Bab 27

13.9K 425 0
                                    

"hello assalammualaikum.. Ini puan Kristal Nadia ke? Ibu kepada Damia?"

"Waalaikummussalam. Ye saya ibu Damia.. Ada apa ye?"

"oh. Saya guru kelas Damia. Damia demam. Boleh tak kalau puan datang dan ambil dia? Muka dia pucat."

"hah?! Oh okay! Saya datang sekarang!Terima kasih ye cikgu. Assalammualaikum."

"sama-sama. Waalaikummussalam."

Setelah meletakkan telefon bimbit, terus Kris berlari masuk ke bilik untuk bersiap-siap.
Bagai nak luruh jantungnya bila mendapat panggilan dari cikgu sekolah Damia mengatakan yang Damia demam.. Pagi tadi waktu sarapan okay je.
Secara tiba-tiba mimpinya malam tadi menerjah otaknya.
Kris makin kelam kabut bersiap.
Kris beristighfar banyak-banyak.

Think positive Kris. Damia demam je..

*******

Kris memarkirkan keretanya berhampiran dengan bangunan pejabat sekolah..
Semasa Kris masuk ke pejabat, kerani sekolah menunjukkan Damia yang sedang tidur dijaga oleh dua orang rakannya di atas katil.. Muka Damia pucat. Tiba-tiba, muncul seorang wanita lingkungn 30an keluar dari tandas membawa tuala kecil untuk diletakkan di atas kepala Damia.

"Sayang..!"
Kris segera meluru ke arah Damia dan membaringkan Damia di atas pehanya.

"mama. Sorry tadi Mia tertidur."

"tak pe. Jom pergi klinik."

"hurmm"
Damia mengangguk lalu tertidur di atas pangkuan Kris.

"cikgu macam mana boleh jadi macam ni?"

"tadi dalam kelas Mia cakap dia sakit kepala. Saya rasa dahi dia..demam.. Jadi saya suruh kawan dia dua orang ni teman dia berehat di bilik sakit.."
Cikgu Nurul menceritakan apa yang terjadi pada Kris.

"hurmm..tak pe lah cikgu. Saya bawa dia ke klinik dulu lah.. Assalammualaikum."

"oh okay. Waalaikummussalam."

Kris bersalaman dengan guru tadi.

"anak-anak.. Terima kasih eh sebab tolong anak aunty."
Kris memandang kepada dua orang budak perempuan yang berada di sebelah Damia.

"sama-sama aunty. Dia kawan kiteorang. Mestilah kiteorang tolong."
Ucap salah seorang dari mereka.

"hurmm..tak pe lah.. Aunty pergi dulu ye. "

Kedua budak perempuan tadi bersalaman dengan Kris.

Kris mencempung Damia ke kereta.

Setelah urusan di pejabat selesai, Kris memandu kereta ke klinik berhampiran.

Kau Tertulis UntukkuUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum