Part 16

28.7K 1.8K 302
                                    

"Awak, sekejap." Arash ditinggalkan sebentar, Daisha berlari anak mendekati abah yang baru sahaja selesai bersalaman dengan Encik Razif. "Abah balik dengan siapa?"

"Abah balik dengan kenalan." Masih sukar untuk Dato' Azim berdua dengan Daisha biarpun dia nampak usaha Daisha selama berada di Madinah.

"Esok..Sofea kena ikut Arash balik Ulu Kinta. Sofea nak minta izin jumpa abah dulu sebelum balik sana. Abah izinkan..?" Gentarnya Daisha menunggu jawapan, jari jemari dibawa bercantum untuk menutup perasan gementar.

"Esok abah masuk ofis. Sofea datang jumpa abah dekat ofis, ye?"

Anggukkan kepala Sofea bertemankan senyuman, tangan Dato' Azim pada sisi paha dipaut, bibir Daisha mengucup belakang tangan abah. "Terima kasih, abah. Abah balik rumah elok-elok. Kirim salam dekat yang lain."

Kepala Daisha diusap Dato' Azim sebelum melangkah ke pagar bagi ruangan turun dan ambil penumpang. Sekilas pandangan diberi ke arah dalam lapangan terbang. Dari jauh Dato' Azim memerhati si sulung yang tersenyum dikelilingi keluarga suami.

Moga Arash mampu gantikan semula senyuman dan kebahagiaan buat Daisha yang lama hilang dek keputusan dia 7 tahun lalu.

Tiba di rumah, ragu-ragu Daisha hendak melangkah menaiki anak tangga. Sebelum ini, dua tiga kali dia ke rumah Arash, hanya dapur, ruang makan dan ruang tamu sahaja yang pernah dijejaki. Segan pula hendak melangkah naik ke bilik. Tak kan nak ajak Arash balik ke bilik sewa dia pula.

"Kakak Sofea nak tidur bilik Isha tak? Isha dah lama nak ada roommate!"

Mengeluh lagi Arash dengan kata-kata Alisha.

"Isha.." Encik Razif bersuara.

"Isha, kak Sofea kan dah jadi isteri abang, kena tidur dengan abang." Puan Rozi pula menerangkan pada si bongsu. Agaknya Alisha ingatkan pindahnya Daisha ke sini sebagai teman dia, bukan sebagai kakak ipar.

"Tapi abang tak suka orang masuk bilik abang?" Monyok Alisha bila idea dia ditolak dengan yang lain. Tangan kakak Sofea masih dipaut erat.

"Itu dulu. Sekarang abang dah kahwin, bilik abang, bilik kak Sofea." Tangan Sofea yang kosong dipegang Arash, ditarik isteri untuk menaiki anak tangga. Badan Arash dah lesu, jika dia rebah sahaja badan atas katil sekarang, pasti terus ke alam mimpi. Alisha punya pasal, tergendala semuanya.

"Ala..tak apalah kalau macam tu.." Muncung bibir Alisha, terus kaki kecil naik ke bilik, ditinggalkan yang lain. Baru sahaja hendak luangkan masa lagi dengan kakak Sofea. Dua minggu Alisha duduk sebilik dengan Daisha, memang Daisha sahaja yang rajin melayan kerenah dia. Kerana Daisha jugalah, dia dapat merasa adanya seorang kakak.

Anak mata masing-masing menghantar susuk tubuh Alisha ke bilik. Pandangan Daisha bertentangan dengan Puan Rozi. Dia tahu, Puan Rozi dapat baca apa di fikiran.

"Tak apa, Daisha. Nanti ibu temankan dia. Daisha naiklah dengan Arash. Ibu nak buat air panas untuk ayah dulu."

Arash tolak sahaja daun pintu bilik, tercengang Daisha dengan luas ruangan bilik. Entah berapa kali ganda berbanding bilik sewa dia yang hanya muat tilam, almari kecil dan bilik air.

Bilik Arash, usah kata luas, serba lengkap. Kurangnya hanya pada dapur. Katil bersaiz king, muatnya boleh untuk tiga orang dewasa. Berhadapan dengan katil, terdapat balkoni yang menghadap jalan luar rumah. Ruangan balkoni juga besar. Sesekali dengan bunyi pacuan yang meluncur melepasi kawasan rumah. Di antara ruangan katil dan balkoni, terdapat ruang tamu kecil namun masih lengkap dengan sofa yang empuk, berhadapan pula dengan televisyen yang melekap pada dinding.

Bahagian ruangan kiri pula terdapat ruangan bilik air dengan tab mandi, padan pula dengan jubin bercorak marble hitam. Bagi pakaian, terdapat ruangan bilik yang direka khas untuk penyimpanan baju jadi ruangan bilik utama tidak perlu adanya almari.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now