Part 13

25.1K 1.7K 255
                                    

Dilihat dari jauh, senyuman Daisha tak lekang dari wajah. Berita baik apalah agaknya yang Daisha terima. Manisnya senyuman Daisha hingga Kak Jiah sendiri tidak sedar dia tumpang gembira biarpun masih lagi belum tahu sebab disebalik senyuman gadis tersebut.

"Amboi, senyum-senyum. Tak nak share dengan akak ke?"  Sengaja Kak Jiah melagakan bahu dengan si dia yang bagai sudai sampai ke bulan.

"Mana ada senyum. Akak salah tengok ni."

"Daisha jangan nak berahsia. Akak kenal awak dah lama. Cerita lah dekat akak, siapa yang buat Daisha gembira macam ni? Dari tadi akak tengok awak senyum je. Tak lenguh ke tulang pipi?"

Nak kata dia salah dengar, rasanya dah cukup jelas apa yang disebut Arash tadi. Bila terfikir balik, lahir semula rama-rama dalam perut.

Sayang...

"Arash ke?" Teka Kak Jiah. Memang sejak beberapa bulan ni dia kerap nampak Arash dan Daisha berbual panjang. Nampak mesra betul.

Diamnya Daisha tanda tembakan dia tepat pada sasaran. Kak Jiah meneruskan lagi sesi mengorek isi hati.

"Arash mengayat Daisha ke? Akak tengok kemain happy muka dia kalau berborak dengan Daisha. Sebelum-sebelum ni, ketat je. Itu pun akak yang kena ajak dia berborak, kalau tidak, memang dia bersuara untuk pesan sirap limau ais dia lepas tu bisu sampai habis."

"Dia...ajak saya kahwin, kak." Ujar Daisha. Kepala memaling pada Kak Jiah, tercari-cari sebarang reaksi. Yang pasti, apa yang dikatakan Daisha akan membuatkan Kak Jiah terkejut, malah mungkin Kak Jiah sendiri akan minta Daisha untuk menolak. Kak Jiah terlebih dahulu makan garam berbanding dia yang kurang pendedahan pada dunia luar.

Namun wajah Kak Jiah hanya dihiasi dengan senyuman.

"Baguslah...Tak adalah dia bawa Daisha ke sana sini tanpa ikatan yang sah. Macam si Ariff. Dulu dia pernah cakap dia suka dekat Daisha, kan?" Soal Kak Jiah.

"Lepastu apa yang dia buat untuk buktikan dia betul suka dekat Daisha? Tak ada. Berapa banyak kali Pak Mat dengan akak tegur dia, satu pun tak jalan. Itu belum termasuk waktu Pak Mat dengan akak tangkap dia pukul Sofea dekat belakang kedai. Berapa banyak kali dia buat, sampai Pak Mat ugut nak report polis, baru dia berhenti. Daisha kena belajar untuk percayakan perbuatan seseorang lebih dari apa yang dikatakan. Jangan pilih untuk terima kalau mulut kata sayang tapi tangan naik ke pipi. Arash ajak Sofea kahwin, dia cakap sahaja ke?"

Ulas bibir dikatup rapat sebelum Daisha mula bersuara untuk menjawab soalan dari Kak Jiah. "Dia ajak saya pergi kursus kahwin hujung bulan ni.."

Bahu Daisha dipaut Kak Jiah dalam pada dia diberi kata-kata semangat. "Eloklah tu. Daisha buatlah solat istikharah. Minta petunjuk dari Dia. Dia yang maha mengetahui. Akak dengan Daisha, hanya mampu untuk menilai seseorang dari perwatakan. Masa depan, tiada siapa boleh agak, tiada siapa yang tahu. Minta dia permudahkan, kalau betul Arash tu lelaki yang terbaik untuk Daisha. Akak masuk dulu." Tangan Kak Jiah naik mengusap kepala Daisha sekilas sebelum berlalu pergi.

Malam yang sama, Daisha mengangkat kedua belah tangan, meminta sinar dan petunjuk dari 'Al-Alim'. Pertolongan yang unggul sesungguhnya datang dari Allah.

"Ya Allah, dalam keraguan aku membuat keputusan, aku minta pentujuk dariMu. Jika dia baik untuk ku, dekatkanlah. Jika dia tidak baik untuk ku, Kau lembutkanlah hati dia untuk jadi seorang yang baik. Jika aku tidak baik untuk dia, izinkan aku untuk jadi yang lebih baik.

Izinkan dia menjadi takdirku yang terbaik."

••

"Assalamualaikum." Masuk-masuk sahaja ke bilik, Arash menghulur tangan untuk berjabat dengan lelaki di hadapan yang berpakaian serba kemas. Dato' Azim kelihatan dalam lingkungan umur lewat 40-an, muda dari apa yang dia jangka.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now