Bab 4

20.7K 603 2
                                    

"weh Athirah, nanti kau jaga cafe eh? Aku nak keluar kejap lagi."

Kris mempunyai sebuah cafe kek bersama rakan kongsi A.K.A bestfriendnya sejak tingkatan satu.. Athirah ingin menjadi rakan kongsi hanya suka-suka kerana dia ada pekerjaan tetap sebagai doktor di sebuah hospital..manakala Kris mempunyai butik dan gymnya sendiri. Semuanya atas dasar minat.

"amboi...cik kak kita ni nak pergi mana ni lawa-lawa ni??"
Usik Athirah.

"hehehe...apa lagi...nak pergi beli jiwa bakal mak mertua lah... Hahaha.."

"ceh..blah lah kau... Beli jiwa bakal mak mertua konon..tuihh..
Hahaha..."

"eleh..kau jeles cakap...tak marah pon...ueekk!!"

"eleh..pirahh..tak kuasa aku nak jeles..aku dah rasa dulu lah dari kau..ueekk..dah nak dapat anak dah pon..hahaha.."

"heh..yelah mak buyung oii.. Nanti pape hal call aku...tadi si Ash dah call...katanye dia kat luar dah...bye assalammualaikum."

Kris segera mencapai sekotak kek dan berlalu keluar.

"wehhh...Kris...alah..aku tak habis cakap lagi ni...huh!
Waalaikummussalam."

Hish minah ni! Isk! Asal lah aku ada dua kawan yang gila macam diorang ni? Boleh main redah je bab kahwin ni...ess dorang ni... Tak pe..nanti aku ceramah diorang berdua karang!

Niat Athirah di dalam hati. Sememangnya dia sudah mengetahui idea gila Kris dan Asyraf. Semalam di dalam group WhatsApp mereka ada bercerita. Walaupun group tu hanya empat orang, iaitu dia, suaminya, Kris dan Asyraf, tapi group tu sentiasa meriah.

Mereka berempat sahabat semenjak universiti.tetapi dia dan suaminya jatuh cinta dan berkahwin. Kris dan Asyraf, jadi rapat sebab Arhirah banyak meluangkan masa bersama suaminya Farhan.

******

"waw! Lawa awak hari ni... Hahahah!!"
Usik Asyraf.

"eh? I tahu.. I memang sentiasa cantik. Tak payah cakap. Hahaha!"
Kris menambah perasa dalam usikan Asyraf.

"ceh! Blahlah kau. Nak muntah aku dengar!"

"hahaha...dah apa tunggu lagi? Jom gerak!"
Ujar Kris setelah memakai tali pinggang keledar.

Tanpa banyak bicara, kereta Asyraf meluncur menyusuri jalan ke rumah ibu Asyraf.

Hari ini, Kris pakai blouse putih dengan kain biru pekat labuh. Dikenakan dengan selendang biru laut. Ayu je. Walaupun Kris agak brutal, tapi penampilannya tetap dia jaga. Yalah, orang bisnes lah katakan. Mesti nak kena jaga penampilan. Tapi bila keluar waktu bukan kerja, memang pakai selamba habis, jeans, jersi, tudung bawal, kasut sport. Settle!

*****

"weh. Jauh ke rumah mama kau tu?"
Kris memulakan perbualan apabila suasana di dalam kereta sunyi.

"tak lah jauh mana. Dah nak sampai dah. Eh? Jap.. Kau tak pernah datang rumah aku ke?"
Tanya Asyraf pelik. Sebab family mama dia selalu buat rumah terbuka waktu raya.

"tak. Kan tiap kali bila kau ajak aku pergi rumah kau, ada je yang tak kena... So kesimpulannya aku tak pernah jejak rumah kau and tak pernah kenal family kau...hehehe"
Terang Kris sambil tersengih.

"ohh!! Haah lah...lupa...hurmm"
Asyraf membelok masuk ke dalam sebuah banglo tiga tingkat.

Mak aih! Ni rumah ke istana bhai?!
Getus hati Kris.

"jom!"
Pelawa Asyraf sambil menunjukkan jalan ke pintu rumah.

"ha? Err...okay..jom!"
Kata Kris dan melangkah beriringan dengan Asyraf ke muka pintu.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now