Bab 18

15.5K 520 0
                                    

"hai!"
Kris menyapa budak perempuan tadi sambil tersenyum. Dia menoleh pada Kris dan membalas senyuman Kris.

"hai kak."

Aik? Asal budak ni panggil aku akak? Orang lain semua panggil aku mama.. Hurmmm

"duduk boleh?"
Kris bertanya.
Budak tadi hanya menganggukkan kepala.

"nama sapa?"

"Damia"

"oh... Kenapa Damia tak panggil mama ek?"

"sebab mama Damia dah tak de."

Wajah Damia kelihatan mendung.

Aduh... Apa aku nak buat ni...

"err.. Damia umur berapa?"

"10 tahun"

"oh.."

"err akak.. Saya masuk dulu lah.. Assalammualaikum."

"waalaikummussalam."

Kris melihat bayang-bayang Damia hilang ke dalam rumah.

Hurmm... Dia marah kan aku ke??

Kris termenung memandang kolam renang.

"assalammualaikum"
Kris menoleh.

"waalaikummussalam. Eh. Mak mah.. Duduk lah.."

Mak mah duduk bersimpuh di sebelah Kris

"ermm mak mah.. Kenapa Damia macam tak happy je?"

"hurmmm... Damia tu masih sedih lagi. Dia terkejut sebab dia kehilangan keluarga dia dalam sekelip mata."
Mak Mah berkata sambil merenung kolam.

"maksud mak mah?"

"Damia baru masuk sini minggu lepas. Mama, papa dan dua adiknya meninggal dalam kemalangan masa nak pergi kenduri. Damia tak ikut sebab dia ada kelas piano. Dia tinggal dengan jiran dia.. Tapi tak sangka, kereta yang papa dia pandu kena langgar dengan lori, kereta tu terperosok bawah lori. Semua mangsa disahkan mati di tempat kejadian. Sepanjang hari tu, Damia asyik pengsan dan meracau-racau. Damia dah tak de sesiapa lagi Kris, nenek dan atuk dua-dua dah tak de. Mak dia anak tunggal. Ayah dia ada sorang adik. Tapi sayang, dua bulan lepas meninggal sebab kanser hati."

"jadi maknanya Damia kehilangan semua ahli keluarga dia dalam tahun ni?"

Mak Mah mengangguk lemah.

Kris hanya terdiam. Terbit rasa sayang dan terharu dalam hatinya.

Seketika kemudian, guruh berdentum. Kilat mula sabung menyabung. Kris dan Mak Mah terkejut dan bergegas ke ruang depan. Mereka membantu Asyraf dan beberapa pembantu teratak kasih yang lain memasukkan kesemua kanak-kanak ke dalam rumah. Mereka juga bergegas mengemas meja kerana hujan gerimis mula turun.

Setelah meletakkan kesemua barang di dapur, Asyraf keluar ke ruang tamu di mana semua kanak-kanak berada. Dia duduk di tengah-tengah kumpulan kanak-kanak itu. Asyraf bermain dan bercerita bersama-sama mereka.

Kris menjadi terharu melihat sifat kebapaan yang berada dalam diri Asyraf. Kris ralit memerhatikan Asyraf yang bersuara kuat untuk melawan bunyi guruh dan hujan di luar.
Kris hampir terlupa yang Damia tiada di dalam kumpulan kanak-kanak tersebut.

"mak mah.. Bilik Damia dekat mana?"

"tingkat tiga. Bilik nombor dua.. Kenapa?"

"tak.. Damia tak de kat sini.. Jadi mesti dia dalam bilik dia.. Kris naik jap nak check dia."

"hah yelah."

Kris mendaki tangga menuju ke tingkat tiga. Terdapat empat pintu kayu di aras itu. Di setiap pintu kayu itu terdapat nombor.
Kris memulas tombol pintu bernombor dua.
Kris terkejut apabila melihat Damia sedang menangis ketakutan di sudut bilik.
Kris menerpa ke arah Damia.
Dia segera memeluk tubuh Damia yang menggigil.

Damia yang sedang duduk memeluk lutut segera memeluk Kris. Dia takut dengan bunyi guruh yang kuat dan kilat yang sabung-menyabung.

"shhh.. Dah sayang.. Mama ada kat sini.."
Kris megeratkan pelukannya. Dia berselawat dan berzikir untuk menenangkan Damia.

"mama! Papa! Mia takut!"
Damia menangis sambil meracau-racau.

Asyraf yang baru sampai terkejut melihat mereka berdua.
Kris memanggil Asyraf untuk membantunya menenangkan Damia.
Asyraf menerpa ke arah Damia dan mengangkat Damia ke atas ribanya.

"kenapa ni?"

"Damia takut kilat."
Kris yang berada di sebelah Asyraf turut memeluk dan mengusap Damia.

Asyraf berselawat dan berzikir di telinga Damia.
Damia semakin tenang apabila mendengar alunan itu. Tapi badannya tetap menggeletar.

"mama...papa... Mia takut..."
Suaranya makin kendur.

"mama dengan papa dekat sini sayang... Shhh..."

Kris berbisik pada Damia sambil mengusapnya.

Setelah agak lama berkeadaan begitu, Damia tertidur di pangkuan Asyraf.

Asyraf mengangkat Damia dan meletakkannya di atas katil.
Sayu hatinya melihat wajah Damia. Terbit rasa sayang pada gadis kecil itu. Dia sedia maklum akan nasib yang menimpa Damia.
Ayraf terkejut apabila Kris memeluknya secara tiba-tiba.

"sayang.. Kenapa ni?"

"bie... Kita ambil Mia jadi anak angkat kita nak tak? Sayang dah mula sayangkan dia... Sayang teringin sangat nak jadikan Mia sebagai anak sayang.. Boleh eh?"

"hurmm.. Bie pon fikir macan tu jugak. Bie pon dah mula sayang Damia. Tak pe.. Esok bie uruskan ye?"

Kris menganggukkan kepalanya yang berada di dada Asyraf.
Asyraf hanya tersenyum dengan perlakuan Kris.

"mama.. Papa.."
Kris dan Asyraf menoleh pada Damia yang sedang mengigau.

"shhh... Sayang.. Mama dengan papa dekat sini... Jangan risau ye.."
Kris baring di sebelah Damia dan memeluk tubuh Damia. Begitu juga dengan Asyraf.
Damia yang merasakan pelukan hangat itu kembali tidur dengan lena.

Selamat bini aku ni kecik.. Kalau tak.. Mahunya tak de ruang untuk aku.. Hahaha..

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now