Part 9

24.5K 1.7K 476
                                    

Jaket hitam dibuka, dilipat dua lalu diletakkan atas motor sambil tangan menolak setiap video yang dilihat menerusi aplikasi TikTok. Bosan. Baru sahaja dia habis melayan Alisha, terasa sunyi balik ditemani dengan jalan raya yang kian lengang bila malam semakin tua.

Nak balik tapi buatnya apa-apa jadi dekat Daisha, hidup dia pasti dimamah rasa serba-salah. Arash buka pula aplikasi Instagram, nampak gambar Emir dan Haura yang dimuat naik Amsyar tengahari tadi. Rindunya pada Emir. Makin gebu pula si kecil ni. Akaun Amsyar ditekan, penuh dengan gambar isteri dan anak. Geli hati Arash bila tengok video Emir tersenyum. Ralit dengan gambar-gambar Emir, baru Arash teringat pada jemputan Amsyar dan isteri ke majlis aqiqah dan doa selamat yang akan diadakan lusa.

"Awak?"

"What the f—" Pandangan diangkat, hampir gugur jantung bila anak mata Arash jatuh pada Daisha dengan rambut separa menutup wajah dek angin malam. Helmet yang dijadikan alas tangan hampir bergolek jatuh ke tanah akibat pergerakan secara tiba-tiba. Terus Arash mengusap dada yang terasa sesak.

"Astaghfirullah, Sofea.."

"Kenapa? Awak, kenapa? Ada apa-apa ke dekat belakang saya?" Mencicit Daisha berlari ke sebelah motor Arash, kepala menoleh ke lorong bilik sewa, kot ada penampakan yang ikut dia dari hospital hari tu.

"Awak lah, Sofea. Saya ingat pontianak tadi." Tangan Arash masih di dada, tempo degupan jantung masih lagi laju. "Awak buat apa dekat luar ni malam-malam?"

"Saya keluar buang sampah. Awak buat apa dekat luar kedai ni? Bila awak balik sini?" Anak mata Daisha turun, menilai pemakaian Arash yang serba hitam. Segaknya.

"Saya baru balik petang tadi. Saya lapar lah, Sofea. Teman saya makan?"

"Awak nak makan apa?" Serba salah hendak menolak, banyak yang dia terhutang budi pada Arash.

"Saya nak makan burger tepi jalan tu je. Jom." Tanpa memberi sebarang pilihan, enjin motor Ducati terus dihidupkan.

Helmet motor disarungkan pada kepala Daisha, jaket yang dipakai tadi dibawa menutupi bahu si dia. Comel. Jaket yang muat-muat pada saiz badan Arash kelihatan besar pada tubuh Daisha.

"Awak tak payah pakai helmet..?"

"Tak payah, kepala saya keras." Selamba Arash membalas.

"Ha?! Kalau kena tahan polis nanti?" Samar-samar kedengaran suara Daisha bila wajah terlindung dengan helmet motor.

"Tak apa. Polis tu semua kawan saya. Dekat je, Sofea. Saya lalu jalan dalam, in sha Allah tak ada road block."

"Kalau ada road block, awak bayar. Saya tak ada duit.." Rasa menyesal pula dia setuju. Andai dia pandai buka helmet yang dipakai sekarang, lama dah dia buka supaya dapat balik semula ke bilik.

"Ye, Sofea. Saya bayar. Kalau awak nak suruh saya masuk meminang awak sekarang pun, duit saya cukup. Cepatlah naik, Sofea. Saya lapar ni."

"Saya tak tahu nak naik motor ni.." Terkebil-kebil Daisha di sebelah, terasa berat pula kaki. Nak pijak penginjak motor pun dia tidak berani.

"Tak jatuh lah. Saya tahan." Kaki yang menahan motor supaya kekal tegak digerakkan sedikit untuk mengingatkan Sofea pada kewujudan kedua belah kaki dia.

Penginjak motor dipijak sedikit, punggung dilabuhkan belakang Arash. Naik sahaja Sofea di belakang motor, tshirt hitam Arash digenggam ketat hingga hampir tercekik apabila di tarik ke belakang. Kalau orang lain, dah dihembur habis. Mujur Daisha yang membonceng. Tak jadi Arash hendak marah.

Waktu awal Arash beli motor Ducati, tempat duduk tambahan telah dipasang terlebih dahulu. Dalam fikiran hanya untuk memberi kemudahan pada Alisha. Puan Rozi memang dari awal sudah tetap dengan pendirian bahawa dia tidak akan sesekali menumpang naik motornya Arash. Tak pernah Arash terbayang dia akan bawa perempuan lain membonceng motor kesayangan dia.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now