Part 24

26.4K 1.8K 316
                                    

Puan Rozi menggenggam erat tangan menantu yang penuh dengan corak inai lukis, jari-jemari Daisha yang merah dengan warna inai dibawa bercantum dengan jarinya. Sampainya Puan Rozi satu keluarga di Banyan Tree Kuala Lumpur malam ini untuk melihat persiapan sebelum majlis esoknya.

Mereka satu keluarga juga akan bermalam di hotel yang sama buat beberapa malam bagi memudahkan lagi persiapan majlis memandangkan pengantin sudah mula bersiap daripada awal. Enggan terkocoh-kocoh, seeloknya mereka menginap sahaja di sini.

"Besarnya!" Teriak Alisha sambil berlari anak menuju ke tengah dewan.

Ruangan yang pada awalnya kosong kini mula penuh dengan hiasan. Meja-meja buat para tetamu sudah disusun, tinggal bahagian pelamin sahaja yang masih memerlukan pertambahan serba sedikit.

"Cekodok," panggil Arash pada si isteri, namun Puan Rozi pula yang pandang.

"Apa masalah awak ni, Zayden? Panggil isteri cekodok? Buang tebiat?" Makin hari, makin pelik pula anak sulung dia. Silap hari bulan memang dia pulas aja telinga tu sampai putus.

"Sofea yang minta lah, ibu. Dia cakap sweet— aduh!" Kelopak mata Arash dipejam rapat apabila penumbuk Daisha mendarat kuat pada dada.

"Abang ni! Jangan lah bagitahu orang!

"Eh, betul lah. Sofea yang cakap sweet hari tu. Sakitnya, cantik. Awak ada belajar taekwondo ke dulu." Diusap-usap bahagian yang ditumbuk isteri tadi. Boleh tahan kuat juga Sofea ni.

"Ada ajalah. Ibu nak pergi dekat pelamin sekejap." Ditinggalkan pasangan pengantin sendirian, Puan Rozi dan Encik Razif berjalan ke arah hadapan untuk memerhati proses menambah gubahan bunga segar di bahagian belakang dan sisi pelamin.

"Tak sabar kita nak kahwin dengan awak," Arash memaut pinggang isteri, ditarik rapat pada tubuh. Ulas bibir hinggap pada ubun-ubun Daisha.

"Kita kan dah kahwin?" Senyuman Daisha lebar hingga ke telinga. Berbunga-bunga hatinya tiap kali Arash mengucup di bahagian kepala.

"Hari tu vibe lain. Hari ni vibe lain. Sepuluh kali majlis dengan orang yang sama pun saya sanggup."

"Oh, lupa nak bagitahu abang. Abah datang majlis kita esok!" Sambil menyampaikan berita gembira, Daisha memusingkan badan menghadap suami.

Pipi mulus si isteri diusap sekilas. "Alhamdulillah..bila abah bagitahu awak?"

"Semalam! Tapi abah datang dengan Elis je."

"Abang pun tak nak yang seorang tu datang. Tak rugi pun lah kalau dia tak ada. Tak penting."

"Abang ni, asyik cakap pasal orang tu je, nak marah. Nanti cepat tua tau!" Ibu jari Daisha mengusap belakang tangan Arash. Dia tahu, Arash cukup benci pada ibu tirinya, isteri abah. Daisha sendiri tidak ada niat untuk berbaik dengan Puan Miya. Cukuplah dia perbaiki hubungannya dengan abah sahaja. Hal rumah tangga abah, dia tak ingin masuk campur. Dia pun bergelar isteri Arash, dah ada tanggungjawab sendiri.

"Pengantin, kita nak minta buat rehearsal sanding sekejap, boleh? Kita nak include kamera sekali," pinta salah seorang pekerja yang berjalan menghampiri Arash dan Daisha.

Kerusi berhampiran dengan ruangan yang bakal dilalui pengantin diambil Alisha, ditolak kerusi menghadap bahagian luar. Tangan yang bercantum menjadi tongkat pada dagu, senyuman yang dipakai sampai ke telinga melihat Arash dan Daisha berjalan masuk ke bahagian pelamin. "Isha tak sabar tengok kakak cantik-cantik esok! Mesti semua orang tertanya-tanya kenapa kakak pilih abang."

"Ha, cakap, cakap. Mulut dengan telinga sama lebar," usik Arash dengan nafa selamba.

Kata-kata yang dituju pada Alisha, Daisha pula yang memberi reaksi. Paha Arash dipulas kuat. "Tak baiklah!"

Her ProtectorWhere stories live. Discover now