Part 35

20.9K 1.6K 334
                                    

Baju yang sudah tersusun dan terlipat ditepuk-tepuk Daisha. Lama dia duduk menghadap beg bagasi yang terkuak lebar. Mulai minggu depan, dia akan mula bergelar mahasiswi di salah satu universiti swasta di Penang. Makin hari, makin tidak sabar jadinya. Gugup, pasti tapi perasaan teruja membungkus rapi perasaan yang lain.

"Oh! Satu lagi.." Sila dilerai, Daisha kembali semula pada katil untuk ambil anak patungnya yang disusun rapi bersama bantal-bantal yang lain.

"Eh," tegur Arash. Masuk ke bilik, nampak si isteri cuba mengambil anak patung rama-rama yang dibeli tempoh hari.

Lengan yang mengunjur ditarik semula ke badan, tersentak Daisha dek suara teguran Arash. "Kita nak bawa anak patung kita pergi hostel juga..."

"Mana boleh. Habis tu, abang macam mana? Sofea dah lah nak tinggalkan abang, anak patung pun nak bawa sekali." Bergesa-gesa Arash ambil anak patung milk sang isteri.

"Tapi..bang tidur tak peluk pun anak patung tu? Abang punya anak patung harimau pun kita yang peluk setiap malam."

"Tak peluk sebab abang peluk Sofea. Manja lah anak patung abang? Ni, Sofea tak ada, lengan abang kosong balik. Tinggal lah ni dekat abang. Sofea ambil harimau."

"Okey! Kita ambil abang punya! Kita tak kisah pun!"

"Sini sekejap, sayang," pinta Arash, anak patung diletak semula atas tilam sebelum lengan dibawa berlegar pada keliling pinggang ramping isteri. Dagunya direhatkan pada ubun-ubun Daisha.

"Nanti abang rindu kita tak? Tak ada orang yang tolong masakkan makanan tengahari untuk abang. Abang kena makan dekat luar dengan kawan-kawan.." Berbalam suara Daisha apabila pipinya menyandar pada dada utuh sang suami.

"Abang rindu awak, cantik. Rindu sangat. Abang pergi kerja, tinggalkan awak dekat rumah pun abang dah rindu. Tapi rindu abang pada awak bukan sebab abang hilang tukang masak, tukang jaga rumah. Abang rindu sebab abang tak ada teman tidur, tak ada teman berborak."

Belakang badan Arash diusap Daisha berulang kali, senyap-senyap mulutnya melepaskan tawa. "Sekejap je, abang! Hari minggu je kita terus naik bas balik sini!"

"Abang tak izinkan, sayang. We talked about this. Abang ambil awak. Jangan kata setiap minggu, setiap hari pun abang sanggup ulang-alik."

Cuping telinga Arash ditarik Daisha sambil terkekek panjang. "Jangan mengada-ngada eh, abang. Kita pun tak izinkan abang ulang-alik hari-hari. Ha, abang ingat abang seorang je boleh bagi izin? Kita pun boleh!"

"Astaghfirullah, manja.." Wajah Arash yang menungau di bawa menyandar pada bahu isteri.

Bungkam Daisha pada sang suami, diusap bahagian belakang kepala Arash dengan persoalan. "Eh, abang kenapa ni..?"

"Kuih bakar ni comel sangat."

"Ish— oh! Nasib baik abang ingatkan. Sekejap."  Lengang semula dakapan Arash, Daisha terus ke bahagian rak buku di mana tersimpan setiap novel yang pernah di beli Arash dari sebelum mereka berkahwin lagi. Sesetengah daripada naskah novel masih lagi berbalut plastik.

"Kita nak bawa novel kita juga! Yang ni...dengan yang ni kita belum baca. Eh, yang ni lah." Gumam Daisha sendirian sambil memasukkan pilihan novel ke dalam beg kecil.

Terselit senyuman pada wajah Arash dalam pada dia memerhati isteri daripada belakang. "Sofea paling minat novel yang mana satu?"

"Yang ni!" Novel yang terusun di para yang paling atas diambil, diangkat tinggi separas dengan wajah yang riang. "Kita dah baca novel ni dekat lima kali!"

"Sofea nak bawa novel ni ke hostel ke?" soal Arash. Novel di tangan Daisha kini bertukar tangan.

"Tak.. kenapa?"

Her ProtectorWhere stories live. Discover now