Part 21

24.4K 1.8K 369
                                    

Dengar sahaja pintu bilik ibu tertutup rapat, terkocoh-kocoh Daisha bangun daripada sejadah, telekung dilipat kemas. Tangan mengikat rambut yang terlepas sambil menuruni anak tangga.

"Ibu nak buat sarapan? Sofea boleh tolong."

"Eh, tak perlulah, sayang. Malam semalam Sofea stay up untuk study, kan? Naik lah bilik, rehat." Jarang-jarang pagi dia berteman. Sejak adanya Sofea di rumah, hari-hari ada teman berbual. Pantang cuti, laju aja Sofea datang teman dia di dapur.

"Eh, tak apa. Sofea boleh tolong ibu. Ibu nak masak apa?"

"Ibu ingat nak masak kuey teow je, boleh?"

"Boleh! Sofea potong apa yang patut, ye, ibu?"

Bahan-bahan yang hendak dipotong dibawa keluar dari plastik, diletak beberapa biji yang perlu ke atas papan pemotong.

Sentuh sahaja hujung bilah pisau pada bawang, baru Daisha teringat pesanan Kak Jiah.

Kata Kak Jiah, setiap rumah, ada permasurinya. Seeloknya jika dia duduk di rumah mertua, minta persetujuan mertua dalam apa jua hal. Walaupun kadang nampak bagai mertua tidak ambil kisah, minta lah izin. Tanda hormat pada mertua.

"Ibu.."

"Iye, sayang. Kenapa, Sofea?" Pandangan Puan Rozi yang tertumpu pada bebola ikan diangkat pada menantu.

"Ibu nak Sofea potong bawang ni macam mana? Besar mana?" Pisau yang dipegang tadi diletakkan semula di tepi papan pemotong.

"Sofea selalu potong macam mana?"

"Sofea selalu potong kecil-kecil je.."

"Kalau gitu, potong ajalah macam mana pun Sofea nak. Kenapa Sofea tanya ibu?"

Tersenyum Daisha, bawang merah tadi terus dipotong mengikut cara dia. "Kan dapur ibu, masakan ibu pula tu. Sofea kenalah tanya."

"Oh...potong aja, sayang. Ibu tak kisah. Ibu nak tanya sikit ni, tapi kalau Sofea tak selesa nak menjawab, Sofea tak perlu jawab, ye?"

Membuak-membuak perasaan ingin tahu, terus kepala Sofea mengangguk. "Lepas abah halau Sofea dari rumah, Sofea tak ada datang rumah abah dah?"

Pang!

Teleng kepala Daisha apabila kuat tamparan dari tapak tangan abah kena pada pipi. Tangan mengepal hujung baju sekolah, anak mata terkunci pada kaki.

"Kau pergi mana?!" Tengking Dato' Azim pada si sulung.

"Sofea—"

Kata-kata Daisha tersangkut apabila Puan Miya pula yang menjawab. "Kau menggatal kan? Saya nampak dia ikut jantan entah mana-mana, bang."

"Tugas kau belajar je, Sofea. Apa yang susah sangat kau nak dengar cakap aku? Kau dah nak SPM, tak cukup ke kau malukan aku selama ni?!" Dato' Azim mengherdik, tangan digenggam bagi menahan diri daripada tamparan hinggap lagi ke wajah anak sulung.

"Sofea minta maaf, abah.. Demi Allah, Sofea tak ada niat lain. Abah percaya cakap Sofea. Sofea anak abah.." Kedua lutut Daisha jatuh pada lantai, melutut depan abah untuk meminta ampun. Dia mengaku, dia bersalah. Memang salah dia kerana ikut sekumpulan lelaki tersebut tapi semuanya untuk mendapatkan semula novel yang dirampas mereka. Novel yang dihadiahkan oleh abah sendiri. Biarpun pada akhirnya dia terpaksa juga lupakan niat dia kerana perasaan tidak sedap hati.

Akhirnya, dia diherdik abah tanpa usul periksa, novel juga entah kemana.

"Kau jangan nak bodoh-bodoh kan aku lah, Sofea. Kau keluar dari rumah ni!"

Her ProtectorWhere stories live. Discover now