Bab 58

13.8K 353 2
                                    

Sejak pagi tadi Asyraf terus-terusan menguji kesabaran Kris.
Setiap masa Asyraf akan mencaci dan menghina Kris.
Percakapan Asyraf sentiasa kasar. Ayraf telah menghancurkan hati Kris bertubi-tubi. Namun Kris bijak memendam rasa. Dia tetap bersabar melayan kerenah Asyraf.

Kris ingin menyuapkan bubur ke mulut Asyraf.
Namun ditolak oleh tangan lemah  Asyraf.

"aku tak nak makan!"
Asyraf memalingkan wajahnya.

"tapi awak kena makan.. Nak makan ubat kan kejap lagi.. Kalau tak makan ubat, macam mana nak cepat sembuh. Makan eh?"
Kris memujuk lembut dan menyuakan sudu ke mulut Asyraf.

Asyraf yang berang menolak kasar tangan Kris. Sudu dan mangkuk yang dipegang Kris terjatuh ke atas lantai.

Kris mengutip sudu dan mangkuk. Pedih hatinya menerima layanan Asyraf.
Kris berlalu untuk membersihkan bubur yang tertumpah di atas lantai.

Penat sayang masak. Selama ni bie tak pernah tolak apa yang sayang masak. But now.. Hhmmpp..

****

Selama seminggu ini, Kris menjaga Asyraf dengan baik. Selama seminggu jugalah Kris terpaksa menahan segala amarah dan cacian Asyraf

Pada pagi itu, Kris menyediakan sarapan di bawah kerana Asyraf sudah sihat sepenuhnya.

Kris, kau kena cuba bertahan. Kau kena jadi macam dulu. Diri kau yang dulu yang buat dia suka dekat kau.. Kau tak boleh diam je.. Kau kena happy.. Kris yang dulu is a happy go lucky person.. So yeaahhh.. I can do this!!

"bie? Morning!! Come! Makan jom.."
Kris berkata ceria apabila melihat Asyraf menuruni tangga.

Asyraf terkejut dengan perubahan Kris. Sejak kejadian Kris ditangkap khalwat, wajah Kris sentiasa mendung. Gelak tawa Kris sudah tiada menghiasi rumah. Lega hatinya melihat senyuman di wajah Kris. Namun ego yang menguasai diri menghalang dirinya menonjolkan perasaan yang terpendam.

"huh! Berapa kali aku nak bagi tahu kau? Aku tak sudi makan masakan kau! Jijik lah weh!"

"ermm.. Alah.. Jom ahh.. Dah lama kau tak makan masakan aku.. Bukannya aku letak racun pon.."
Kris berkata selamba.
Asyraf tidak senang dengan panggilan yang digunakan Kris. Seolah-olah mereka ialah orang asing.

"eh?! Kau tahu tak aku ni siapa?! Kau tu siapa?! Dah pandai kurang ajar kau kan?!"
Asyraf menampar wajah Kris.
Kris terpana dengan tamparan itu. Mulutnya seakan digam.

Salah ke aku nak ingatkan dia keadaan zaman dulu macam mana? Aku nak kita macam dulu. Happy.. Enjoy..

Asyraf berlalu keluar rumah tanpa memandang Kris.

Kris terduduk di lantai. Dia meraung semahu-mahunya di lantai. Memang rutinnya sekarang hanyalah menangis. Dia seolah-olah hilang tempat bergantung. Tiada siapa yang sudi mendengar rintihannya. Hanya pada pencipta dia meluahkan segalanya.

Kris naik ke bilik dan memeluk patung pemberian Asyraf. Dia melepaskan tangisan pada dada patung gergasi itu.

Kau Tertulis UntukkuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin