Bab 28

13.9K 448 0
                                    

"sayang!"
Asyraf menerpa ke arah Kris yang duduk di ruangan menunggu.
Tadi Kris ada menelefonnya memaklumkan kejadian tadi.
Sejurus diberitahu, Asyraf terus datang ke klinik.

"sayang. Mia macam mana?"

"entah lah. Dia dekat dalam dengan doctor. Entah apa yang lama sangat. Sayang risau lah. Takkan lah demam pon check kemain lama macam tu?"
Kris memaut lengan Asyraf..
Jantungnya dari tadi berdegup laju. Perasaannya jadi aneh.

"puan Kristal Nadia?"
Mendengar namanya dipanggil, Kris segera bangun.

"ye saya?"

"sila masuk ke bilik doktor."

"okay.... Bie.. Jom masuk.."
Kris menggamit Asyraf untuk masuk sekali.

"oh. Okay.. Jom.."

Mereka beriringan masuk ke ruangan doktor.

****
"Puan Kristal Nadia?"

"ye saya. Ni suami saya."
Kris memperkenalkan Asyraf pada doktor lelaki muda itu.

"Asyraf."

"oh.. Farid."
Kedua-dua jejaka itu bersalaman.

"silakan duduk."
Doktor Farid menjemput mereka berdua duduk di kerusi berhadapannya.

"doktor, apa masalah anak saya? Dia demam biasa je kan?"
Kris bertanya dengan cemas pada doktor muda itu.

"sabar Puan. Sekarang ni, saya suspek adik Damia ada sakit lain. Bukan demam biasa. Jadi saya sarankan agar tuan dengan puan bawa adik Damia ke hospital pakar."

"apa maksud doktor? Anak saya sakit apa?"

"itu kami tak pasti, tapi kami syak anak puan menghidapi barah otak."

"bie.. Anak kita.."
Suara Kris mula bergetar. Air matanya mula menitik.
Mata Asyraf juga panas. Namun dikuatkan juga semangatnya untuk memberi semangat pada kedua wanita kesayangannya itu.

"sayang... Shhh.. In Sha Allah.. Tak de apa-apa."

Asyraf memeluk Kris sambil matanya memandang tubuh lesu Damia yang lena di atas katil..

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now