Part 10

26.7K 1.6K 287
                                    

"Daisha! Cepat, cepat sini dekat kita! Tangkap gambar!" Pergelangan tangan Daisha dipaut Haura, ditarik sekali untuk menyertai Sabrina yang sudah menunggu sambil mengendong Emir.

"Nak join sekali!" Baru sahaja Aniq hendak ikut serta, tangan Sabrina naik menolak badan encik tunang.

"Awak tak boleh! Berempat je!"

"Aku dah cakap, jangan masuk campur. Kalau dia nak tangkap gambar dengan kau, kau tengah makan pun dia tarik. Kalau dia tak nak kau dalam gambar, dia tak kan pandang kau. Kau buat hal kau, dia buat hal dia." Ujar Amsyar, bercakap dari pengalaman melayan Haura.

"Apa salahnya tangkap gambar berlima.." Bahagian dada yang ditolak Sabrina tadi diusap Aniq.

Arash hanya berdiri berhampiran, lengan disilang ke dada sambil menatap Daisha yang tersenyum lebar ditemani yang lain. Ada baiknya dia bawa Daisha sebagai peneman dia. Haura dan Sabrina boleh jadi pengganti untuk Daisha lepas rasa rindu pada adik.

Lagipun, persahabatan adalah sebuah benda yang paling dekat dengan hubungan adik beradik.

"Girlfriend ke?" Soal Hawwas.

"Tak lah, Was. Kawan je." Balas Arash.

"Ceh! Ada hati nak coverline. Tahulah polis. Polis bahagian apa? Yang selalu bagi saman tu ke?" Hawwas menyoal lagi sambil memerhati yang lain leka dalam sesi bergambar.

"Lebih kurang lah."

"Power, power. Lepas ni kalau aku kena saman, aku cari kau je lah. Eh, adik! Abang nak satu gambar dengan Emir." Sambil melangkah mendekati Haura, tapak tangan Hawwas menepuk-nepuk untuk mendapatkan perhatian anak buah.

Tangan Arash dan Amsyar berjabat, lama pula dia menyinggah hingga tak sedar sudah hampir ke petang.

"Arash."

Dengar Amsyar memanggil, Arash berpaling semula menghadap rakan baik. Nampak susuk tubuh isteri Amsyar yang berjalan masuk ke dalam kawasan rumah bagai disuruh untuk meninggalkan Amsyar sendirian.

"Kalau boleh, kau jangan bawa Daisha naik motor kau kehulur-kehilir." Amsyar bersuara.

Diamnya Arash tanda menunggu untuk Amsyar hurai lagi ayatnya.

"Aku bukan nak doakan yang buruk tapi buatnya apa-apa jadi between kau dengan dia, tak adalah orang bawa mulut nanti. Kita ni lelaki, Rash. Kita memang ada kebebasan sedikit berbanding yang perempuan. Kita nak keluar malam ke, nak balik awal pagi ke, terpulang pada diri sendiri tapi dalam masa yang sama, kau kena ingat. Kita ni dikira pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab ke atas kaum perempuan. Kau bawa dia kehulur-kehilir, yang nampak teruknya dekat mata orang lain, Daisha. Nama yang keluar dari mulut orang untuk dinilai, dihina, dikutuk, berat pada Daisha seorang, bukan kau. Masyarakat ni, Rash. Diaorang tak ada nak soal selidik dari dua pihak. Dalam kebebasan yang kau ada untuk keluar, ke sana ke sini, kau fikir-fikir juga apa tanggapan orang pada Daisha, walaupun tuan badan tak kisah. Dia bertudung ke, freehair ke, kau jaga martabat dia sebagai seorang wanita."

Amsyar mengerling sebentar ke arah isteri yang sibuk dengan si kecil. "Kau kena ingat, rosaknya lelaki kerana rosaknya perempuan. Dan puncanya rosak perempuan kerana rosaknya si lelaki. Aku tak cakap kau tak boleh keluar dengan dia, Rash, sebab aku dengan Haura dulu pun ada juga keluar sebelum kahwin tapi tak manis untuk Daisha kalau kau bawa dia naik motor kau. Kau faham kan apa yang aku cuba bagitahu ni, Rash."

"Aku cuma nak cakap, kalau hubungan kau dengan dia tak kesampaian ke jinjang pelamin, orang yang nampak dia keluar dengan kau, akan cakap dia guna-gunakan kau untuk duit. Kau bawa dia kehulur-kehilir naik motor kau, orang akan cakap Daisha tak reti jaga diri. Masyarakat akan sentiasa tuding jari pada perempuan terlebih dahulu, sebaiknya kau, aku, yang lelaki ni, jagalah air muka, jagalah imej dia sebagai wanita sebagaimana Islam menjunjung fitrah wanita."

Her ProtectorWhere stories live. Discover now