Bab 63

15.8K 392 1
                                    

"ermm.. Ash.. Ini Hafiz.. Kawan aku dan Kris masa sekolah menengah."
Athirah memperkenalkan Hafiz pada Asyraf. Mereka bersalaman.

"Asyraf. Aku harap kau bersabar dengan dugaan ni.. And i'm sorry kalau kedatangan aku ni akan bawa beban pada kau."
Hafiz berkata pada Asyraf.

"apa kau cakap ni?"
Asyraf bingung dengan apa yang diperkatakan Hafiz.

"Ash... Sebenarnya.. Kris ada minta tolong dengan Hafiz.. Hafiz ni sebenarnya bekerja sebagai penyiasat peribadi.. So Kris ada suruh Hafiz siasat tantang apa yang jadi masa kejadian tu."
Athirah menerangkan kepada Asyraf.

"oh.... Hmm.. Aku tak nak tahu apa yang jadi.. Aku percayakan Kris.. Aku percaya yang dia tak salah."

Asyraf berkata sambil duduk di kerusi. Badannya lemah. Dia tidak makan dari tadi..

"Ash.. Aku rasa kau tetap kena tahu.. Kau tak nak tahu siapa dalang semua ni? And.. Untuk pengetahuan kau... Kemalangan Kris ni dirancang..."
Hafiz berkata perlahan di hujung ayatnya.

Mata Asyraf terbuntang mendengar penjelasan lelaki tersebut. Bukan hanya Asyraf.. Athirah dan Farhan turut terkejut dengan apa yang baru mereka dengar dari mulut Hafiz.

"ap.. App.. Appa.. Maa.. Makkssuudd  kkkau??"
Asyraf tergagap-gagap menuturkan butir bicaranya.

"kau kenal perempuan ni?"
Hafiz mengeluarkan sekeping gambar wanita dan dihulurkan pada Asyraf.

"Qistina?"

"ye. Qistina. Kau kenal lelaki ni?"

Hafiz kemudiannya mengeluarkan sekeping gambar lelaki.

Asyraf tidak perlu mengerahkan otaknya untuk berfikir. Wajah lelaki tampan itu sentiasa segar di ingatannya. Lelaki yang ditangkap khalwat bersama Kris.

Asyraf hanya menganggukkan kepalanya.

"sebenarnya Qistina dengan lelaki tu berkomplot untuk hancurkan hubungan korang. Aku dah kumpul bukti dari rakaman cctv. Di kawasan perumahan kau ada banyak cctv. Aku dah check. Aku dah dapat semua bukti. Memang Kris difitnah. Dia diculik masa hari kejadian. Rakaman di hotel pon aku dapat. Masa tu Qistina dan Airil masuk ke bilik hotel. Airil angkat Kris. Qistina pegang kamera. Lepas setengah jam, Qistina keluar. Dia telefon Jabatan Agama Islam. Ni.. Bukti Qistina yang telefon Jabatan Agama Islam. Aku pon ada saksi. Kawan Qistina sendiri, Tasya. Aku rasa kau kenal Tasya. Qistina ada cerita semua yang dia buat dekat Tasya. Tasya dapat rakam pengakuan Qistina. And baru tadi aku dapat berita. Qistina rancang nak bunuh Kris. Tapi aku terlambat sebab Airil dah langgar Kris. Aku minta maaf."
Hafiz kesal kerana dia lambat mendapat maklumat.

Asyraf terasa ingin pengsan mendengar penjelasan Hafiz.

Aku kejam! Aku tak de di samping Kris masa dia perlukan aku. Waktu dia perlukan kepercayaan aku, aku buang dia. Aku hancurkan hati dia. Kris dah banyak terseksa sebab aku! Aku lebih percayakan Qistina! Jahanam kau Qistina!

Asyraf bangun dari duduknya.
Farhan mejadi pelik melihat Asyraf. Dia segera menahan Asyraf.

"Ash! Kau nak pergi mana?"

"aku nak pergi cari betina tu!!"

Hafiz segera mencelah apabila melihat Asyraf yang seperti hilang kawalan.

"Ash! Qistina dengan Airil dah kena tangkap. Aku dah buat laporan polis. Semua bukti aku dah serahkan pada pihak polis. Jangan risau... Qistina dan Airil takkan kacau kau lagi.."

Asyraf kembali terjatuh ke lantai.

"kenapa? Kenapa Qis sanggup buat aku macam ni?! Siapa Airil?! Aku langsung tak kenal dia! Kenapa diorang kacau hidup aku dan Kris?! Aku dah kehilangan anak aku... Tiga! Tiga orang anak aku mati! Aku sanggup cakap anak aku tu anak haram! Aku sanggup lukakan hati Kris! Semuanya sebab aku percayakan betina tu!!"

Asyraf menangis dan terus menangis. Dia meraup mukanya berkali-kali. Dia tidak kisah jika orang mengecopnya sebagai lelaki manja. Perasaannya bercampur baur. Marah, sedih, kecewa, semua bercampur menjadi satu. Dia terlalu marah akan dirinya yang sanggup melukakan hati Kris. Dia marah dengan perbuatan Airil dan Qistina. Dia terlalu sedih melihat keadaan Kris yang nyawanya berada di hujung tanduk. Dia sedih kerana kehilangan anak kembarnya. Dia kecewa kerana tidak berada di samping Kris sewaktu wanita itu memerlukannya. Dia kecewa kerana tidak mendengar penjelasan Kris. Kepala Asyraf terasa sangat berat. Namun digagahkan juga dirinya demi Kris. Dia perlu kuat demi Kris. Dia perlu sabar menunggu Kris.

Kris.. Aku tunggu kau dekat luar ni.. Kau kena kuat.. Kau kena jumpa aku.. Aku tak kira!! Aku nak minta maaf dengan kau.. Aku nak buat macam-macam dengan kau.. Aku nak peluk kau.. Aku nak cium kau.. Aku nak makan masakan kau.. Semuanya aku nak kau Kris!!

Farhan dan Hafiz mengusap belakang Asyraf. Manakala Athirah menangis sambil berpelukan dangan Afiqah dan ibu serta mertua Kris.

Pintu bilik kecemasan dibuka. Doktor yang merawat Kris keluar. Asyraf segera menerpa ke arah doktor muda itu.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now