Part 41

18.9K 1.5K 362
                                    

"Abang jangan datang dah tau! Janji dengan kita. Abang balik, apa-apa kita telefon je. Hari minggu, baru abang datang tengok kita dekat sini."

"Kalau abang rindu, macam mana?"

"Kita boleh telefon hari-hari!"

"Tak cukup lah, sayang. Bagilah abang datang tengok awak."

"Janganlah, abang. Nanti abang manjakan kita sangat, sampai bila-bula kita tak boleh biasakan diri."

"Tapi tak salah kan seorang suami manjakan isteri?"

"Abang! Bukan tu maksud kita!"

Tibanya keluarga mertua di Penang, Daisha sendiri telah minta Arash untuk tidak ulang-alik buat sementara waktu. Seperti yang dijanjikan Daisha sendiri pada Arash, dia hendak cuba paksa diri untuk tidur bersendirian. Semakin kerap Arash ke Penang untuk temankan dia, semakin lemah rasanya diri ini apabila kerap dimanjakan.

Memandangkan ibu, ayah dan Alisha bermalam di Penang buat beberapa hari, Daisha juga ikut bermalam dengan mereka hasil pujukan Alisha yang bersungguh-sungguh merayu untuk Daisha jadi teman sebiliknya.

Encik Razif letak dua pinggan berisi penuh lauk pauk di bahagian tengah meja sebelum menghenyak punggungnya atas kerusi. Janggal pula rasanya bila dia seorang sahaja lelaki di antara ahli keluarga yang lain. Biasanya kalau ada Arash, berpasangan jadinya keluarga kecil ini.

"Sofea okey? Nak apa-apa lagi bagitahu tau, sayang. Ibu boleh tolong pesan." 

"Okey je, ibu! Lauk yang ada ni pun dah cukup banyak dah..." Dikerling Alisha di sebelah yang berselera menyuap nasi ke dalam mulut.

"Isha, Sofea nak ikan tak?" Hidangan ikan masak asam ditolak sedikit, Encik Razif mempelawa kedua anak perempuannya.

"Isha malas nak kopek isi dia. Tadi Isha dah tergigit tulang dah." Cebik si bongsu. Potong angin betul bila sedap mengunyah, tulang cucuk pula bahagian dalam mulut.

"Sini, ayah kopekkan,"

Sofea hanya memerhati, tanpa sedar, pinggir bibirnya naik sedikit. Tiada langsung niat untuk mendengki cuma setiap kali dia nampak sebarang interaksi di antara ayah dan anak perempuan, hatinya tertarik untuk menjadi penonton. Lagak ceria anak perempuan yang dilayan bak puteri oleh seorang lelaki yang bergelar ayah akan sentiasa jelas terpampang pada wajah.

Tawanya seorang anak akan lawak jenaka yang diucap seorang ayah.
Tangisnya seorang anak akan teguran yang ukuh dengan ketegasan namun terpalit kelembutan.

Kedua-duanya nikmat dari Allah yang hadir dalam bentuk yang berbeza.

"Nah, ini Isha punya," isi ikan yang telah dicuit dan diperhati tadi diletak pada bahagian tepi pinggan si bongsu. Encik Razif kemudiannya mencuit lagi sebahagian kecil, tinggi kedua lengannya diangkat dan dihala pula pada Daisha.

"Ini...Sofea punya,"

Tergesa-gesa Daisha mengangkat pinggan, kelu lidahnya. Hilang semua kata-kata.

Pinggan diletakkan semula di hadapan badan, isi ikan yang diberi ayah dipandang dalam diam. birai matanya mulai mengumpul air jernih yang mengugut untuk menitis pada pipi.

"Terima kasih..." ujar Daisha. Kecil, tapi cukup besar bagi dia. Dulu, abah kerap menganggap pintaannya tinggi membukit namun cukup dengan cangkat hasil usaha juga mampu menjadi sebab air matanya bertakung pada birih mata.

"Awak nak juga, yang?" giliran Puan Rozi pula disoal biarpun Encik Razif tahu si isteri alergik dengan makanan laut.

"Tak nak,"

Her ProtectorWhere stories live. Discover now