Tak ada apa, sayang. Saya nak baring sini, boleh? Light headed dengar awak panggil abang."

Anak mata Daisha naik ke atas, besar tawa yang terlepas dari mulut. Alat kawalan jauh televisyen diselit antara muka surat sebelum Daisha tutup novel yang dibaca.

Laju Arash tahan si isteri sebaik sahaja dia nampak Daisha cuba bangun dari sofa. "Eh, eh. Sofea duduk lah. Nak pergi mana?"

"Awak kata nak tidur dekat sini?" Hairan Daisha apabila Arash hanya diam seraya mengambil tempat di sebelahnya, kepala dilentokkan pula pada paha isteri.

"Boleh?" Soal Arash.

Berangguk-angguk kepala Daisha memberi izin. Buku novel yang dilupakan tadi diambil semula. Sambil satu tangan mengangkat novel pada paras wajah, sebelah lagi tangan mengelus rambut suami.

"Kenapa Sofea tak baca novel dalam book bouquet tu?" Berbisik Arash. Letih sungguh tapi hendak juga mengetengahkan soalan yang muncul dalam kepala.

Nampak wajah Daisha sewaktu diberi hadiah tempoh hari seolah-olah suka sangat dengan hadiah tersebut, namun novel lain pula yang dibaca sekarang. Tidak kena dengan citarasa ke?

"Novel-novel yang abang beli hari tu pun belum habis baca lagi. Saya nak biar dulu bouquet tu atas almari. Cantik sangat!"

Dalam diam, Arash tersenyum lebar. Kepala dipusing menghadap badan isteri, sekejap sahaja dia sampai semula ke alam mimpi. Lebih-lebih lagi apabila rambut dia diusap Daisha.

Tebal sudah muka surat yang dibaca hasil selepas dua jam Daisha menghadap novel dengan tekun. Tangan naik menekup mulut untuk menahan tawa biarpun masih tersisip keluar di antara celah ulas bibir.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now