Bab 69

16.4K 412 2
                                    

Doktor telah membenarkan Kris keluar dari hospital. Kris masih tidak boleh menggerakkan kakinya.. Terasa lembik kakinya. Asyraf mencempung Kris semasa ingin membawanya ke kereta.
Walaupun Kris menegah, namun kedegilan Asyraf memang tahap tertinggi.

Ibu bapa mereka juga menyokong Asyraf. Dia terpaksa mengalah.

Sepanjang perjalanan mereka ke kereta, Kris berasa malu yang amat. Semua yang memandang pasti akan tersenyum..

Haish... Semak je.. Mamat ni pon satu.. Suka ambil kesempatan! Huh!

*****

Selepas ibu bapa mereka pulang, Asyraf naik ke biliknya untuk melihat Kris. Dia awal-awal dah bersihkan rumah. Sehari sebelum Kris balik, dia balik dan membersihkan seluruh isi rumah.
Penat lelah semua dia tolak tepi. Yang penting Kris selesa.

"Ash.. Aku tak nak duduk dekat sini.. Aku nak duduk dalam bilik aku.."

Asyraf yang baru tiba di muka pintu beriak selamba.

"no.. You will stay in here untill you are fully recover."
Asyraf berkata senada.

Kris hanya merengus mendengar jawapan Asyraf. Dia mengesot dan membaringkan tubuhnya. Dia menyelimutkan dirinya sehingga paras dada.

"kau tidur bawah. Aku tak sudi nak tidur dengan kau!"

Asyraf hanya mengangkat bahu dan berlalu ke dapur untuk memasak. Riak mukanya selamba. Namun hatinya sangat terguris. Kris seolah-olah membuang dirinya.

Kau kena kuat Ash!! Yeahh!! Kau boleh... Kau kuat Ash!! Kau kena tawan hati dia balik... Hmmmp..

Asyraf bergerak ke dapur dan mula memasak. Dia memasakkan bubur untuk Kris. Siapa cakap lelaki tidak pandai memasak? Dia berterima kasih pada mamanya. Disebabkan dia anak tunggal, dia lah yang kena kemas rumah dan memasak. Kalau ada masa lapang, dia pasti akan mengikut mamanya ke dapur. Memang dah serupa anak dara.. Tapi siapa yang nak teman mamanya kalau bukan dia? Kalau mamanya sakit, atau keluar negara menemani papanya, semua kerja rumah jatuh ke bahunya. Kemas rumah, memasak, basuh baju..

Asyraf tergelak sendiri pabila mengenangkan kembali dirinya semasa bujang. Sebijik macam anak dara.. Anak dara sado kau..
Selamat dia tak pakai kain batik je..

Kau Tertulis UntukkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora