Part 25

26.3K 2K 526
                                    

Skrin telefon bimbit yang gelap ditekan lagi Daisha buat kesekian kalinya. Tertunggu-tunggu nama abah untuk muncul. Kotak mesej di antara dia dan abah ditekan, ditolak ke atas hingga ke bahagian paling bawah.

Perasaan sedih tadi kini berubah arah kepada resah. Ada apa-apa yang jadi abah ke..

Sentuhan lembut Arash pada bahu menarik Daisha semula pada realiti, telefon bimbit ditekap pada dada sambil menyarung senyuman pada wajah.

"Sofea tunggu apa?"

"Tunggu berita daripada abah.. abah tak datang majlis mesti ada sebab kan, abang?" Soalan yang hanya untuk meyakinkan dirinya sendiri yang masih bergantung pada sekecil-kecil harapan.

Segala aksesori yang dipakai sepanjang majlis dibuka Arash satu persatu sambil memandang wajah isteri yang sedang pusang hati. Telefon bimbit yang digenggam Daisha diambil, jari telunjuk menolak dagu isteri supaya mendongak menghadapnya.

"Abah dah tidur kot. Dah lewat dah ni, cantik. Esok kita try call. Sayang pergi mandi dulu."

Kecil langkah Daisha ke arah bilik air. Sinis senyuman di wajah Arash seraya menarik tubuh isteri secara tiba-tiba terus ke dalam dakapannya. Kepala dimiringkan pada bahu Daisha, lengan yang berlingkar pada pinggan ramping Daisha dieratkan lagi.

"Tadi abang suruh kita mandi.." Nasiblah wajahnya sekarang masih lagi penuh dengan solekan. Tidaklah ketara sangat kedua pipinya yang merah menyala sekarang. Suka sangat buat kejutan!

"Bagilah kita peluk awak sekejap. Cantik betul isteri kita ni." Lepas sahaja pelukan, Arash mencuri pula ciuman pada hidung Daisha. "Saya lapar balik lah, Sofea. Sofea nak order apa-apa tak?"

"Kita dah kenyang. Abang order untuk abang seorang lah.." Tuala mandi yang dilipat dengan kemas di bahagian bilik mandi dicapai, dikunci pintu bilik air. Diam Daisha memerhatikan wajahnya yang kelihatan berbeza dari yang sebelumnya.

Macam mana agaknya reaksi abah sekiranya abah sempat menjadi saksi majlis dia dan Arash tadi..

Abah rasa Sofea cantik tak..?

Beberapa kali kedengaran bunyi pintu bilik hotel dibuka tutup dari dalam bilik air biarpun bunyi daripada pancuran air seiring kuatnya. Dalam hati Daisha terdetik apa agaknya yang dibeli si suami hingga perlu keluar masuk beberapa kali.

Tali jubah mandi diketatkan pada bahagian pinggan, tuala kecil ditekan-tekan pada bahagian pipinya yang masih lembab. Keluar sahaja dari kamar mandi, langkah bagai terhalang apabila anak mata jatuh pada makanan yang disusun atas meja. Sesetengah daripadanya masih dibalut plastik, selebihnya sudah terhidang atas pinggan.

"Banyaknya, abang! Tadi kan kita dah makan. Makan nasi pula tu. Kenapa abang order banyak sangat ni?" Sambil mengomel, plastik burger diangkat tinggi, diperhati pula hidangan spageti dan pan mee di atas meja termasuk dengan fish & chips.

"Terlebih order pula. Sofea kan ada? Boleh tolong habiskan," tutur Arash sambil melipat lengan ke dada. Awalnya dia hanya pesan daripada layanan bilik di mana segala makanan yang berlapikkan pinggan semuanya daripada pihak hotel namun di akhirnya, tekak teringin pula hendak makan burger tepi jalan. Itu yang dua tiga kali dia turun ke lobi.

"Ish!" Lengan Arash ditampar Daisha. "Kan kita cakap dah kenyang? Abang ni, orang lain order, orang lain kena paksa makan.."

"Tak apa. Kita melantak sama-sama. Abang nak mandi sekejap." Tapak tangan Arash diletakkan bawah dagu isteri, ditekan pipi Daisha sebelum bibir mengucup bahagian kanan. "Sofea nak makan dulu, makanlah. Tadi Sofea kata Sofea lapar gila."

"Mana ada! Abang yang cakap abang lapar!"

Punggung dihenyak pada sofa, satu persatu gambar yang ditangkap selesai majlis tadi diperlihatkan. Geli hati Daisha melihat gambar dia dan Emir. Si kecil siap mengangkat tangan seolah-olah hendak meniru gaya peace yang ditunjukkan Daisha namun sebaliknya, kelima-lima jari kecil Emir terpampang pada kamera. Comel, dengan lesung pipit di bahagian kanan pipinya yang tembam. Mencuit hati sungguh!

Her ProtectorWhere stories live. Discover now