Part 32

21.6K 1.7K 166
                                    

Dari petang lagi Sofea sudah tertunggu-tunggu abah untuk pulang. Hingga ke malam dia pasang telinga pada buka dan tutupnya pintu rumah. Petang tadi sebaik sahaja abah pulang dari kerja, Sofea sudah bersiap sedia untuk sampaikan berita gembira yang disimpan satu hari namun hampa bila dia dapat tahu dari mama bahawa abah telah keluar semula untuk berjumpa dengan kawan.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, rambut Daisha yang panjang terikat bergerak kiri kanan sepanjang dia berlari menuruni anak tangga, kecil lompatannya apabila dia berhenti di hadapan abah. Pandangan Dato' Azim masih tertunduk pada telefon bimbit.

"Abah!" Tumit kaki menjongket-jongket menunggu abah untuk membalas.

Dato' Azim hanya mengangkat pandangan sekilas sebelum menumpukan pandangan semula pada telefon. Jarinya asyik menari dalam pada membalas mesej dari rakan.

"Abah, abah!" Menyipi ulas bibir digigit Daisha. Kaki yang terangkat-angkat tadi kian perlahan. Lembut hujung jarinya menyentuh paha abah.

"Apa, Sofea.." Dalam keluhan Dato' Azim. Baru dia hendak berehat, diganggu pula. Tak boleh lah  dia nak bersepi-sepi sebentar.

"Cikgu cakap lukisan Sofea, lukisan paling cantik! Abah nak tengok tak?" Berdebar-debar jantung Sofea. Macam mana agaknya reaksi abah! Kawan-kawan sekelas, guru seni dia siap memberikan tepukan atas hasil kerjanya.

Hening suasana ruang tamu dengan bunyi daripada televisyen.

Sofea membawa semula jarinya untuk menyentuh paha abah. "Abah..abah nak tengok lukisan Sofea tak? Cikgu cakap cantik tau!"

Tajam pandangan Dato' Azim pada anak sulung sebelum berbalik semula tumpuannya pada telefon bimbit.

"Ehm..Sofea lukis rumah.." Helaian kertas lukisan dihampar pada meja di hadapan abah. jari telunjuk diacu pada lukisan rumah yang dilakus, dileret pula pada lukisan perahu di sebelah rumah usang tersebut. "Lepastu Sofea lukis sampan! Pertama kali Sofea lukis sampan tau, abah! Lepastu, Sofea lukis-"

"Dah lah, abah nak naik tidur."

Terhenti kata-kata di hujung lidah Sofea, kepalanya mendongak melihat abah yang mula berdiri. "Tapi..."

"Abah nak tidur, Sofea. Tak boleh tunggu esok-esok? Abah penat, pergi kerja, balik kerja, nak layan Sofea lagi." Kekecewaan Dato' Azim pada jelas dari gelengan kepalanya. Ditinggalkan saja Sofea di ruang tamu, kakinya diorak naik ke bilik.

Jatuh pandangan Daisha, kertas lukisan ditekap semula ke dada. Mendongak pandangan apabila abah bersuara dari atas.

"Jangan lupa tutup lampu, Sofea. Abah tidur dulu."

**

Dari tadi lagi Daisha terjengah-jengah ke luar. Makin tidak senang duduk jadinya menantikan kepulangan suami setelah dua hari berjauhan.

Mana abang ni...

Daun pintu ditolak rapat, Daisha duduk semula di sofa buat kesekian kali. Arash kata dah sampai pangkalan, lama dah dia tunggu ni..tapi tak nampak bayang pun..

Ekor mata Daisha berulang kali mengerling ke arah pintu, badannya yang tegak kini dibawa menyandar pada sofa. Jauh lamunan Daisha sambil anak matanya menghadap televisyen. Wajahnya yang muram serta-merta berubah ceria apabila akhirnya kedengaran suara yang dinanti-nantikan di luar pintu.

"Assalamualaikum," Tergesa-gesa Arash buka kasut yang dipakai sambil memberi salam. Daun pintu telah pun dibuka dari dalam sebelum sempat tangannya menggapai tombol pintu.

"Abang!"

Lengan Arash didepa luas, penuh semula ruangan kosong dalam pelukan apabila si isteri merangkul erat badannya. Mujur selepas tamat sahaja ujian 160km, Arash terus membersihkan dirinya di pangkalan. Balik-balik terus dapat peluk si cantik! Kalau tidak, kena tunggu pula 10 ke 20 minit, boleh demam jika dia terpaksa tahan diri lebih lama. Cukuplah dua hari sahaja berjauhan.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now