Part 19

28.8K 1.9K 591
                                    

Bertahun lama Daisha telah pasang niat untuk ambil semula peperiksaan SPM. Awalnya, lepas dia dihalau abah, hidup Daisha tunggang-langgang. Lama Daisha cuba untuk hidup sendiri.  Dalam diam, dia juga terkilan bila terkenangkan peperiksaan yang terlepa. Dalam penat lelah dia cuba untuk hidup sendiri, dia langsung tidak terfikir soal SPM. Bila mula bekerja, terdetik semula niat yang sama namun dia khuatir, sebenarnya. Terbayang wajah abah yang mengherdik dia tiap kali bercakap soal pelajaran. Setiap kali berkehendak untuk ambil semula peperiksaan, kusut kepala dengan tanggapan negatif.

"Macam mana kalau abah kecewa lagi?"

"Kalau keputusan dia masih belum elok, sanggup ke abah terima dia sebagai anak?"

Berjalan juga niat Daisha pada akhirnya atas pujukan Kak Jiah. Bila difikirkan, ada baiknya juga dia ambil semula peperiksaan. Imej dia, pendidikan dia, taraf dia sekarang bersangkut paut dengan keluarga Arash. Dia perlu juga jaga nama baik keluarga suami.

Dari awal, Daisha sudah minta izin untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pengangkutan awam. Banyak kemudahanan tersedia, tak perlu susah-susah Arash perlu ulang alik namun cadangan dia ditolak sekeras-kerasnya oleh Arash dan keluarga.

Berulang kali Daisha cuba untuk meyakinkan si suami bahawa dia sudah terbiasa menaiki bas sendirian. Dulu, ulang-alik dia temankan Kak Jiah pun hanya dengan bas ataupun teksi namun cadangan masih ditolak mentah-mentah.

"Kalau saya naik bas, awak tak payah susah-susah drive jauh-jauh. Hari sabtu, ahad, awak boleh rehat, goyang kaki dekat rumah. Nanti saya sampai KL, saya bagitahulah awak!" Panjang lebar penerangan Daisha. Rasa menyusahkan pula bila Arash terpaksa hantar tapi hendak tak nak, dia memang perlu balik untuk menduduki peperiksaan.

"Tapi saya teringin nak goyang kaki dekat KL." Jawab Arash.

"Arash.."

Arash mengetap ulas bibir sekuat ada, biarpun kantoi senyuman pada pipi.

"Arash, saya nak balik naik bas. Awak tak payah susah-susah.."

"Cukup, cantik. Cair memang cair, sayang. Tapi jawapan saya tetap sama. Tak pun, kalau Sofea nak sangat naik bas, kita balik naik bas sama-sama. Kejap, saya tengok tiket." Telefon bimbit dipancing keluar daripada kocek seluar.

Lengan Arash terus disangkal Daisha. "Eh, tak payah! Awak ni...bukan tu maksud saya.."

"Ya, Sofea. Saya tahu, awak selalu buat semuanya sendiri. Sekarang kan dah ada saya, dah ada suami, bagilah kita hantar awak pula. Boleh? Lagipun lama saya tak balik tengok motor saya." Daun pintu dibuka, mengalu si isteri untuk masuk ke dalam perut kereta.

Sambil kaki menekan pedal minyak, Arash mengerling pada isteri. Jari telunjuk Daisha menyinggung pada novel di paha dengan raut wajah yang kosong.

"Lama saya tak nampak Sofea baca novel gedik-gedik. Dah meluat ke dengan lelaki gedik dalam novel tu?"

"Belum lagi! Saya tak boleh baca sekarang, kan dah nak exam. Nanti apa pula kata abah kalau saya sibuk dengan benda lain. Saya buat ni semua untuk abah. Saya kena tahan diri, tak boleh baca selagi tak habis exam!" Muka buku diterbalikkan Daisha. Kuat betul daya tarikan novel-novel ni.

"Awak.." Ujar Daisha.

"Ye, Sofea. Kenapa?" Lemah betul tiap kali si isteri memanggil.

"Macam mana kalau...keputusan saya tak dapat buat abah bangga, tak dapat buat awak bangga? Saya nak sambung belajar.. nak banggakan abah, banggakan awak, ibu, ayah.."

"Awak dah usaha sehabis baik, Sofea. Kita tawakal pada Allah, sayang. Kena ingat, tidak ada pengakhiran yang menyedihkan selagi kita yakin dan letak kepercayaan kita pada Allah. Tugas kita, ikhtiar semampunya, selebihnya, biarlah Dia yang tentukan. Misal kata keputusan tak macam apa yang awak idamkan, Sofea kena percaya, ada benda lain yang Allah nak bagi. Ada benda lain yang Dia dah susun untuk awak. Sofea jangan fikir pasal keputusan lagi. Exam pun belum." Tangan isteri dipaut, dilambai-lambai dengan senyum lebar. "Isteri Arash, Daisha Sofea ni pandai orangnya. Kan, sayang? Jangan risau lah. Habis exam, kita borong lagi novel gedik-gedik."

Her ProtectorWhere stories live. Discover now