Part 42

19.6K 1.6K 476
                                    

Merintih Daisha apabila air teh panas yang dihirup melalui saluran tekak. Anak matanya tertumpu pada si suami yang ralit dengan novel di tangan. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi namun baik si isteri mahupun suami, masing-masing leka dengan hal sendiri.

Dari tengahari lagi Daisha sudah terkurung di dalam bilik. Sempat dia lelapkan mata buat beberapa jam sementara sinar matahari masih menerangi ruangan.

Berkerut-kerut wajah Arash, tangannya menyelak helaian muka surat pada novel yang dibaca. Novel yang sama ditinggalkan Daisha buat si suami melepaskan rindu.

"Buku tu best kan, abang? Kan kita cakap best baca novel. Abang je tak nak percaya," tegur Daisha, mengekek dia pada kening Arash yang bertaut. Seriusnya!

"Mana ada. Tak best pun."

Bersungguh-sungguh Arash menidakkan namun diselak lagi helaian seterusnya. Tangan Daisha memeluk lekuk cawan yang dihadiahkan suami, diangkat pula paras mata. Setiap kali dia guna cawan tersebut, Daisha tidak pernah gagal meneliti lukisan Arash biarpun tiada langsung sebarang perubahan sejak pertama kali cawan tersebut digunakan olehnya.

Cawan itu jugalah yang jadi peneman dan penguat dia sepanjang berjauhan dengan suami.

"Kenapa diaorang kena cerai, manja?" penuh corong telefon dengan suara Arash.

Beralih tumpuan Daisha dari nota pada telefon bimbit. Bertentang pandangannya dengan pandangan Arash yang penuh dengan rasa soal. Kening yang berkerut tadi semakin bertaut.

"Abang tanya kita apa tadi...?" soal Daisha semula.

"Kenapa diaorang cerai?" Arash mengangkat wajah, dahinya masih berkerut.

"Ish, abang baca betul-betul ke tak ni!" Geram sungguh Daisha jika Arash hanya membelek-belek muka surat. Punyalah fokus dari tadi, rupanya selak-menyelak je? Macam mana nak faham jalan cerita!

Meletus tawa dari mulut Arash. "Abang selak-selak je. Tak boleh ke?"

"Mana boleh! Nanti abang tak faham lepas tu abang tanya kita. Abang kena lah baca betul-betul, barulah abang sedih."

"Kalau selak-selak pun faham lah, sayang. Nanti awak try." Nampak si isteri menjuihkan bibir, semakin meleret senyuman Arash. Novel di tangannya terus diletak tepi.

"Nanti abang tak faham jalan cerita..." gumam Daisha sambil mencebik.

"Abang baca bukan untuk faham sangat pun, abang baca sebab abang rindu dekat awak, manja," lembut Arash membalas. Minggu lepas, dia ditugaskan untuk kerja pada hari hujung minggu. Tak dapat nak ke Penang untuk jenguk si isteri. Namun, dia tidaklah terlampau risau memandangkan Daisha kerap meluangkan masa dengan teman serumah yang lain. Malam pula, mereka akan berbual menerusi telefon bimbit. Berjauhan, tapi Arash masih akan tahu setiap jadual dan aktiviti Daisha.

Apa yang dilalui Daisha, pasti akan diceritakan secara terperinci pada Arash sebelum tamatnya hari tersebut tapi entah kenapa, Arash rasa bagai masih ada sisa baki yang dilitup rapi.

Senyuman Arash berat dengan rasa bangga setiap kali dia lihat si isteri menggunakan hadiah yang diberi biarpun dia sendiri tidak terdaya lagi hendak melihat lukisannya sendiri. Buruk betul. Rasanya tempoh hari dia mengikut rapi video tatacara sebelum dia mula melukis. Entah kenapa, hasilnya lain dari yang diharapkan.

"Sofea suka ke dengan cawan yang abang bagi tu?" tegur Arash.

Cawan di tangan Daisha terus ditekap pada pipinya yang menyembul dek senyumannya yang lebar. "Suka sangat! Setiap kali kita tengok abang punya lukisan, kita mesti rasa nak gelak."

Pecah suara tawa Arash. Comel sungguh cara si isteri merendah-rendahkan lukisan dia. "Awak nak kutuk abang punya lukisan kan, sebenarnya? Macam abang tak tahu."

Her ProtectorWhere stories live. Discover now